Friday, January 20, 2017

Ikutkan Hati


Lamanya tak menulis di sini.  Rindu rasanya nak menulis tapi itulah mood tak menentu.  Mood nak berblogging tu kadang-kadang ada, kadang-kadang tak.  Kadang-kadang dah buka, dah mula nak menaip kat keyboard lepas tu tak jadi.  Tutup semula.  

But now tiba-tiba ada mood pula.  Mungkin sebab ada idea nak menulis.  Lebih kepada luahan perasaan sebenarnya.

Pernah tak korang ada perasaan yang korang nak sesuatu, korang nak sangat tapi sebenarnya korang dah tahu tak akan dapat.  Cuma korang teruskan juga cuba sebab korang suka.  Tolak ke tepi apa pengakhirannya nanti just go on follow your heart.

Yes, that's what i feel right now.  11 tahun dulu pun pernah alami perasaan ni tapi pengakhirannya happy ending.  Apa yang aku rasa sekarang ni lebih kurang sama tapi aku dah tahu pengakhirannya adalah sad ending.  Entah kenapa aku still nak teruskan perasaan tu.  Mungkin sebab aku ikutkan hati. Mungkin sebab aku suka risiko. Mungkin sebab aku nampak ada happy tu tapi sebenarnya cuma gula-gula jer.  Sekejap jer happy tu lepas tu kembali semula ke perasaan tak menentu tu.

Sebenarnya aku dah tahu apa yang perlu aku lakukan cuma aku masih tak mampu nak laksanakan.  Tak mampu lagi nak hadap hari-hari tanpa perasaan tu tapi aku tahu sampai masa nanti aku kena juga hadapi.  Just go with the flow.  InsyaAllah aku mampu lakukan.  Allah ada bersamaku.


"WE MEET EVERYONE FOR A REASON.  EITHER THEY'RE A BLESSING OR A LESSON"



AZLINA MY