Salam,
Disebabkan mood berblog sudah kembali buat masa ni hehe jadi baiklah guna kesempatan rajin ni sehabis baik. Tengok dalam post ada lagi rupanya draf yang masih belum dikeluarkan.
Trip ke Vietnam ni dah pergi tahun lepas. Dalam bulan Mac. Masa ni En Khairol dah mula sakit-sakit. Actually, tiket flight ke Vietnam ni dah beli setahun sebelumnya. Beli masa Air Asia buat promosi hehe. Dapat pergi balik dalam RM200 lebih tak ingatlah pulak.
Group kami ada 8 orang kesemuanya. Memang stail backpackers lar sebab redah jer. Kami cuma booking hotel jer dari Malaysia. Nak pergi berjalan-jalan sampai kat sana nanti baru survey.
Everybody Can Fly
First time naik Air Asia. Kalau tak naik tak tahu pengalaman sebenar.
Boleh pulak dalam flight lapar. Orderlah Nasi Lemak Pak Nasser ni. Sedap juga.
Bilik kami. Oklah untuk 2 orang.
Bilik air pun ok.
Kat bawah hotel penuh dengan tempat shopping
Baju kurung cotton merata-rata
Tengok ni baju kurung cotton manik 3 pasang RM100 ko! Jual kat sini ha berkali ganda harganya.
Geng tengah tawar menawar harga selipar
Pasar malam yang dekat dengan hotel
Friends forever!
Tengok buah-buahan ni terliur rasa
Selipar bermanik-manik tapi bila tengok betul-betul Made in China rupanya haha.
Antara cenderamata yang dijual di pasar malam
Tak tahu bangunan apa ni tapi memang cantik waktu malam
Hari pertama tak ada apa sangat aktiviti kami. Cuma jalan-jalan di sekitar hotel. Itu pun lenguh juga kaki dan dah rambang mata nak membeli. Sambung ke hari kedua ya.
AZLINA MY