Assalamualaikum wbt,
2015...khususnya bulan November...bulan yang memilukan. Banyak yang nak diceritakan tapi tunggulah aku ada kekuatan sikit untuk mencoretkannya di sini.
Apa yang boleh diberitahu anak-anakku sudah tiada berayah. Ya, suamiku yang tersayang Encik Khairol Hamdan bin Abu Samah telah pergi menemui Penciptanya pada 22 November yang lalu pada usianya 40 tahun.
Kenyataan yang sungguh perit, sungguh pahit, sungguh sedih untuk diterima tapi aku redha kerana suamiku pergi ke tempat yang lebih baik, tempat yang kekal, tempat yang pasti untuk umat Nabi Muhammad SAW.
Ya siapa yang tidak sedih, tidak kecewa bila orang yang disayangi, dahan tempat berpaut, ayah kepada anak-anakku, teman sejiwa, sahabat, kekasih, pergi buat selama-lamanya. Ya Allah, hanya Dia sahaja yang tahu perasaanku.
Di kesempatan ini aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang banyak membantu, yang datang menziarah semasa di hospital, di rumah, di masjid semasa arwah dimandikan, di perkuburan semasa arwah disemadikan, yang menitipkan doa, yang memberikan sumbangan, memberikan sokongan dan kata-kata semangat dan lain-lain. Terima kasih sekali lagi aku ucapkan. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas segala kebaikan yang diberikan.
Terima kasih juga kepada majikan dan rakan sekerja yang begitu memahami sepanjang ketiadaan aku di pejabat kerana menjaga arwah di hospital. Aku amat-amat menghargainya.
Harapanku agar arwah diingati untuk segala sifat-sifat kebaikan dan kegembiraan yang dibawa untuk orang-orang di sekelilingnya. Sekiranya ada keburukan yang ditinggalkan semoga Allah SWT mengampuni segala dosa-dosanya.
Mohon semua dapat sedekahkan Al-Fatihah buat arwah suamiku. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
AZLINA MY
5 comments:
Assalam...kak ina...semoga kak ina dan anak2 sentiasa berada dlm lindungan illahi...sy dah lama nal bertanya kisah sebenar...tp saya takut mengganggug emosi kak ina...tak pe...sy akan tunggu post kak ina yg seterusnya...semoga kak ina terus tabah dan cekal menghadapi dugaan ini....
Assalam...kak ina...semoga kak ina dan anak2 sentiasa berada dlm lindungan illahi...sy dah lama nal bertanya kisah sebenar...tp saya takut mengganggug emosi kak ina...tak pe...sy akan tunggu post kak ina yg seterusnya...semoga kak ina terus tabah dan cekal menghadapi dugaan ini....
Assalamualaikum... Apa Khabar Kak ina. Bob harap kak ina tabah dengan segala dugaan yang menimpa kak ina. Maaf.. kekadang bob tak berkesempatan untuk menjenguk arwah ketika dia sakit dahulu sebelum makin kronik. Di sebab bob kini tidak lg bertugas di area kuantan.. Jadi agak susah utk ke bandar kuantan, klu pegi betul2 urusan kerja. Arwah seorang periang.. yang saya anggap macam seorang abang. Kerana setiap klu bertemu soalan pertama.." dik..aok sihat ke.. " Kalau dulu.. masa di SUK, kalau pc rosak atau ada masalah dengan pc.. mesti kitalah yg dia akan cari... ). Arwah inilah yang meneman saya berjalan kaki masa perhimpunan kerja tahun 2003 klu tak silap saya, masa di Bukit Jalil. Bayangkan bas parking jauh dan hendak ke dewan cukup jauh juga. Tapi..sanggup meneman saya sampai ke dewan .. begitu juga ketika balik sedangkan kekawang lain dengan urusan masing2. Itu yang buat sy rapat ngan arwah. Sehinggalah saya kene bertukar dan masing2 sibuk ngan kerja masing. Tetapi kalu ada kelapangan berjumpa... tak pernah lekang.." dik, aok apa khabar". ). Banyak kalu nak kira kenangan bersama. Sbb sy memang penyokong setia Bola SUK ). In shaa Allah.. dimana SUK bermain .. pasti sy dtg tgk.. dikala ad kelapangan.
Kak ina, saya yakin, akak seorang yang kuat semangat, cekal dan tabah serta bersabar. Orang takkan tahu ..selagi Allah tidak menduga mereka. ). Sy juga di duga berat oleh Allah. In Shaa Allah.. DIA Sentiasa bersama kita. Tuhan tidak akan menduga kpd hambaNYA yang tidak mampu dihadapi oleh hambaNYA.Kita bersyukur kerana kita dalam perhatian tuhan drpd hambaNYA yang lain.
Akak, kene sentiasa berfikir terbuka dan positif..ok kak? ). Saya doakan akak ina ngan anak2 sentiasa dalam keadaan baik, sentiasa sihat dan bahagia.
Al - Fatihah..
semoga ina dan anak2 terus kuat dan tabah... takziah atas pemergian arwah..
Thus, on the end of this step of slot sport development, you'll have have} concrete artwork 카지노사이트 and UI/UX design. The challenge is to build a sport that provides honest rewards to players to keep them coming again for more. Also, the game must be easy to play, so the users are entertained.
Post a Comment