Thursday, February 19, 2015

Showcase Anuar Zain di MATIC

Salam sejahtera semua,

Huhuhu Anuar Zain ada buat showcase tapi harga tiket mahallah.  Bukan tak mampu tiket yang paling murah tu tapi banyak lagi boleh guna dengan duit sebanyak tu.  Kan sekarang ni masa berjimat-cermat ;-)

Tak apalah aku tolong promote je lar.  Mana tahu ada rezeki  tiba-tiba dapat pergi haha.  

Nak tahu lebih detail pasal harga tiket dan tempat duduk boleh ke website MATIC.




AZLINA MY

5 Petua Menyimpan Duit

Salam sejahtera semua,

Dalam keadaan sekarang ni dengan kadar ringgit yang tidak menentu, harga barangan yang semakin hari semakin naik tapi dalam masa yang sama disuruh berjimat-cermat.

Bila difikir-fikirkan rasa tak termampu nak berjimat apatah lagi nak menyimpan.  Ya lar gaji dahlah tak banyak.  Tolak hutang sana, tolak hutang sini.  Bayar kereta, bayar sewa rumah.  Pampers anak, susu anak.  Duit minyak kereta.  Belanja sekolah anak.  Bil itu, bil ini.  Bayangkan sampai tak ada lebihan nak menyimpan.

Jom kita baca pandangan dari yang pakar di bawah ni.
v
v
v

5 Teknik Menyimpan Daripada Pakar Kewangan
Teknik ini adalah gabungan teknik menyimpan oleh individu yang terkenal dalam pengurusan kewangan seperti Shamsuddin Kadir, penulis buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang, Arkad, orang terkaya di Babylon dan Abang Abu, pengasas Mekanik Wang.

#1 – Simpan Si Hijau

Simpan Hijau
Menyimpan not hijau RM5 adalah satu idea yang kreatif. [Nur Saffawati]
Tiap kali pulang ke rumah, apabila ada Si Hijau (RM5) dalam dompet, simpan ia ke dalam tabung. Dapatkan sebuah balang dan khaskan penyimpanan RM5.

#2 – Simpan Si Oren

Andai berkemampuan dan mampu menebaskan nafsu, tiap kali membawa pulang Si Oren (RM20), masukkan ke dalam balang yang dikhaskan untuk penyimpanan RM20.

#3 – Simpan Duit Syiling

Ini adalah taraf paling rendah bagi mereka yang dalam proses mampu menyimpan Si Hijau (rujuk tip 1). Masukkan semua duit syiling dalam dompet ke dalam balang khas untuk duit syiling.

#4 – Simpan 10% Duit Gaji

Bagi mereka yang bekerja makan gaji, kita sudah memerah keringat selama 30 hari. Perkara pertama yang patut dilakukan, apabila mendapat gaji adalah membayar diri sendiri pada nilai 10% daripada gaji.
“Bayar diri sendiri dahulu sebelum membayar orang lain.”
Arkad, orang terkaya di Babylon
90% Daripadanya, kita boleh habiskan jika mahu. Ada beza antara orang yang ada simpanan RM100 dengan RM10,000. Pemikiran, perasaan dan keyakinan kita akan berubah apabila kita ada simpanan RM10,000. Yang akan memudahkan kita menjadi magnet wang yang menarik lebih banyak wang.

#5 – Mulakan Menyimpan Setiap Hari (Walau 10 sen!)

“Aliran wang orang kaya – dapat duit, simpan dan baru belanja. Aliran wang orang miskin – dapat duit, belanja.”
Abang Abu, Mekanik Kewangan
Apabila kita tetapkan niat simpan setiap hari, secara tidak langsung kita sedang membuat satu aliran terhadap status kewangan kita. Ibarat kita sedang membuka empangan untuk mengalirkan air masuk. Mulakan dengan serendah 10 sen tiap hari.
“Semakin kita lakukan, semakin lancar empangan, semakin banyak air masuk.”
InsyaAllah lama kelamaan, duit akan mudah datang dan masuk dalam tabung. Jangan percaya. Praktikkan dan rasa sendiri. Minima 30 hari dan kongsikan dengan kami hasilnya.


