Thursday, May 28, 2015

Di Sebalik 3 Bulan Menyepi

Ya Allah!  Dah hampir 3 bulan blog ni menyepi.  Nak bersawang semula dah.  Huhu baru jer ari tu berkobar-kobar semangat nak aktifkan semula blog ni tapi tup tup menyepi semula.

Banyak sebenarnya nak cerita antara sebab-sebab kenapa menyepikan diri ni tapi tak tahu nak mula macam mana.  It's like taip taip taip lepas tu berhenti... taip taip taip berhenti... taip taip taip berhenti.

Ada 3 perkara besar yang berlaku dalam masa 3 bulan ni.  Tak tahulah memang suratan ataupun kebetulan.  Dugaan yang berlaku memang menguji kesabaran.

Pertamanya, hujung bulan Februari 2015 akhirnya aku mendapat kunci rumah baru kami.  Excited sungguh kami berdua akhirnya dapat juga pindah ke rumah baru.  Dalam pada masa yang sama kesihatan En Khairol sedikit demi sedikit tergugat.  Bermula dengan bengkak di kedua-dua sendi pergelangan kaki.  Pergi klinik katanya gout disebabkan asid urik yang tinggi dalam darah.  

Awal bulan Mac 2015 aku dapat surat pertukaran.  Walaupun pertukaran tersebut tak lah sehingga aku perlu ke jabatan lain, masih di jabatan lama cuma bertukar department tetapi tempat baru ni memerlukan komitmen yang lebih.  Dalam masa yang sama juga kesihatan En Khairol semakin membimbangkan. Bengkak di kaki semakin melarat sehingga ke betis, peha dan perut.

Fokus kepada kesihatan En Khairol pula.  Dia memohon cuti tanpa gaji selama 30 hari untuk mendapatkan rawatan alternatif di Terengganu.  Hampir sebulan dia di sana, duduk di rumah kakaknya sambil ditemani oleh mak.  Akhirnya sebelum cuti tanpa gaji tu tamat, dia berkeputusan untuk mendapatkan rawatan di hospital.  Jadi, balik saja dari Terengganu terus ke HTAA untuk dapatkan rawatan seterusnya.

Selama 15 hari aku berkampung di HTAA.  Keluarkan air yang berlebihan dalam badan.  Menyaksikan lengan En Khairol kiri dan kanan dicucuk untuk mengambil darah 3 kali sehari.  Pada masa yang sama aku tak boleh tinggalkan kerja yang perlu juga diteruskan.  

Apa penyakit En Khairol?  Aku pun tertanya-tanya sehingga sekarang cuma En Khairol masih lagi mempunyai appointment hospital yang perlu dipenuhi.  Doktor masih belum dapat putuskan sama ada penyakitnya berkaitan dengan jantung, hati atau buah pinggang.

Ceritanya sekarang, alhamdulillah kesihatan En Khairol semakin baik.  Aku pun dah makin dapat sesuaikan diri di tempat kerja baru.  Cuma yang kecewa sikit sebab tak dapat pindah rumah lagi.  Harap-harap dapatlah pindah secepat mungkin memandangkan En Khairol pun semakin sihat ni.  Hopefully juga tak ada apa-apa yang serius dengan kesihatan En Khairol in sha Allah.


AZLINA MY