Saturday, January 31, 2015

Jalan-Jalan ke Lorong Seni, Kampung Cina, Kuala Terengganu

Dalam hujung tahun 2014 yang lepas aku sekeluarga ada pergi ke Terengganu.  Sambil tu lajak ke Kelantan.   Tak ada tujuan apa-apa pun cuma saja nak berjalan-jalan.  Kakak ipar aku kan ada duduk kat Terengganu.  Selalunya kalau pergi Kuala Terengganu tak berjalan ke mana sangat.  Kali ni biras aku nak pergi Pasar Payang jadi berjalan-jalanlah kita.  Oleh kerana rumah my kakak ipar dekat saja dengan Pasar Payang so kita berjalan kaki sajalah.  Sambil berjalan kaki boleh cuci mata kat Lorong Seni, Kampung Cina.  

Apa yang menarik di sepanjang jalan Kampung Cina ni, setiap lorongnya dihias dengan tema dan seni jalanan antaranya Lorong Penyu, Kenangan Payang, Warisan Dunia, Mesra Alam, Eko, Tau Kay Wee Sin Hee serta Haji Awang Besar.

Aku pun dah tak ingat lorong mana berdasarkan nama-nama di atas jadi kalian layan je lar gambar-gambar yang agak banyak ni ya.   





Sempat pula En Khairol ambil gambar pengantin Cina ni tengah bergambar hehe.


 Rambang mata tengok kain-kain pasang kat sini.  Harga pun boleh tahan tapi aku tak beli pun.

Cantik pula gambar ni.

 Qistina bersama sepupu.

 Ini kot lorong Kenangan Payang tu sebab dihias dengan kain batik.


 Lorong ni cantik penuh dengan payung.

 Lorong payung lagi.

 Suka gambar ni.


 Budak-budak teruja dengan motor besar.

Ingatkan budak-budak je, bapak budak pun sama hehe.

 Ini konsep 3D

 3D

 Tak taulah lorong apa tu, ramai juga yang tengah ambil gambar.  Ada lagi sebenarnya lorong-lorong yang tak sempat singgah macam Lorong Penyu tu.  Dah kepenatan masing-masing lagipun balik dari Pasar Payang tangan penuh dengan barang hehe.

 Dalam perjalanan nak balik rumah kakak ipar, lorong belakang haha.  Tengah berehat sekejap sebab panas dan kepenatan.

Lorong seni ciptaan kitorang

 Nak tergelak pulak tengok gambar ni, entah sapa punya idea hehe.

 Ini kat tepi flat kakak ipar ni, boleh lagi budak-budak ni hehe.


Amsyar pun nak bergambar, dah dekat sangat dengan rumah kakak ipar.

Sampai-sampai rumah masing-masing melepek kepenatan haha.

AZLINA MY

Friday, January 30, 2015

Jakarta - Bandung 2014 Part 5 - Mangga Dua dan Balik Malaysia

Hari ni adalah hari terakhir di Jakarta, Indonesia.  Awal-awal pagi dah bangun, bersiap dan turun breakfast.  Ye ye hari ni nak balik Malaysia ye ye.  Rindunya kat anak-anak dan En Khairol ahaksss.  Tak tau apa cerita si kecil Amzar sebab masa pergi trip ni first time aku tinggal dia lama.  Rupa-rupanya balik tu En Khairol cerita semua tak cukup tidur sebab Amzar kan menyusu dada malam haha.  Rasakan diorang haha.


Breakfast terakhir di Jakarta



 Hotel penginapan kami di Jakarta

Kredit Gambar : Agoda

Oh lupa nak cerita.  Ada sesuatu yang lucu dengan hotel ni.  Masa mula-mula masuk bilik tu punyalah terkejut kitorang sebab bilik air boleh see through haha.  Nampak tak kat gambar atas tu sebelah katil tu ada cermin ha dalam tu bilik air hehe.  Aku dengan roommate punyalah gelak tengok bilik air tu.   Ada blind untuk tutup masa kita mandi tapi blind tu kat luar bukan kat dalam bilik air.  Jadinya kalau member nak buat jahat boleh jer nak buka blind ambil gambar kita tengah mandi hahaha.  Hai macam-macam design hotel ni.

Sepatutnya pagi ni destinasi kami ke Tugu Monas tetapi atas permintaan ramai semua nak pergi menghabiskan rupiah-rupiah yang ada di Mangga Dua.  Pak Muslim dalam keterpaksaan mengikut jugalah dengan pesanan "hanya 2 jam sahaja, jangan lupa, nanti lambat nak ke airport, takut macet dan sebagainya" haha.  Kesian Pak Muslim, semua tak berminat nak tengok tugu haha.


Oleh kerana masih awal, Mangga Dua pun tak buka lagi, bertapalah kami menunggu depan pintu masuk.  Bila nampak je buka padahal buka sikit jer pintu hehe terus serbu masuk.  Peniaga kat dalam pun tengah susun barang lagi.  Ada yang baru je buka kedai hehe.  Kat sini aku beli beg anak-anak je.


 Ambil gambar tuk tuk untuk kenangan

Dari Mangga Dua kami terus ke airport.  Flight ke Malaysia sebelah petang.  Alhamdulillah ada disediakan makan tengah hari di sini termasuk dalam pakej.  Jimat belanja dengan rupiah yang dah tak berapa nak ada dah hehe.



Dari trip 2010 dulu memang tertarik dengan lampu ni di Bandara Sokarno.


Walaupun Indonesia bagaikan serumpun tetapi Malaysia still the best haha.

Alhamdulillah kami selamat sampai di Malaysia lebih kurang pukul 5 atau 6 petang tak silap.  Menunggu pulak flight ke Kuantan pukul 10.10 malam.  Tak ada apa nak buat berjalan je lar kat KLIA tu.  Lebih kurang pukul 11.00 malam sampailah aku di Kuantan.  Sukanya hati bila tengok En Khairol dan anak-anak datang jemput.  Rindu sangat-sangat.


Terima kasih Malaysia Airlines (MAS)

Ok, tamat dah entry Jakarta - Bandung 2014 ni. Nantikan kisah trip jalan-jalan yang seterusnya pula!

Entry terdahulu boleh klik di bawah:-

*Part 1
*Part 2
*Part 3
*Part 4

AZLINA MY

Thursday, January 29, 2015

Jakarta - Bandung 2014 Part 4 - Taman Mini Indonesia &Thamrin City

Hari ketiga di Bandung pagi-pagi lagi kami dah check-out untuk bertolak ke Jakarta.  Destinasi pertama di Jakarta adalah Taman Mini Indonesia.

Sementara menunggu bas berjalan ada pula penghibur jalanan

Lebih kurang 1 jam lebih perjalanan sampailah kami ke Taman Mini Indonesia

Kat taman mini ni banyak rumah dan muzium.  Ada bermacam-macam muzium.  Layan gambar je lar ye.



Kalau tak larat nak berjalan boleh naik kereta kabel sebab taman ni luas sangat







 Tengah memilih-milih gambar.  Nak tak nak beli juga memasing.









Lepas dah setengah hari kat taman mini tersebut kami dibawa untuk makan tengah hari.  Aku pun tak ingatlah makan kat mana kali ni.  Cari gambar tak ada pula hehe.  Lepas makan apa lagi pergi shopping pulak.  Selalunya yang famous di Jakarta Tanah Abang dan Mangga Dua tapi Pak Muslim tak suggest pergi Tanah Abang.  Katanya parking payah, sesak dan sebagainya.  Dia cadangkan tempat lain yang lebih kurang sama macam Tanah Abang, katanyalah iaitu Thamrin City.  Ada juga yang tak berapa setuju, nak pergi jugaTanah Abang tapi akhirnya mengikut jer.

Besar Thamrin City ni.

Kat Ground Floor ada tempat batik.  Kalau nak beli segala jenis batik Indonesia ada di sini.

Aku beli kain batik kat kedai ni.

Aku borong t-shirt Jakarta di sini

Kami ada kat Thamrin City ni dekat 3 jam kot.  Entah jalan dalam tu macam tak jumpa jalan keluar dah.  Kiri kanan atas bawah semuanya sama, tak tau dah apa berlaku kat luar hehe.  Dah banyak berjalan dalam tu laparlah pulak kan.  Ye lar tenaga banyak keluar ber shopping haha.  Dah naik bas semua kami dibawa ke tempat makan malam.  

Restoran terakhir dinner kami di Jakarta, Indonesia

Lepas makan terus kami balik ke hotel untuk berehat, mengemas untuk check-out pagi esok.

*Part 1
*Part 2
*Part 3


AZLINA MY
Share |