Wednesday, September 14, 2016

Selamat Hari Ulang Tahun Teman Sejiwaku

Salam semua...

Hari ini 14 September adalah hari ulang tahun seseorang yang amat istimewa di hati aku dan anak-anak.  Kalau dia masih ada dia berusia 41 pada tahun ini.

Ya Allah, kami sangat-sangat merinduimu.  Tak terhitung rasanya perasaan rindu ni.  

Kami tahu kamu berada di tempat yang terbaik.  Semoga kamu tenang di sana dan kami berdoa kamu ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.




AZLINA MY

Friday, July 1, 2016

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2016/1437H


Salam,



Nothing much to say about this coming Hari Raya. Redha atas ketentuanNya.


AZLINA MY

Thursday, June 9, 2016

Vietnam - Ho Chi Minh City #1

Salam,

Disebabkan mood berblog sudah kembali buat masa ni hehe jadi baiklah guna kesempatan rajin ni sehabis baik.  Tengok dalam post ada lagi rupanya draf yang masih belum dikeluarkan.  

Trip ke Vietnam ni dah pergi tahun lepas.  Dalam bulan Mac.  Masa ni En Khairol dah mula sakit-sakit.   Actually, tiket flight ke Vietnam ni dah beli setahun sebelumnya.  Beli masa Air Asia buat promosi hehe.  Dapat pergi balik dalam RM200 lebih tak ingatlah pulak.

Group kami ada 8 orang kesemuanya.  Memang stail backpackers lar sebab redah jer.  Kami cuma booking hotel jer dari Malaysia.  Nak pergi berjalan-jalan sampai kat sana nanti baru survey.

Everybody Can Fly

First time naik Air Asia.  Kalau tak naik tak tahu pengalaman sebenar.

Boleh pulak dalam flight lapar.  Orderlah Nasi Lemak Pak Nasser ni.  Sedap juga.

Bilik kami.  Oklah untuk 2 orang.

Bilik air pun ok.

Kat bawah hotel penuh dengan tempat shopping

Baju kurung cotton merata-rata

Tengok ni baju kurung cotton manik 3 pasang RM100 ko!  Jual kat sini ha berkali ganda harganya.

Geng tengah tawar menawar harga selipar

Pasar malam yang dekat dengan hotel

Friends forever!

Tengok buah-buahan ni terliur rasa

Selipar bermanik-manik tapi bila tengok betul-betul Made in China rupanya haha.

Antara cenderamata yang dijual di pasar malam


Tak tahu bangunan apa ni tapi memang cantik waktu malam

Hari pertama tak ada apa sangat aktiviti kami.  Cuma jalan-jalan di sekitar hotel.  Itu pun lenguh juga kaki dan dah rambang mata nak membeli.  Sambung ke hari kedua ya.

AZLINA MY

Tuesday, June 7, 2016

Ramadhan 2016

Salam,

Pejam celik pejam celik kita sudah memasuki bulan Ramadhan.  Lamanya tak bercerita di sini.  Hari ni tiba-tiba rasa macam nak berkongsi di sini.

 Sudah hari kedua kita berpuasa.  Tidak seperti tahun-tahun yang lepas, Ramadhan kali ini amat berbeza.  

Ya, aku bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk menyambutnya namun jauh di sudut hati rasa kehilangan.

Tiada lagi yang ajak meround Pasar Ramadan.  Kalau boleh tiap-tiap hari tiap-tiap minggu ke pasar yang berbeza.  Kadang-kadang sampai ke Pekan, ke Jengka dan Kemaman pun pergi.  Tahun lepas memang best sekali sebab melayan Amsyar yang baru belajar berpuasa.

Tiada lagi yang berebut-rebut makan dengan anak-anak time berbuka.  I miss that moment very much.  Tengok anak-anak time berbuka semalam sebak rasa dan aku pun berbuka sekadar ada.

It's not terlalu ikutkan hati.  Bukan sebab tak redha.  Aku redha.  Dah lama redha.  Kalau tak redha aku tak berada di sini.  Tak bercerita di sini.  Ini soal hati.  Setiap orang lain penerimaannya.  Sama ada cepat atau tak untuk move on.  Aku pun bukan move on sepenuhnya lagi.  Masih ada sesetengah perkara yang masih lagi perlukan masa.

Beberapa bulan yang lepas juga, ada seorang sahabat FB turut kehilangan suami tersayang akibat kemalangan.  Lagi terduduk sebab hilang sekelip mata.  Anak-anak pun masih kecil di samping seorang anak syurga yang istimewa.  Tiada apa yang aku nak perkatakan sebab hanya orang yang pernah mengalami saja yang faham.  Apa yang boleh dikatakan kita mampu untuk mengharunginya, insya-Allah dengan pertolongan Allah SWT.

Kepada semua pembaca blog ini dan rakan-rakan terima kasih atas segala ucapan, kata-kata semangat dan sokongan yang diberikan selama ini.  

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

AZLINA MY

Tuesday, January 19, 2016

Ngilu

Assalamualaikum wbt,

Malam tadi entah kenapa cuma silap sikit jer si Amzar mengamuk.  

Sambil menangis-nangis berjurai-jurai air mata bertanya "mana ayah" berulang kali.

Terdiam. Terkaku.  Terpana.

Rasa ngilu sangat di sudut hati.

Apa yang perlu dijawab?

Aku cuma peluk dia kuat-kuat sambil menahan sebak.

Drama amukan reda setelah dibawa berjalan oleh Baba.

At the end, setelah lama tidak beremosi...aku menangis semahu-mahunya.

Ku tatap wajah Kakak dan Amsyar yang sedang lena tidur.

Rindu. Pilu. Sedih. Kecewa. Bercampur-baur. 

Ya Allah, sabarlah wahai hati.  Kuatkan semangatku.  Tabahkan hatiku.  Permudahkanlah segala urusanku.



AZLINA MY
Share |