Tuesday, February 3, 2015

Memancing di Empangan Chereh Lagi

Salam sejahtera semua,

Ini cerita dah lama berlaku ahakkkss.  Baru nak post kat blog.  Kisah tahun lepas punya.  Kelab Sukan dan Kebajikan pejabat aku ada buat Pertandingan Memancing di Empangan Chereh, Sungai Lembing.  Sebagai kaki pancing yang tegar (yalah sangat) haruslah En Khairol join sama.

Kami bertolak dari bandar Kuantan kira-kira jam 7.00 pagi.  Singgah sekejap breakfast kat pertengahan jalan, tak ingat lak kat mana hehe.  Oh ya, dari bandar Kuantan ke Sungai Lembing adalah kira-kira 42 km.  Dari Sungai Lembing ke Empangan Chereh lak kira-kira 20 km ke dalam lagi.  Info mengenai Empangan Chereh ni boleh baca di website BKSAPAHANG.

 Peralatan memancing yang dibawa

 Batang-batang pancing yang diharapkan membawa tuah

 Kelihatan En Khairol di sana... habis kat mana aku?  Dah tentulah bawah payung tu haha... weh panas giler weh.  Terbako rasa kulit yang dah sedia rentung ni hehe.

 Dari berdiri duduk lak, nampak cam tak panas tapi panas ya ampunnnn

 Nampak benteng batu ni, kalau dapat ikan kena menapak naik ke atas nak serah pada urus setia, serun aku weh, tinggi sayup tu

 Ikan kat mana... ikan kat mana hehe, kecik pun keciklah asalkan ada ikan

 Jomlah balik masa dah habis

 Walaupun ikan kecik, sangkut juga dalam senarai En Khairol

 Jangan tak percaya juaranya adalah wanita berbaju hitam itu


Antara hasil tangkapan peserta, tak taulah lepas tu diorang buat apa dengan ikan-ikan ni.

Acara habis dalam pukul 1 lebih.  Lepas makan tengah hari dengan nasi ayam yang marvellous kami pun baliklah semula ke Kuantan.


AZLINA MY

No comments: