Friday, January 30, 2015

Jakarta - Bandung 2014 Part 5 - Mangga Dua dan Balik Malaysia

Hari ni adalah hari terakhir di Jakarta, Indonesia.  Awal-awal pagi dah bangun, bersiap dan turun breakfast.  Ye ye hari ni nak balik Malaysia ye ye.  Rindunya kat anak-anak dan En Khairol ahaksss.  Tak tau apa cerita si kecil Amzar sebab masa pergi trip ni first time aku tinggal dia lama.  Rupa-rupanya balik tu En Khairol cerita semua tak cukup tidur sebab Amzar kan menyusu dada malam haha.  Rasakan diorang haha.


Breakfast terakhir di Jakarta



 Hotel penginapan kami di Jakarta

Kredit Gambar : Agoda

Oh lupa nak cerita.  Ada sesuatu yang lucu dengan hotel ni.  Masa mula-mula masuk bilik tu punyalah terkejut kitorang sebab bilik air boleh see through haha.  Nampak tak kat gambar atas tu sebelah katil tu ada cermin ha dalam tu bilik air hehe.  Aku dengan roommate punyalah gelak tengok bilik air tu.   Ada blind untuk tutup masa kita mandi tapi blind tu kat luar bukan kat dalam bilik air.  Jadinya kalau member nak buat jahat boleh jer nak buka blind ambil gambar kita tengah mandi hahaha.  Hai macam-macam design hotel ni.

Sepatutnya pagi ni destinasi kami ke Tugu Monas tetapi atas permintaan ramai semua nak pergi menghabiskan rupiah-rupiah yang ada di Mangga Dua.  Pak Muslim dalam keterpaksaan mengikut jugalah dengan pesanan "hanya 2 jam sahaja, jangan lupa, nanti lambat nak ke airport, takut macet dan sebagainya" haha.  Kesian Pak Muslim, semua tak berminat nak tengok tugu haha.


Oleh kerana masih awal, Mangga Dua pun tak buka lagi, bertapalah kami menunggu depan pintu masuk.  Bila nampak je buka padahal buka sikit jer pintu hehe terus serbu masuk.  Peniaga kat dalam pun tengah susun barang lagi.  Ada yang baru je buka kedai hehe.  Kat sini aku beli beg anak-anak je.


 Ambil gambar tuk tuk untuk kenangan

Dari Mangga Dua kami terus ke airport.  Flight ke Malaysia sebelah petang.  Alhamdulillah ada disediakan makan tengah hari di sini termasuk dalam pakej.  Jimat belanja dengan rupiah yang dah tak berapa nak ada dah hehe.



Dari trip 2010 dulu memang tertarik dengan lampu ni di Bandara Sokarno.


Walaupun Indonesia bagaikan serumpun tetapi Malaysia still the best haha.

Alhamdulillah kami selamat sampai di Malaysia lebih kurang pukul 5 atau 6 petang tak silap.  Menunggu pulak flight ke Kuantan pukul 10.10 malam.  Tak ada apa nak buat berjalan je lar kat KLIA tu.  Lebih kurang pukul 11.00 malam sampailah aku di Kuantan.  Sukanya hati bila tengok En Khairol dan anak-anak datang jemput.  Rindu sangat-sangat.


Terima kasih Malaysia Airlines (MAS)

Ok, tamat dah entry Jakarta - Bandung 2014 ni. Nantikan kisah trip jalan-jalan yang seterusnya pula!

Entry terdahulu boleh klik di bawah:-

*Part 1
*Part 2
*Part 3
*Part 4

AZLINA MY

No comments:

Share |