Tuesday, February 3, 2015

Perasaan

Salam sejahtera semua,

Nak share my feeling jap hehe.  Aku tak suka suasana yang tegang, dingin, pergaduhan, masing-masing muka masam.  Aku tak suka orang marah-marah, tinggi suara depan orang macam dia saja yang betul.  Aku tak taulah orang lain tapi aku tak suka berada dalam situasi macam ni.  Walaupun bukan aku yang bergaduh, bukan aku yang ada salah faham dengan orang lain tapi aku still tak berapa suka.

Aku akan merasakan seperti ada benda berat dalam dada aku.  Santak sangat.  Rasa nak sesak dada.  Itulah yang aku alami dalam seminggu ni.  Ketegangan berlaku di antara orang lain tapi aku pun rasa juga.  Memang orang akan kata "alah buat tak tau jer", "ignore jer lar", "bukan ko yang bergaduh" dan sebagainya tapi itulah aku tak suka situasi tu.

Bila berlaku keadaan macam ni aku akan rasa yang aku sorang-sorang dalam dunia ni.  Tinggal aku, suami dan anak-anak saja.  Tak ada orang peduli.  Rasa sedih sangat.

Apa yang aku buat untuk redakan perasaan aku ialah aku akan buat tak tau.  Aku cuba elakkan diri dan menyendiri.  Menyendiri bukan maksudnya aku duduk sorang-sorang tapi aku sekeluargalah akan duduk kat rumah, tak pergi mana-mana.

Jadi, kekuatan aku adalah suami dan anak-anak aku.  Yang pastinya hanya Dia yang sentiasa mendengar keluhan hambaNya, pada Dialah aku bercerita dan mengadu segalanya.  Sesungguhnya hanya Allah SWT yang maha mengetahui kesusahan hambaNya.


AZLINA MY

No comments: