Monday, January 26, 2015

Maaf

Antara banyak-banyak pertelingkahan, pergaduhan, salah faham antara kawan ke, gf dan bf ke, suami isteri ke, aku rasa antara keluarga khususnya adik-beradik adalah paling terkesan sekali.  Bila melibatkan keluarga ni, memang mengambil masa yang lama untuk betul-betul pulih semula.  Kadang-kadang dah pulih sekejap tapi ada salah faham sedikit je pun dah boleh membangkitkan semula rasa sakit hati tu.

Aku pun tak fahamlah kenapa perlu kita nak bergaduh, bermasam muka antara keluarga sedangkan dari kecil lagi dah bersama-sama membesar.  Kenapa perlu berubah bila dah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri?  Yang jadi mangsa ahli keluarga yang bersikap neutral.  Tak sebelah siapa-siapa.

Kita hidup di dunia ni bukan selama-lamanya.  Hanya sementara jer.  Bila-bila masa jer Allah SWT nak ambil nyawa kita.  Jadi, kenapa kita nak bazirkan masa yang ada ni dengan rasa sakit hati, dendam, pergaduhan, salah faham?  Bukan ke elok kalau kita jadikan hidup kita dalam suasana yang gembira dan aman.

Itu yang aku amalkan sejak beberapa tahun kebelakangan ni.  Kalau ada rasa sakit hati ke kurang senang dengan orang lain, cepat-cepat aku cuba tenangkan hati, istighfar banyak-banyak, cuba maafkan orang tu.  Memang mula-mula rasa susah tapi percayalah lepas kita maafkan orang kita akan rasa macam ada sebuku benda dalam dada kita keluar.

Kalau aku rasa aku ada buat salah dengan orang sama ada tak sengaja ke cepat-cepat aku minta maaf dengan orang tu.  Selagi tak buat rasa macam ada benda tak kena.  Aku harap janganlah hati aku dipesongkan untuk bersangka buruk, sentiasa berdendam dan sukar minta maaf dan memaafi.  Aku harap hati aku sentiasa bersangka baik dan sentiasa memaafi, insya-Allah.

AZLINA MY

No comments: