Tuesday, January 13, 2015

Selamat Tinggal 2014, Selamat Datang 2015

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Dah masuk tahun 2015 dah yer haha.  Baru nak tulis kat blog padahal dah 13 hari dah tahun 2015 ni.  Dulu-dulu masa tahun 90an tak terfikir akan sampai ke abad 20 ni. Masih terasa-rasa lagi baru jer sambut tahun 2000 hehe.  Padahal dah 15 tahun berlalu tapi tak terasa langsung kan.  Begitu pantasnya masa berlalu abad ni.

Untuk tahun 2014 yang dah ditinggalkan, aku rumuskan sebagai tahun berjalan buat aku.  Yalah, bulan Februari 2014 aku pergi ke Jakarta dan Bandung, Indonesia.  Bulan Ogos 2014 aku sekeluarga pergi ke Legoland, Johor.  Dalam bulan September 2014 jalan-jalan ke Kelantan.  Bulan November 2014 aku ke Penang dan penutupnya jalan-jalan ke Kuala Lumpur dan Melaka.

Penutup tahun 2014 juga rumah mak aku banjir naik air sampai atas lagi cuma taklah sedalam macam tahun lepas.  Alhamdulillah mesin basuh, peti sejuk boleh guna lagi.  Cuma kena tukar tikar getah lagi dan sesi membasuh lantai dan pinggan mangkuk, periuk belanga tu yang letih huhu.

Permulaan tahun 2015 ni, Amsyar dah 6 tahun dan dah masuk tadika.  Aku hantar ke Tadika Kemas.  Alhamdulillah first day tak menangis atau buat hal.  Qistina pula dah darjah 3.  Dah tak risau sangat dah dia.  Cuma aku cuti jugalah first day sebab nak menguruskan hal pembayaran KAFA, pembelian buku dah macam-macam lagi hal sekolah ni.  Bila dah buat bayaran segala lega sikit cuma ada 2 buku Qistina yang tak dapat lagi sebab tak sampai lagi.

Buat masa ni, tak banyak lagi yang nak di update.  Ini sahaja dulu untuk aktifkan blog bagi tahun ni hehe.  Malas sungguh sekarang ni nak update blog.  Tak tahulah kenapa.  Banyak cerita tahun lepas yang tak letak dalam blog.  Harap-harap tahun 2015 ni adalah semangat sikit nak update blog ya.


AZLINA MY

No comments:

Share |