Hai semua,
Pagi ni bila start engine nak pergi kerja, tengok kat monitor minyak dah tinggal setakuk. Aduhhh nak tak nak kena juga isi minyak. Takut tengah hari karang ambil anak dari sekolah sangkut pulak dalam jem. Tak ke haru namanya.
Seperti biasa dalam perjalanan ke pejabat singgah di stesen minyak favourite tapi semua pam minyak rosak lar pulak. No choice ke stesen minyak satu lagi lar nampak gayanya.
Sampai kat situ dah park semua, buka tempat isi minyak keluar kereta terus pekerja asing kat situ tanya berapa nak isi. Aku cakap nak isi 30, bagi sekeping RM50 dan bagi kad Bonuslink. Dah siap isi tunggu dia bagi balance RM20.
Nampak dia pergi ke kaunter lepas tu datang kat aku semula dan cakap tak ada duit kecil. Ha! Aku pun tanyalah habis tu macam mana? Takkan aku nak tinggal jer balance tu? Aku pun pandang ke kaunter. Ada 3 orang pekerja kita kat situ. Muda-muda lagi. Cashiernya perempuan dan yang 2 orang lagi kat kiri kanan dia lelaki.
Oleh kerana aku tak berganjak, pekerja tu tadi tanya semula ke kaunter. Aku perhati ada seorang lagi customer pun tengah tunggu juga wang baki. Pekerja tu datang semula dan cakap tak ada juga.
Aku tak salahkan pekerja tu. Aku rasa dia tak tahu yang kat kaunter tak ada duit tukar. Sebab aku perhati dia seorang ke hulu hilir tolong isikan minyak dalam keadaan kereta penuh di setiap pam.
Kemudian, yang duduk kat kaunter tu macam tak ada reaksi apa-apa. Sekurang-kurangnya bagitahulah apa masalah semua kan. Takkan nak harap ke pekerja asing tu pulak apalah yang dia tahu. Dahlah pekerja lelaki yang 2 orang tu tah buat apa kat kaunter tu. Nak kata ada 2 cashier tak pun. Apa salahnya yang seorang tu keluar tolong kat pam.
Oleh kerana aku tak puas hati sebab tak ada penyelesaian pun dari pihak stesen, aku pun masuk kereta gigih jugalah cari manalah tau ada duit terselit. Cari punya cari nasib baik ada. Fuhhh lega rasanya.
Sepatutnya yang buat bisnes especially kedai 24 hours ker, stesen minyak, bisnes yang sentiasa sibuk dengan customer perlu sediakan wang tukar secukupnya. Sebab memang dah keperluan dah. Janganlah jadi macam stesen minyak ni huhu.
No comments:
Post a Comment