Hari ketiga di Bandung pagi-pagi lagi kami dah check-out untuk bertolak ke Jakarta. Destinasi pertama di Jakarta adalah Taman Mini Indonesia.
Sementara menunggu bas berjalan ada pula penghibur jalanan
Lebih kurang 1 jam lebih perjalanan sampailah kami ke Taman Mini Indonesia
Kat taman mini ni banyak rumah dan muzium. Ada bermacam-macam muzium. Layan gambar je lar ye.
Kalau tak larat nak berjalan boleh naik kereta kabel sebab taman ni luas sangat
Tengah memilih-milih gambar. Nak tak nak beli juga memasing.
Lepas dah setengah hari kat taman mini tersebut kami dibawa untuk makan tengah hari. Aku pun tak ingatlah makan kat mana kali ni. Cari gambar tak ada pula hehe. Lepas makan apa lagi pergi shopping pulak. Selalunya yang famous di Jakarta Tanah Abang dan Mangga Dua tapi Pak Muslim tak suggest pergi Tanah Abang. Katanya parking payah, sesak dan sebagainya. Dia cadangkan tempat lain yang lebih kurang sama macam Tanah Abang, katanyalah iaitu Thamrin City. Ada juga yang tak berapa setuju, nak pergi jugaTanah Abang tapi akhirnya mengikut jer.
Besar Thamrin City ni.
Kat Ground Floor ada tempat batik. Kalau nak beli segala jenis batik Indonesia ada di sini.
Aku beli kain batik kat kedai ni.
Aku borong t-shirt Jakarta di sini
Kami ada kat Thamrin City ni dekat 3 jam kot. Entah jalan dalam tu macam tak jumpa jalan keluar dah. Kiri kanan atas bawah semuanya sama, tak tau dah apa berlaku kat luar hehe. Dah banyak berjalan dalam tu laparlah pulak kan. Ye lar tenaga banyak keluar ber shopping haha. Dah naik bas semua kami dibawa ke tempat makan malam.
Restoran terakhir dinner kami di Jakarta, Indonesia
Lepas makan terus kami balik ke hotel untuk berehat, mengemas untuk check-out pagi esok.
*Part 1
*Part 2
*Part 3
AZLINA MY
No comments:
Post a Comment