Thursday, February 19, 2015

5 Petua Menyimpan Duit

Salam sejahtera semua,

Dalam keadaan sekarang ni dengan kadar ringgit yang tidak menentu, harga barangan yang semakin hari semakin naik tapi dalam masa yang sama disuruh berjimat-cermat.

Bila difikir-fikirkan rasa tak termampu nak berjimat apatah lagi nak menyimpan.  Ya lar gaji dahlah tak banyak.  Tolak hutang sana, tolak hutang sini.  Bayar kereta, bayar sewa rumah.  Pampers anak, susu anak.  Duit minyak kereta.  Belanja sekolah anak.  Bil itu, bil ini.  Bayangkan sampai tak ada lebihan nak menyimpan.

Jom kita baca pandangan dari yang pakar di bawah ni.
v
v
v

5 Teknik Menyimpan Daripada Pakar Kewangan
Teknik ini adalah gabungan teknik menyimpan oleh individu yang terkenal dalam pengurusan kewangan seperti Shamsuddin Kadir, penulis buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang, Arkad, orang terkaya di Babylon dan Abang Abu, pengasas Mekanik Wang.

#1 – Simpan Si Hijau

Simpan Hijau
Menyimpan not hijau RM5 adalah satu idea yang kreatif. [Nur Saffawati]
Tiap kali pulang ke rumah, apabila ada Si Hijau (RM5) dalam dompet, simpan ia ke dalam tabung. Dapatkan sebuah balang dan khaskan penyimpanan RM5.

#2 – Simpan Si Oren

Andai berkemampuan dan mampu menebaskan nafsu, tiap kali membawa pulang Si Oren (RM20), masukkan ke dalam balang yang dikhaskan untuk penyimpanan RM20.

#3 – Simpan Duit Syiling

Ini adalah taraf paling rendah bagi mereka yang dalam proses mampu menyimpan Si Hijau (rujuk tip 1). Masukkan semua duit syiling dalam dompet ke dalam balang khas untuk duit syiling.

#4 – Simpan 10% Duit Gaji

Bagi mereka yang bekerja makan gaji, kita sudah memerah keringat selama 30 hari. Perkara pertama yang patut dilakukan, apabila mendapat gaji adalah membayar diri sendiri pada nilai 10% daripada gaji.
“Bayar diri sendiri dahulu sebelum membayar orang lain.”
Arkad, orang terkaya di Babylon
90% Daripadanya, kita boleh habiskan jika mahu. Ada beza antara orang yang ada simpanan RM100 dengan RM10,000. Pemikiran, perasaan dan keyakinan kita akan berubah apabila kita ada simpanan RM10,000. Yang akan memudahkan kita menjadi magnet wang yang menarik lebih banyak wang.

#5 – Mulakan Menyimpan Setiap Hari (Walau 10 sen!)

“Aliran wang orang kaya – dapat duit, simpan dan baru belanja. Aliran wang orang miskin – dapat duit, belanja.”
Abang Abu, Mekanik Kewangan
Apabila kita tetapkan niat simpan setiap hari, secara tidak langsung kita sedang membuat satu aliran terhadap status kewangan kita. Ibarat kita sedang membuka empangan untuk mengalirkan air masuk. Mulakan dengan serendah 10 sen tiap hari.
“Semakin kita lakukan, semakin lancar empangan, semakin banyak air masuk.”
InsyaAllah lama kelamaan, duit akan mudah datang dan masuk dalam tabung. Jangan percaya. Praktikkan dan rasa sendiri. Minima 30 hari dan kongsikan dengan kami hasilnya.


Ya dan aku dah mulakan menyimpan lepas baca teknik-teknik di atas.  Aku pilih untuk menyimpan si HIJAU.  Gambar kat atas ni adalah hasil simpanan HIJAU aku dari bulan Januari 2015 lepas.  

Mula-mula memang rasa mustahil jer boleh simpan tapi bila dah start alhamdulillah boleh konsisten.  Aku pun tak percaya aku boleh istiqamah menyimpan.   Mula-mula nak simpan tu memang rasa cukup ker nanti duit belanja tapi bila dan simpan tak rasa apa-apa pun.  Macam biasa jer tak ada pun rasa tak cukup duit ke apa hehe.

Sebenarnya kalau kita tak mulakan memang kita tak akan tahu hasilnya.  Jadi mari mulakan menyimpan mulai sekarang.  Tak kiralah nak simpan syiling ker, seringgit ker, 20 ringgit asalkan ada simpanan.  Masih belum terlambat lagi untuk kita beringat.

*Artikel selanjutnya boleh baca di tazkirah.net

AZLINA MY

No comments:

Share |