Ya dan aku dah mulakan menyimpan lepas baca teknik-teknik di atas.  Aku pilih untuk menyimpan si HIJAU.  Gambar kat atas ni adalah hasil simpanan HIJAU aku dari bulan Januari 2015 lepas.  

Mula-mula memang rasa mustahil jer boleh simpan tapi bila dah start alhamdulillah boleh konsisten.  Aku pun tak percaya aku boleh istiqamah menyimpan.   Mula-mula nak simpan tu memang rasa cukup ker nanti duit belanja tapi bila dan simpan tak rasa apa-apa pun.  Macam biasa jer tak ada pun rasa tak cukup duit ke apa hehe.

Sebenarnya kalau kita tak mulakan memang kita tak akan tahu hasilnya.  Jadi mari mulakan menyimpan mulai sekarang.  Tak kiralah nak simpan syiling ker, seringgit ker, 20 ringgit asalkan ada simpanan.  Masih belum terlambat lagi untuk kita beringat.

*Artikel selanjutnya boleh baca di tazkirah.net

AZLINA MY

Wednesday, February 18, 2015

Air Supply 40th Anniversary World Tour Live in Malaysia

Salam sejahtera semua,

I'm not a big fan of Air Supply tapi boleh layanlah lagu-lagu dia.  Best juga lagunya.  Kalau nak tengok konsert Air Supply bolehlah dapatkan tiket seperti maklumat di bawah ni.

Apple AppAndroid AppTicketCharge's HomepageConditions of SalesContact UsList of Outletsfollow us on twitterfollow us on facebook
If you cannot view this newsletter, please click here.
 
Air Supply 
40th Anniversary 
World Tour LIVE in Malaysia

 
Date : 08 March 2015 (Sunday)
Time : 8:00pm
Venue : Mega Star Arena
 

For more information, please visit TicketCharge's Website @ http://www.ticketcharge.com.my


TicketCharge TICKETING OUTLETS
 SpeedyRock CornerChambers MusicVictoria Music CentreNeway Karaoke BoxNesia Holiday LeisurePt. Surprise IndonesiaPJ Live ArtsVN TIC Vietname
AppleAndroid

Disclaimer: This e-newsletter is correct at the time of publishing. 
For latest updates, please refer to www.ticketcharge.com.my  
TicketCharge Privacy Policy   |   
Copyright 2014 MY TicketCharge Sdn Bhd
 



AZLINA MY

Senarai Hotel-Hotel Yang Disahkan Halal di Negeri Pahang

Salam sejahtera semua,

Cuti-cuti Malaysia kembali lagi!!! Ada lagi cuti perayaan yang bersambung-sambung hingga 4 hari kan.  Selain daripada kaum Cina yang menyambut Tahun Baru Cina, kaum-kaum lain pun ambil kesempatan juga dengan cuti panjang ni bawa anak-anak berjalan.  

Kepada yang nak bawa family bercuti ke negeri Pahang ni bolehlah tengok senarai hotel-hotel yang dapurnya disahkan halal ni ya.  Ini yang terkini ya dikemaskini pada 28 Januari 2015.












*Klik pada gambar untuk besarkan

Harap-harap senarai ni boleh dijadikan panduan kepada yang ingin bercuti ke negeri Pahang ni ok.


AZLINA MY

Saturday, February 14, 2015

Sensitif

Salam sejahtera semua,

Aku ni seorang yang sensitif.  Ya dah lama tau dan sedar aku ni sensitif.  Memang tak boleh dinafikan hehe.

Aku ni pendiam.  Bukan yang jenis hu ha sana, hu ha sini.  Bukan macam sesetengah orang yang bila dia ada aura tu dirasai.  Kalau tak ada orang lain rasa senyap... sunyi.  

Ya aku bukan orang macam tu.  Mungkin sebab tu orang tak rasa sangat kehadiran aku.  Aku ada ke tak ada ke biasa je.

Mudah sangat terasa aku ni.  Kalau di kalangan geng-geng aku, tiba-tiba tak ajak aku makan ke, minum ke mesti terasa.  Ke aku yang over, haha.  Ya lah kita kan dah sama-sama satu geng, pergi makan, pergi mana-mana sama-sama.  Tiba-tiba bila makan dengan orang lain tak ajak pun.  Ko tak terasa ke?  Lainlah kalau awal-awal dah bagitahu, ok hari nak makan dengan sekian-sekian ke apa ke, kalau cam tu oklah.

Contoh kalau kita ni satu department kan, nak bagi hadiah or cenderamata kepada sorang staf yang dah nak bertukar ke apa tapi tak tanya or tak mintak pun dengan kita nak sama-sama join ke apa ke kan, tak ke ko terasa?  Eh kita bukan satu department ke, napa tak tau kan?

Fuhhh kalau diikutkan memang banyak nak terasa tapi itulah aku ni bila merajuk ke, terasa hati ke, aku akan cure sendiri.  Tak adalah nak panjang-panjangkan.  Memang rasa sakit hati sangat tapi kalau asyik nak terasa hati nak merajuk tak boleh nak enjoy lar life kita kan.

Entry ni tak tuju ke sapa-sapa pun just nak luahkan perasaan jer.  Ini kan blog aku, tempat aku menulis apa yang aku suka hehe.

AZLINA MY

Friday, February 13, 2015

Perginya Hasbullah Awang

Salam sejahtera semua,

Di samping pemergian Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, terlebih dahulu Malaysia telah kehilangan seorang pengulas sukan yang amat disegani iaitu Datuk Hasbullah Awang.

Beliau telah meninggal dunia pada jam 12.20 tengah hari (Khamis) di Institut Jantung Negara (IJN) pada usia 63 tahun.  Beliau telah selamat dikebumikan petang hari yang sama di Tanah Perkuburan Islam Kota Kemuning, Shah Alam.

Image result for hasbullah awang biodata
Belasungkawa : Datuk Hasbullah Awang (1952 - 2015)

PEMERGIAN Allahyarham Datuk Hasbullah Awang, hari ini cukup terasa. Sukan tanah air bagai kehilangan satu ikon pengulas sukan tersohor yang sukar dicari ganti.
Apa yang unik atau mudah membuat peminat sukan mengenalinya adalah 'suara emas' yang didengar pada setiap acara siaran langsung - baik perlawanan bola sepak antarabangsa membabitkan skuad negara, Piala Malaysia atau pun Sukan SEA, umpamanya - ketika ditonton di kaca televisyen.
Suara milik allahyarham cukup memukau tontonan. Tidak dinafikan dia memiliki aura tersendiri dengan intonasi suara yang sesungguhnya seronok didengar pada setiap ulasan.
Ulasannya mudah, bersahaja dan bergaya sehingga jika pun ada kesilapan ia pantas ditampung dengan pemilihan kata-kata terbaik membuat penonton mudah mengikuti. Ada yang menunggu kehadirannya di televisyen - semata-mata kerana suara yang membuat tontonan mereka selesa dan terhibur.
Antara perkataan kerap kali ditutur oleh beliau ketika membuat ulasan adalah seperti "Oh.. Tidak", "Mengatur Gerak", "Tenang Mempertahankan Kubu" atau "Hantaran Panjang". Ia sudah menjadi sinomim kepada peminat segenap usia sehingga ada yang meniru perkataan ini ketika berbual mengenai bola sepak.
Populariti beliau memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era Semi-Pro pada awal 1990-an. Belia juga pernah menyumbangkan suara untuk filem Sumolah arahan Afdlin Shauki.
Kalangan peminat sukan menganggap beliau sebagai antara pengulas terbaik yang pernah dilahirkan negara - sebaris nama-nama besar lain seperti Datuk Rahim Razali.
Kejayaan memenangi anugerah Pengulas TV Terbaik Sri Angkasa pada 1989, 1991 dan 2004 sekadar menceritakan betapa dia menjadi satu tarikan peminat pada era berkenaan.
Allahyarham memulakan kerjaya penyiaran pada 1974 sebagai Pembantu Siaran Tingkat 4 ​di RTM Kuantan, Pahang sebelum berpindah ke Angkasapuri Kuala Lumpur pada 1980.
Bersara awal pada 1992 sebelum menyertai TV3 sehingga 1994 tetapi kembali menyertai semula RTM sebagai Penyampai dan Pengacara Sambilan.
Pernah juga menjadi DJ di RTM Kuantan dan Rangkaian Nasional Angkasapuri selama 10 tahun. Sebagai hos MHI TV3 dan SPM RTM selain ditugaskan sebagai pengulas siaran langsung liputan televisyen. Sejak 1980 terbabit dalam siaran dan liputan sukan sehingga menjadi pengulas sukan Astro Arena bermula 2014.
Hasbullah meninggal dunia, hari ini akibat komplikasi jantung. Alahyarham menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 12.20 tengah hari.
Jenazah dibawa pulang ke rumahnya di Lot 2975, Kampung Bukit Naga,
Seksyen 32, 40460, Shah Alam, Selangor jam 3 petang ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Kemuning, Shah Alam, sebentar tadi.
INFO:
NAMA: Datuk Hasbullah Awang
UMUR: 63 tahun
TARILH LAHIR: 9 September 1952
ASAL: Teluk Intan, Perak
ALAMAT: Lot 2975, Kampung Bukit Naga,
Seksyen 32, 40460, Shah Alam, Selangor
ANTARA LIPUTAN DAN ANUGERAH:
Sukan Olimpik 1988 - Seoul
Sukan Olimpik 1992 - Barcelona
Sukan Olimpik 1996 - Atlanta
Sukan Olimpik 2000 - Sydney
Sukan Olimpik 2004 - Athens
Sukan Olimpik 2008 - Beijing
Sukan Olimpik 2012 - London
Sukan Komanwel 1998 - Kuala Lumpur
Sukan Komanwel 2002 - Manchester
Sukan Komanwel 2010 - New Delhi
Sukan Asia 1986 - Seoul
Sukan Asia 1990- Beijing
Sukan Asia 2006 - Doha
Sukan Asia 2010 - Guangzhou
Sukan SEA 1985 - Bangkok
Sukan SEA 1989 - K Lumpur
Sukan SEA 1991 - Manila
Sukan SEA 1997 - Jakarta
Sukan SEA 1999 - Bandar Seri Begawan
Sukan SEA 2001 - K Lumpur
Sukan SEA 2003 - Hanoi
Sukan SEA 2005 - Manila
Sukan SEA 2007 - Korat
Anugerah Penyiar Serba Boleh 1988
Pengulas TV Terbaik Sri Angkasa 1989
Pengulas TV Terbaik Sri Angkasa 1991
Pengulas TV Terbaik Sri Angkasa 2004
Darjah-Pingat:
Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP)
Ahli Memangku Perak (AMP)
Ahli Mangku Pahang (AMP)
Pingat Pangkuan Negara (PPN)

Sumber berita : Berita Harian

Sama-samalah kita sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham.  Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Image result for alfatihah

AZLINA MY

Nik Aziz Meninggal Dunia

Salam sejahtera semua,

"DaripadaNya kita datang, kepadaNya juga kita kembali"

Image result for innalillah
Terkejut dan sedih dengan pemergian seorang tokoh ilmuan Islam yang sangat dihormati tidak mengira bangsa, kaum dan agama.  Sama ada lawan atau kawan.  Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bekas Menteri Besar Kelantan telah selamat menemui Penciptanya kira-kira jam 9.40 malam tadi (Khamis) di rumahnya di Pulau Melaka, Kota Bharu pada usia 84 tahun.  Kematiannya mengakhiri penderitaan akibat kanser prostat yang dialaminya.




Ramainya yang memberikan penghormatan terakhir di kediaman allahyarham

Kredit Gambar : Berita Harian

Bersama-samalah kita mendoakan agar rohnya ditempatkan di kalangan  orang-orang yang beriman.  
Al-Fatihah.

Image result for alfatihah


AZLINA MY

Thursday, February 12, 2015

Gaji Gomen Dah Masuk!!!

Salam sejahtera semua,

Memandangkan Tahun Baru Cina tak lama je lagi, minggu depan je kan 19 dan 20 Februari.  Kami-kami yang kerja Kerajaan ni pun dapat juga tempiasnya.  Tempiasnya bukan setakat limau-limau tu jer tapi gaji bulan ni pun masuk awal.

So, hari ni masing-masing kayalah.  Lepas tu masing-masing pun melengunglah nunggu gaji bulan Mac lak ikut tarikh biasa haha.  Sampai masa dah hujung-hujung tu korek sana korek sini hehe.  Gitulah kerja Kerajaan ni. 

Apapun bersyukur kerana diberikan pekerjaan dan gaji yang sedia ada.  Sekiranya ada peluang untuk menambah pendapatan teruskanlah.  Walau bagaimanapun, kerja Kerajaan ni memanglah kurang sedikit daripada segi gaji tapi faedah-faedah lain pulak banyak.  Itulah kelebihannya.

Untuk penjawat-penjawat awam semua, SELAMAT MENGAMBIL GAJI YA!


AZLINA MY

Monday, February 9, 2015

Promosi 1 Hari Saja BUY 1 FREE 1 Red Hot Meal Kenny Rogers Roasters


Buy 1 free 1 Red Hot Meal Kenny rogers roasters

"Pakai sahaja sebarang pakaian, seluar, kasut atau lipstik yang berwarna MERAH atau paparkan skrin MERAH Kenny Rogers Roasters kepada staf dan kalian layak untuk dapatkan menu 2 Red Hot Meal untuk satu harga sahaja!!!"

Untuk info lanjut boleh ke blog >>>>>>>>>   hazmanfadzil

Jom ramai-ramai ke Kenny Rogers pada 11 Februari 2015... 1 hari sahaja!!!


AZLINA MY

Thursday, February 5, 2015

Blog daridapur.com Yang Menyelerakan

Salam sejahtera semua,

Hari ni ada masa sikit nak berblogwalking.  Jalan punya jalan terjumpa satu blog ni yang amat menyelerakan.  Ha blog pun boleh selera kalau tengok hehe.

apam susu mudah dan sedap

Mahu tak selera kalau tengok gambar Apam Susu ni


kek brownie butter
Kalau Kek Brownie Butter ni pun ko tak selera juga tak tau lar

Tengok dua gambar ni je pun dah rasa macam nak balik kerja, pergi kedai bakery, beli barang-barang, balik rumah terus nak buat ok.  

Resepi Onde Onde Gula Melaka memang sesuai untuk bulan puasa . Rasa yang berlemak dengan kemanisan gula melaka pasti memikat. Resepi Onde Onde Gula Melaka

Bukan setakat resepi kuih-kuih moden ni, kuih-kuih lama pun ado.  Macam kuih buah melaka ni.  Sedap kan nampak hehe.

Di samping resepi kuih-muih, kek dan puding ada juga dikongsi tip-tip dari dapur.  Boleh dijadikan panduan dalam kehidupan kita.

Bagi kalian yang mencari-cari resepi kek, puding dan kuih-muih yang senang, sedap (macam dah rasa lak) dan menyelerakan bolehlah berkunjung ke blog...

v
v
v
v
v
v

AZLINA MY

Wednesday, February 4, 2015

Perkongsian : Keegoan Seorang Bapa/Ibu

Salam sejahtera semua,

Perkongsian daripada Facebook:-

KEEGOAN SEORANG BAPA/IBU
Sebelum kita keluar ke pejabat kita membebel pada anak kerana lambat bersiap
Sampai di sekolah anak maklumkan ada surat yang dia lupa berikan semalam. Lagi sekali anak dileteri.
Anak salam dan masuk ke kelas dengan keadaan emosi yang terguris.
Dah dua kali kena marah. Kalau tak bagitahu pasal surat tu pun takpe fikirnya. Buat kena marah je.
Seharian dia di sekolah bersama kawan-kawan dan guru. Bila habis sekolah, dia tinggal di taska atau rumah pengasuh. Sementara menunggu ibu dan ayah balik..
Bila matahari semakin hilang cahayanya, baru ibu dan ayah datang mrnjemput.
Dah 8/9 jam tak jumpa ibu ayahnya. Banyak yang dia nak kongsikan. Waktu ibu dan ayahnya sedang bercakap, waktu itu juga mereka excited nak cerita dan bertanya itu dan ini. Nak bagitahu cikgu puji dia pandai, nak bagitahu kawan puji kotak pensil yang ibu baru belikan
Tapi mereka dimarahi kerana dikatakan menyibuk waktu orang tua nak bercakap. Mereka menunduk dan masuk ke bilik. Bergurau pulak dengan adik-adik. Kecoh bunyinya. Tetiba wajah si ayah tersembul di muka pintu. Kena marah lagi sebab bising waktu ayah nak tengok berita. Ayah suruh baca buku.
Tengah-tengah belek buku, teringat lukisan cantik tadi. Berlari nak tunjuk kat ibu didapur. Tetiba terlanggar pulak bucu meja. Jatuh dan pecah berderai gelas atas meja. Sekali lagi anak ini dimarahi dan dileteri.
Dan anak ini akhirnya tidur dalam keadaan dia tertanya-tanya adakah ibu dan ayahnya menyayanginya atau tidak. Tiap hari, pasti ada saja salah dan silap mereka. Pasti ada yang tidak kena.
Itu senario yang selalu kita hadapi. Malahan saya sendiri mengalaminya. Sungguh tinggi ego kita. Sungguh kita sangat mementingkan diri.
Anak ini belum matang. Belum tahu berfikir seperti orang dewasa. Bila ibu dan ayah pulang mereka benar-benar ingin merasai kehadiran kita. Ingin dipeluk dan berkongsi cerita. Tapi apa yang mereka dapat???
Bila mereka besar dan lebih selesa berkongsi cerita dengan teman-teman, jangan kita persoalkan kenapa. Kerana waktu mereka ingin benar-benar berkongsi dengan kita, kita menafikan hak mereka.
Keegoan itu langsung tak menjadikan kita ibu bapa yang hebat.
Emosi dan amarah hanya mengundang salah tafsir si anak
Jika kita berasa penat dengan urusan kerja seharian, bagaimana pula dengan anak-anak? Jam 7.30 dah terpacak di sekolah. Pagi sekolah agama dan petangnya pula sekolah kebangsaan. Tidak penatkah mereka?
Kita keluar bekerja tanpa membawa beban berkilo. Tapi mereka bagaimana? Berat beg sekolah saja sudah 5 kg.
Ingatlah, anak itu satu anugerah. Bukan tempat melempias lelah.


Ok, seriously bila aku baca statement di atas ni *dush*  kena sebijik atas batang hidung aku.  Macam pagi-pagi nak bersiap pergi kerja tu, kalau anak lambat memang kena bebellah.  Padahal kita yang terlewat bangun daripada biasa itu yang diorang pun lambat. *pang sekali kat pipi*

Lepas tu bila dalam kereta lepas ambil diorang dari rumah mak mertua aku, macam-macam diorang nak cerita tapi sebab aku tengah borak dengan En Khairol siap marah lagi "tak dengar ke ayah dengan mama tengah bercakap, tunggulah kejap".  Terhenti sekejap diorang.  Lepas tu macam dah tak excited dah diorang nak bercerita.  Waaaaaaaaaaaaa... sedihnya.  *pang 10 kali kat pipi*

Lepas tu baru aku perasan ada dah beberapa kali kalau aku tanya Qistina apa aktiviti kat sekolah, ada apa-apa yang best ker dia macam nak tak nak jer bercerita.  Baru aku tahu perasaan bila anak-anak taknak bercerita dengan kita.  Rasa macam tersisih sangat.  

Kita rasa sebagai ibu bapa they should always listen to us tetapi sebenarnya sometimes we should listen to them too.

Terima kasih kepada yang sudi ingat mengingati sesama kita.  Kadang-kadang kita tak sedar sama ada tindakan kita tu betul atau salah.  Bila ada orang yang ingatkan baru kita terfikir.  Aku kongsi statement ni pun sebagai panduan kita bersama dan yang pentingnya untuk ingatan kepada diri aku sendiri.  Bersama-samalah kita berubah ke arah yang lebih baik.


AZLINA MY