Saturday, January 31, 2015

Jalan-Jalan ke Lorong Seni, Kampung Cina, Kuala Terengganu

Dalam hujung tahun 2014 yang lepas aku sekeluarga ada pergi ke Terengganu.  Sambil tu lajak ke Kelantan.   Tak ada tujuan apa-apa pun cuma saja nak berjalan-jalan.  Kakak ipar aku kan ada duduk kat Terengganu.  Selalunya kalau pergi Kuala Terengganu tak berjalan ke mana sangat.  Kali ni biras aku nak pergi Pasar Payang jadi berjalan-jalanlah kita.  Oleh kerana rumah my kakak ipar dekat saja dengan Pasar Payang so kita berjalan kaki sajalah.  Sambil berjalan kaki boleh cuci mata kat Lorong Seni, Kampung Cina.  

Apa yang menarik di sepanjang jalan Kampung Cina ni, setiap lorongnya dihias dengan tema dan seni jalanan antaranya Lorong Penyu, Kenangan Payang, Warisan Dunia, Mesra Alam, Eko, Tau Kay Wee Sin Hee serta Haji Awang Besar.

Aku pun dah tak ingat lorong mana berdasarkan nama-nama di atas jadi kalian layan je lar gambar-gambar yang agak banyak ni ya.   





Sempat pula En Khairol ambil gambar pengantin Cina ni tengah bergambar hehe.


 Rambang mata tengok kain-kain pasang kat sini.  Harga pun boleh tahan tapi aku tak beli pun.

Cantik pula gambar ni.

 Qistina bersama sepupu.

 Ini kot lorong Kenangan Payang tu sebab dihias dengan kain batik.


 Lorong ni cantik penuh dengan payung.

 Lorong payung lagi.

 Suka gambar ni.


 Budak-budak teruja dengan motor besar.

Ingatkan budak-budak je, bapak budak pun sama hehe.

 Ini konsep 3D

 3D

 Tak taulah lorong apa tu, ramai juga yang tengah ambil gambar.  Ada lagi sebenarnya lorong-lorong yang tak sempat singgah macam Lorong Penyu tu.  Dah kepenatan masing-masing lagipun balik dari Pasar Payang tangan penuh dengan barang hehe.

 Dalam perjalanan nak balik rumah kakak ipar, lorong belakang haha.  Tengah berehat sekejap sebab panas dan kepenatan.

Lorong seni ciptaan kitorang

 Nak tergelak pulak tengok gambar ni, entah sapa punya idea hehe.

 Ini kat tepi flat kakak ipar ni, boleh lagi budak-budak ni hehe.


Amsyar pun nak bergambar, dah dekat sangat dengan rumah kakak ipar.

Sampai-sampai rumah masing-masing melepek kepenatan haha.

AZLINA MY

No comments: