Thursday, December 31, 2015

Tinggallah 2015 - Tenanglah Dikau Di 'Sana' Suamiku

Assalamualaikum wbt,

Sukar sebenarnya nak memulakan cerita.  Tak tahu mana nak mula.  Segalanya macam mimpi.  Selama ni baca orang lain tulis pasal pemergian orang yang mereka sayang.  Sekarang ni aku sendiri yang tulis pasal pemergian orang yang aku paling sayang.  Mohon maaf coretan ini agak panjang kerana aku nak jadikan ia sebagai satu catatan kenangan buatku di tahun 2015 ini.

 Tak pernah membayangkan hanya 10 tahun arwah dianugerahkan kepadaku untuk sama-sama berkongsi susah dan senang, sama-sama menjaga 3 orang anak syurga.  Sama-sama mengharungi segalanya.

Sejak arwah sakit, arwah selalu sangat marah-marah.  Amsyar lar selalu jadi mangsa sebab dia agak nakal sikit.  Lepas arwah marah-marah selalunya terus Amsyar datang kepadaku menangis dan mengadu.  Akulah kena pujuk itu dan ini tapi arwah marah tak lama pun lepas tu arwah akan pujuk anak-anak semula.  Ya Allah, kalaulah aku tahu...

Masa Hari Raya Haji dan selepasnya kesihatan arwah sedikit demi sedikit dah merosot tapi arwah buat macam biasa jer.  Still pergi kerja macam biasa.  Cuma balik dari kerja arwah banyak tidur.  Ya Allah, kalaulah aku tahu...

2 minggu sebelum masuk hospital arwah dah tak berapa selera nak makan.  Lepas tu muntah.  Asyik berak-berak.  Masa tu lar dia rasa kaki sebelah kiri sakit, kat belakang betis.  Perut pun agak besar dan peha mulai sembab.  Ya Allah, kalaulah aku tahu...

Petang 5 November 2015 kami nekad ke hospital dan arwah pun tak membantah sebab kakinya makin sakit dan arwah kata macam dah tak 'rasa'.  Malam tu kena admitted di tingkat 8, HTAA.  Semasa di wad tersebut memang akulah yang teman.  Kadang-kadang kakak arwah pun ada.  Ingat lagi masa aku balik rumah sekejap, ada kami ber whatsApp tanya aku dah sampai hospital ke belum dan aku tanya ada nak apa-apa ker.  Arwah tulis 'nak sayang ada jer'.  (Ini aku baca semula di hp aku).  Bila baca semula berderai air mata aku.  Ya Allah, kalaulah aku tahu...

Pagi 10 November 2015 bermula segala-galanya.  Balik dari tandas masa duduk atas katil arwah mengadu kepala dia pusing dan terus dia berbaring.  Selepas tu tubuh arwah berpeluh-peluh dan matanya meliar.  Terus panggil doktor dan selepas tu keadaan arwah separuh sedar.  Petang hari sama terus dimasukkan ke wad Intensive Care Unit (ICU) untuk dibuat dialisis di situ.  Ya Allah, kalaulah aku tahu...

11 November 2015... waktu melawat tengah hari ramainya rakan-rakan arwah dan aku yang datang melawat tapi masa tu arwah masih belum sedar lagi.  Masih diberi ubat tidur dan ubat tahan sakit.  Ya Allah, kalaulah aku tahu...

12 - 14 November 2015... respon arwah tak konsisten.  Sekejap ok kadang-kadang tak ok.  Doktor taknak ambil risiko cabut tiub pernafasan dengan keadaan arwah yang tidak konsisten.  Walau bagaimanapun aku dan keluarga agak gembira dengan perkembangan arwah semasa kami melawat.  Bila dipanggil arwah memandang dan genggam tangan.  Ya Allah, kalaulah aku tahu...

15 November 2015... semasa jumpa Doktor Pakar Bedah dia ada bagi hint berkenaan kaki arwah.  Darah dah tak mengalir ke kaki.  Darah tersekat di salur darah di bahagian paha.  Kaki arwah pun dah mulai hitam (gangren) kerana sarafnya telah mati.  Jika tidak buat operation segera jangkitan kuman lagi cepat merebak.  Ya doktor bagi tahu supaya aku lebih bersedia tapi aku masih lagi berfikiran positif yang semuanya akan ok.  Ya Allah, kalaulah aku tahu...

16 November 2015... Pagi tu entah macam mana aku boleh masuk ke wad sekejap.  Aku lihat arwah macam sedar.  Bila aku panggil arwah toleh kepadaku dan senyum.  Aku pegang tangannya dan suruh dia genggam dan dia genggam tapi masa tak menyebelahi kami.  Ya Allah, kalaulah aku tahu itu senyuman terakhir...

18 November 2015... Dalam pukul 10.30 pagi Doktor ICU panggil bagitahu yang aku kena buat keputusan kerana kaki arwah tak dapat diselamatkan.   Masa tu aku rasa macam ada batu hempap ke bahu.  Doktor terangkan apa prosedur yang akan dibuat dan sain beberapa dokumen.   Operation kena dilakukan pada hari itu.  Ya Allah, walaupun aku dah tahu lebih awal tetapi bila nampak dokumen yang perlu ditandatangani itu aku jadi kaku.  Otak rasa kosong, badan jadi lemah sangat.  Rasa tak boleh bernafas.  Betulkah apa yang aku lakukan?  Aku pejamkan mata, tarik nafas dalam-dalam, dalam fikiranku cuma nak selamatkan nyawa selebihnya aku berserah pada Allah SWT.  Dia tahu apa yang terbaik.  Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim dan bacaan Al-Fatihah,dengan tangan terketar-ketar aku sain surat kebenaran.  

Selepas tu arwah disiapkan untuk dibawa ke Dewan Bedah.  Kira-kira jam 12.00 tengah hari arwah ditolak ke Dewan Bedah.  Sepanjang perjalanan dan sepanjang menunggu perasaan aku bercampur-baur.  Kira-kira pukul 3.00 petang arwah selamat dibedah dan ditolak semula ke ICU.  Ya Allah, kalaulah aku tahu...

19, 20, 21 November 2015...perkembangan arwah tidak memberansangkan.  Perkembangan buruk sebab berlaku pendarahan pada bahagian perut akibat jangkitan kuman.  Hati rasa tak tenteram tapi masih lagi berfikiran positif.  He will be fine... he will be fine.  Arwah akan sembuh dan balik ke rumah.  Mulut tak lekang dengan zikir.  Ya Allah kalaulah aku tahu...

22 November 2015... selepas Subuh aku dikejutkan dengan panggilan  Guard.  Doktor panggil katanya.  Jantungku duk dak duk dak.  Doktor ICU terangkan perkembangan kesihatan arwah yang tidak memberansangkan.  Pendarahan masih lagi berlaku.  Akan dibuat prosedur memasukkan skop kali ketiga.  Aku tengok bacaan jantung, tekanan darah arwah memang tak konsisten.  Ya Allah kalaulah aku tahu...

11.00 pagi... sekali lagi dipanggil oleh Doktor, keputusan skop pendarahan masih ada tapi di tempat baru iaitu di pangkal usus kecil.  Ubat sudah dimasukkan.  Darah pun dah 4 pain dimasukkan.  Tekanan darah memang tak konsisten.  Pada masa yang sama antibiotik yang baru dimasukkan. 
Masa tu aku tak tahu aku sedih atau kecewa tapi yang pasti aku masih berharap dan masih positif arwah akan sembuh.  Aku masih rasa ada sinar kebahagiaan di penghujung penderitaan ini.

2.00 petang... aku dipanggil lagi.  Bila masuk aku tengok katil arwah ditutup bidai dan beberapa orang juru rawat dan 2 orang Doktor sibuk di sebalik bidai.  Doktor terus datang ke arah aku dan menjelaskan apa yang berlaku.  Jantung arwah berdegup amat laju dan mereka berusaha untuk pulihkan semula.  Doktor kata kemungkinan jantung arwah akan berhenti tiba-tiba amat tinggi.  Keluar dari wad aku masih fikir arwah akan ok.  Ya Allah kalaulah aku tahu...

4.45 petang... selesai solat Asar Guard panggil.  Hati rasa tak keruan.  Masuk wad keadaan seperti tadi juga di katil arwah.  Aku lihat ada 3 orang Doktor dan beberapa juru rawat mengelilingi arwah. Doktor tadi juga datang kepada aku dan memaklumkan bahawa jantung arwah dah terhenti sebanyak 2 kali.  Walau bagaimanapun mereka masih berusaha untuk pulihkan semula.  Air mata dah mula mengalir.  Peluh dingin terasa.  Tangan bergetar.  Y Allah dah sampai ke masanya aku akan kehilangan suamiku?  Inikah masanya?  Inikah perasaannya?  Sambil duduk menunggu aku baca surah Yasin.  Keluarga mertua pun dah mula sampai.  

5.15 petang... Doktor maklumkan arwah dah tiada.  Doktor tu pun aku tengok bergenang air matanya.  Aku tak tahu apa perasaanku pada masa tu.  Rasa sedih, kecewa semuanya bercampur-baur.  Pada masa yang sama anak-anak aku sampai.  Aku pandang muka ketiga-tiganya dan aku peluk mereka.  Masa itulah aku rasa kehilangan yang amat sangat.  Ya Allah, kesiannya anak-anakku dah tak ada ayah.  Doktor benarkan aku tengok arwah.  Masya Allah, muka arwah macam sedang tidur.  Tak ada pun kelihatan macam menanggung kesakitan.  Bersyukur kerana arwah pergi dalam keadaan yang senang dan tenang.  Bersyukur aku tidak meratap merintih menerima khabar tersebut.  Aku pun tak tahu dari mana datangnya kekuatan untuk melalui segala prosedur dari wad ke rumah mayat dan bawa balik ke rumah.

23 November 2015... sementara menunggu van jenazah, aku duduk di atas katil dan pandang ke luar tingkap. Berfikir bahawa selepas ni arwah suamiku akan ke perjalanan terakhirnya di dunia.  Tiada lagi peneman setia.  Tiada lagi gurau sendanya.  Tiada lagi kata-katanya.  Tiada lagi pelukan sayangnya.  Tiada lagi genggaman tangannya.  Tiada lagi ciuman kasihnya.  Tiada lagi kelibatnya.  Ya Allah kuatkah aku untuk menghadapi dugaan ini?  Tabahkah aku untuk mengharungi hari-hari yang mendatang?

Sampai di masjid, ramainya rakan-rakan yang datang.  Aku request untuk mandikan arwah dan tukang mandi maklumkan aku akan diberi peluang untuk menjirus arwah.  Tiba saatnya Ya Allah tenangnya arwah.  Aku jirus perlahan-lahan sambil aku katakan pada arwah 'ini kali terakhir sayang mandikan abang dan ini bakti sayang yang terakhir untuk abang'.  Sebelum muka arwah dikafan aku renung dan aku kucup dahinya buat kali terakhir.  "Tunggu sayang dan anak-anak di syurga ya".

Alhamdulillah, arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Ubi.  Semuanya berjalan lancar dari awal hingga akhir.

Ya, kalaulah aku tahu apa yang akan terjadi... tapi itulah kita tak akan tahu bila ajal akan menjemput.  Aku dah merancang sebaik-sebaik perancangan untuk kami sekeluarga bila arwah keluar dari hospital.  Kami akan belikan kerusi roda yang bersesuaian.  Aku akan ambil cuti separuh gaji untuk jaga arwah.  Bila dah betul-betul sihat akan diusahakan kaki palsu tapi itulah rupanya perancangan Allah lagi terbaik.  "Kalaulah sayang tahu abang akan tinggalkan sayang, takkan sesaat pun sayang tinggalkan abang.  Sayang akan sentiasa di sisi hingga akhir hayat abang".  Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya.  Aku tahu Allah tak akan biarkan hambaNya menderita berpanjangan.

Sehingga ke hari ini aku masih merasakan hari-hariku seperti mimpi.  Setiap kali bangun tidur aku pandang ke sebelah, tak ada.  Aku keluar ke ruang tamu, tak ada.  Aku ke belakang, tak ada.  Baru aku sedar ini bukan mimpi tapi realiti.  Mahu atau tidak aku harus terima dan redha.  Aku harus kuat demi diriku sendiri dan anak-anak.  

Aku bersyukur kerana arwah dapat menemaniku semasa saat melahirkan ketiga-tiga pewarisnya.  Aku bersyukur kerana tidak pernah sekali pun tangan arwah hinggap di tubuhku.  Aku bersyukur kerana arwah sentiasa ada di sisiku di kala susah dan senang.  Aku bersyukur kerana banyak memori-memori indah bersamanya yang akan menemaniku sepanjang meneruskan kehidupanku.  Sesunggunnya arwah adalah seorang suami yang terbaik dianugerahkan kepadaku.

Terima kasih kerana membaca coretan ini.  Ku kongsikan bersama anda semua kerana aku tahu arwah mempunyai ramai sahabat yang baik.  Aku usaha juga habiskan coretan ini untuk aku tinggalkan di tahun 2015 ini.  Aku berharap tahun 2016 nanti membuka lembaran baru buat aku dan anak-anak. Allah tak akan memberikan ujian buat hambaNya di luar kemampuannya.

Terima kasih juga kepada anda semua kerana menjadi sahabat terbaik buat arwah.  Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah buat arwah dan mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.



AZLINA MY

Friday, December 18, 2015

Pemergian

Assalamualaikum wbt,

2015...khususnya bulan November...bulan yang memilukan.  Banyak yang nak diceritakan tapi tunggulah aku ada kekuatan sikit untuk mencoretkannya di sini. 

Apa yang boleh diberitahu anak-anakku sudah tiada berayah.  Ya, suamiku yang tersayang Encik Khairol Hamdan bin Abu Samah telah pergi menemui Penciptanya pada 22 November yang lalu pada usianya 40 tahun.

Kenyataan yang sungguh perit, sungguh pahit, sungguh sedih untuk diterima tapi aku redha kerana suamiku pergi ke tempat yang lebih baik, tempat yang kekal, tempat yang pasti untuk umat Nabi Muhammad SAW.  

Ya siapa yang tidak sedih, tidak kecewa bila orang yang disayangi, dahan tempat berpaut, ayah kepada anak-anakku, teman sejiwa, sahabat, kekasih, pergi buat selama-lamanya.  Ya Allah, hanya Dia sahaja yang tahu perasaanku.

Di kesempatan ini aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang banyak membantu, yang datang menziarah semasa di hospital, di rumah, di masjid semasa arwah dimandikan, di perkuburan semasa arwah disemadikan, yang menitipkan doa, yang memberikan sumbangan, memberikan sokongan dan kata-kata semangat dan lain-lain.  Terima kasih sekali lagi aku ucapkan.  Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas segala kebaikan yang diberikan.

Terima kasih juga kepada majikan dan rakan sekerja yang begitu memahami sepanjang ketiadaan aku di pejabat kerana menjaga arwah di hospital.  Aku amat-amat menghargainya.  

Harapanku agar arwah diingati untuk segala sifat-sifat kebaikan dan kegembiraan yang dibawa untuk orang-orang di sekelilingnya.   Sekiranya ada keburukan yang ditinggalkan semoga Allah SWT mengampuni segala dosa-dosanya.

Mohon semua dapat sedekahkan Al-Fatihah buat arwah suamiku.  Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.


AZLINA MY

Tuesday, October 20, 2015

Birthday Kakak dan Adik

Hai semua,

Bersedialah untuk entry entry tertunggak mulai hari ni dan seterusnya haha.  Bila tengok semula gambar-gambar fuhhh banyak rupanya yang tak diceritakan di blog.  Memandangkan virus rajin berblog dah datang jadi untuk tidak membuang masa baiklah mulakan hehe.

Ini cerita bulan Mac yang lepas.  Qistina dan adiknya kan kongsi tarikh lahir yang sama pada 7 Mac so sambut sekalilah.  Jimat duit kek hehe.  Celebrate pun simple je kat rumah mak mertua aku je.

Walaupun cerita ni dah lepas tapi still masukkan dalam blog untuk kenangan kami sekeluarga.

Kek yang simple je untuk dua beradik tu

Sorang dah anak dara, sorang lagi comel keletah lagi

Tengoklah tu geram jer dengan budak kecik ni

Sesi tiup meniup lilin

Muncung je lebih si adik tu

Potong jangan tak potong

AZLINA MY

Thursday, October 15, 2015

Kadar Baru Tol Mulai 15 Oktober 2015

Hai semua,

Mulai hari ni seperti yang semua tahu, kadar tol 17 syarikat konsesi lebuh raya di Lembah Klang telah dinaikkan.

Emm sedih bila difikirkan di saat rakyat berusaha untuk menempuhi keadaan ekonomi yang sangat sukar sekarang ni tiba-tiba ada lagi kenaikan yang menambah kesukaran tersebut.

Apa-apa pun tak guna mengeluh kerana tidak mendatangkan faedah.  Cuba teruskan hidup di samping mencari peluang menambah sumber kewangan.

kadar-tol-okt2015

kadar-tol-okt2015-02

kadar-tol-okt2015-03
Kredit : thevocket


AZLINA MY

Monday, October 5, 2015

Kerana Jerebu

Hai semua,

Hari ini 5 dan 6 Oktober semua sekolah di negeri Pahang diisytiharkan cuti akibat jerebu yang makin teruk.  Bukan setakat sekolah di Pahang tapi di seluruh negara juga kecuali di Kelantan, Sabah dan Sarawak.

Kalau tengokkan memang makin teruk keadaan jerebu di Malaysia.  Kalau tengok di bandar Kuantan ni pun macam tak makin kurang jerebunya.

Tengok IPU setakat hari ni di http://apims.doe.gov.my/v2/hour2_2015-10-05.html kebanyakan tempat dah makin kurang jerebu.  Ada 3 kawasan di Pahang iaitu Balok Baru, Indera Mahkota dan Jerantut pun dah di paras sederhana. Walau bagaimanapun masih ada sesetengah tempat yang masih di paras IPU tidak sihat.

NEGERI / STATEKAWASAN/AREAMASA/TIME
06:00AM
MASA/TIME
07:00AM
MASA/TIME
08:00AM
MASA/TIME
09:00AM
MASA/TIME
10:00AM
MASA/TIME
11:00AM
JohorKota Tinggi76*77*79*80*83* 
JohorLarkin Lama73*74*74*75*77* 
JohorMuar78*76*74*73*72* 
JohorPasir Gudang84*86*87*88*90* 
KedahAlor Setar163*160*156*152*148* 
KedahBakar Arang, Sg. Petani148*147*146*143*140* 
KedahLangkawi128*129*127*131*136* 
KelantanSMK Tanjung Chat, Kota Bharu90*90*90*90*91* 
KelantanTanah Merah90*91*91*92*93* 
MelakaBandaraya Melaka105*103*100*99*100* 
MelakaBukit Rambai102*100*98*97*99* 
Negeri SembilanNilai95*92*89*86*84* 
Negeri SembilanPort Dickson94*93*92*92*92* 
Negeri SembilanSeremban94*90*87*84*80* 
PahangBalok Baru, Kuantan77*75*74*73*74* 
PahangIndera Mahkota, Kuantan71*70*69*70*70* 
PahangJerantut92*90*88*87*84* 

Pendapat akulah, Malaysia harus ambil tindakan yang sewajarnya memandangkan ini bukan tahun pertama jerebu ni.  Dah bertahun-tahun kita alami jerebu ni dah kira macam acara tahunan dah.  Macam negara yang berkenaan tu tak buat apa-apa pun untuk menangani jerebu ni.  Sepatutnya negara tersebut kena tanggung segala kos yang dikeluarkan Malaysia akibat jerebu ni.  Ya lah, banyak aktiviti-aktiviti yang terpaksa ditangguh atau dibatalkan.  Dah berapa kos rugi kat situ.  Sekolah-sekolah terpaksa ditutup.  Pengeluaran topeng-topeng muka yang semakin meningkat.  Malaysia kena tegaslah sikit.  Takkan selamanya asyik nak berbincang jer tapi tak ada penyelesaian pun.  Tahun depan jerebu lagi.

Cepat-cepatlah berlalu jerebu ni.  Rasa tak sanggup tengok pemandangan putih jer macam dalam kelambu.  Lama dah tengok betul-betul langit dan matahari huhu.


AZLINA MY

Wednesday, September 23, 2015

Giveaway Sempoi By MrsFara



Hai semua,

Jalan-jalan dari blog ke blog, singgah di blog mialiana terbaca pasal giveaway sempoi ni.  Tarikh akhirnya pada hari ni oh sempat lagi nak join.

Syarat-syaratnya sangat mudah seperti di bawah:

1) Warganegara Malaysia ~ sudah tentu
2) Follow blog MrsFara ~ done
3) Like page Kosmetik Murah ~ done
4) Follow instagram Oh Fara ~ done
5) Buat satu entry khas bertajuk "Giveaway Sempoi by MrsFara" dan backlink banner di atas ke entry GA ~ done
6) Tinggalkan link URL giveaway kat ruangan komen GA tersebut ~ done

Kalau nak tengok hadiah dan nak join giveaway yang amat mudah ni boleh klik saja pada banner kat atas tu ya.

Apa lagi cepat-cepatlah korang!


AZLINA MY

Tuesday, September 22, 2015

Brooch Mini Giveaway

~ STICKY POST ~
Untuk entry terbaru sila scroll di bawah

 Brooch Mini Giveaway

Hai there,

Lamanya tak join apa-apa pun giveaway.  Hari ni tengah-tengah blogwalking terbaca pasal mini giveaway ni.  Tergerak hati nak join.  So, here it is.

Senang sangat giveaway ni.  Syarat-syarat adalah seperti di bawah:-


1. Buat tajuk " BROOCH Mini Giveaway". ~ done

2. Copy banner ni dan backlink kan ke blog ni. ~ done
3. Follow blog ni. ~ done
4. Like page "Cinta Itu Indah". ~ done
5. Publish dan letakkan link ke kotak komen ye. - done

Hadiahnya adalah berupa 10 set Brooch kepada 10 orang bloggers.  Tak apa, cuba jer kan.  Menang atau tidak itu rezeki masing-masing.

Giveway ni dah bermula pada 6 September lepas dan akan berakhir pada 22 September nanti.  Jadi kepada yang berminat bolehlah cepat-cepat join.  Klik saja pada banner kat atas tu ya.

Oh ya, kalau ada yang berminat nak order Brooch ini boleh juga whatsApp kepada tuan punya blog di no  011-24181178.


AZLINA MY

Friday, September 18, 2015

Kes Tembak di Kuantan

Hai semua,

Petang-petang ni baru tahu ada kes pembunuhan kat Kuantan awal pagi tadi.  Ishhh takut pulak macam dah tak selamat dah kat mana-mana pun.  Kalau tak suka ke dendam ke senang je sekarang kan, tembak dan bunuh.  Nyawa manusia zaman sekarang ni dah tak ada nilai langsung.



Seorang lelaki maut selepas terkena empat das tembakan dilepaskan dua lelaki ketika menuju ke kereta selepas keluar minum bersama dua rakan di sebuah restoran Jalan Tun Ismail awal pagi tadi.

Kejadian jam 2.20 pagi itu menyebabkan mangsa Arzurizan Abdul Rahman, 39 atau lebih dikenali dengan panggilan Ayahanda Zul Badak maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.










Untuk berita lanjut boleh pergi ke mestimauu


AZLINA MY

Takkan Bisnes Besar-Besar Tak Ada Wang Tukar

Hai semua,

Pagi ni bila start engine nak pergi kerja, tengok kat monitor minyak dah tinggal setakuk.  Aduhhh nak tak nak kena juga isi minyak.  Takut tengah hari karang ambil anak dari sekolah sangkut pulak dalam jem.  Tak ke haru namanya.

Seperti biasa dalam perjalanan ke pejabat singgah di stesen minyak favourite tapi semua pam minyak rosak lar pulak.  No choice ke stesen minyak satu lagi lar nampak gayanya.

Sampai kat situ dah park semua, buka tempat isi minyak keluar kereta terus pekerja asing kat situ tanya berapa nak isi.  Aku cakap nak isi 30, bagi sekeping RM50 dan bagi kad Bonuslink.  Dah siap isi tunggu dia bagi balance RM20.  

Nampak dia pergi ke kaunter lepas tu datang kat aku semula dan cakap tak ada duit kecil.  Ha! Aku pun tanyalah habis tu macam mana? Takkan aku nak tinggal jer balance tu?  Aku pun pandang ke kaunter.  Ada 3 orang pekerja kita kat situ.  Muda-muda lagi.  Cashiernya perempuan dan yang 2 orang lagi kat kiri kanan dia lelaki.  

Oleh kerana aku tak berganjak, pekerja tu tadi tanya semula ke kaunter.  Aku perhati ada seorang lagi customer pun tengah tunggu juga wang baki.  Pekerja tu datang semula dan cakap tak ada juga.  

Aku tak salahkan pekerja tu.  Aku rasa dia tak tahu yang kat kaunter tak ada duit tukar.  Sebab aku perhati dia seorang ke hulu hilir tolong isikan minyak dalam keadaan kereta penuh di setiap pam.  

Kemudian, yang duduk kat kaunter tu macam tak ada reaksi apa-apa.  Sekurang-kurangnya bagitahulah apa masalah semua kan.  Takkan nak harap ke pekerja asing tu pulak apalah yang dia tahu.  Dahlah pekerja lelaki yang 2 orang tu tah buat apa kat kaunter tu.  Nak kata ada 2 cashier tak pun.  Apa salahnya yang seorang tu keluar tolong kat pam.

Oleh kerana aku tak puas hati sebab tak ada penyelesaian pun dari pihak stesen, aku pun masuk kereta gigih jugalah cari manalah tau ada duit terselit.  Cari punya cari nasib baik ada.  Fuhhh lega rasanya.  

Sepatutnya yang buat bisnes especially kedai 24 hours ker, stesen minyak, bisnes yang sentiasa sibuk dengan customer perlu sediakan wang tukar secukupnya.  Sebab memang dah keperluan dah.  Janganlah jadi macam stesen minyak ni huhu.


AZLINA MY

Wednesday, July 15, 2015

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2015

Assalamualaikum wbt,

Emm Ramadan kali ni tak banyak cerita sepanjang berpuasa kan.  Tup tup dah nak raya dah.

Memandangkan esok aku dah mula bercuti so di kesempatan ini aku nak ucapkan kepada semua kawan-kawan dan pembaca blog yang tak seberapa ni 'SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI'.  Mohon maaf sekiranya ada tulisan-tulisan yang menyinggung perasaan kalian semua.

Semoga Syawal kali ni memberikan seribu rahmat buat kita semua.



AZLINA MY

Monday, June 29, 2015

Kes Dera Adik Yaya

Kenapalah dengan budak yang tak berdaya tu juga ko balun?  Kenapalah budak yang tak berdosa tu juga yang jadi mangsa?  Kenapalah budak yang comel dan suci tu juga yang ko jadikan sasaran?  Apa ko ingat budak tu punching bag ke?  Kalau nak sangat membalun, pergilah masuk tomoi ker, tinju ker, ha ko balunlah puas-puas.

Ishhh, aku sungguh-sungguh tak puas hatilah dengan orang yang suka mendera budak-budak ni.  Ya lah, budak-budak tu bukan tandingan kita yang dewasa ni.  Apalah yang diorang tahu.  Kalau kena pukul, kena tendang semua bukannya diorang boleh balas balik.  Bukan diorang boleh pertahankan diri.  Agaknya itulah sebabnya orang dewasa suka lepaskan geram kepada budak-budak, sebab diorang tak boleh balas balik.  Lagilah sedap memukul.

Ya Allah,  ke manalah perginya sifat belas kasihan, kasih sayang, cinta sesama manusia.  Budak-budak kan suci, comel, mesra.  Tak faham sungguh aku.

Semoga si pendera adik Yaya tu cepat-cepat dapat ditemui dan ditangkap.  Larilah ke ceruk mana pun yang salah akan tetap bersalah.  Walaupun terlepas hukuman di dunia, di akhirat nanti ko tetap akan dihitung.


AZLINA MY

Friday, June 19, 2015

Hati-Hati Membeli di Pasar Ramadan

Sudah masuk hari kedua kita berpuasa pada Ramadan kali ni.  

Alhamdulillah semalam berbuka puasa dengan juadah yang sederhana.  Hari pertama puasa pun dah ada macam-macam cerita hehe.

Firstly, Amsyar berjaya puasa penuh semalam.  Aku tak paksa pun.  Aku siap cakap kat En Khairol, kalau dia balik dari tadika dan dia tak larat suruh jer berbuka.  Alhamdulillah, dia berjaya tahan sampai berbuka.

Petang semalam juga Kuantan dilanda hujan ribut.  Kat sesetengah tempat ada pokok tumbang dan dahan patah.  Bila hujan reda kami pun redah ke Pasar Ramadan.  

Nak dijadikan cerita beli ayam panggang untuk Amsyar.  En Khairol malas nak beli yang seekor ataupun separuh.  So, dia pilih yang seketul-seketul tu lah.  Kami ambil 4 ketul paha dan 2 ketul kepak.  Aku tak taulah tukang jual tu tak reti kira atau salah cakap.  Nak tau berapa harga semua tu?  RM30 ok!  Ambik ko!  Lebih mahal daripada beli ayam golek seekor.  

Apa yang aku dengar dia cakap 10 ke toke dia.  En Khairol taknak banyak cakap terus bayar.  Aku pulak dekat belakang so tak berapa nak mendengar.  Jadi, disebabkan itu kami banned terus gerai ayam tu haha.  Disebabkan itu juga kami suruh juga anak-anak habiskan ayam-ayam tu.  Mahal tu haha.  Bukan paksa ya kalau tak cakap cam tu pun ayam-ayam tu memang habis punya.

Nak buat camne, hari pertama pun dah terkena.  Hai, lain kali memang kene berhati-hati.  Sebelum beli kena tanya dulu harga semua.  Kalau tak jelas suruh penjual tu ulang semula.


AZLINA MY

Thursday, June 18, 2015

Bantuan Khas RM500

Alhamdulillah, dapat merasa lagi bantuan khas kewangan untuk raya kali ni.  RM500 tu, kira banyak juga kan.

Bantuan khas ni telah diumumkan oleh Perdana Menteri kita pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-14 semalam.

Selain daripada itu, Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) akhirnya dinaikkan daripada RM180 ke RM300 kepada semua kakitangan Gred 41 ke bawah.  

Bayangkan rumah sewa sekarang ni pun mana dapat seratus lebih dah, paling rendah sekarang ni RM450.  Kalau bayar rumah sendiri pun koman-koman RM700 sebulan.

Kepada yang duduk kuarters kerajaan pun lepas ni dapat 25% daripada kadar imbuhan tu.  Sebelum ni mana dapat.

Emm... bersedialah kenaikan harga barang lepas ni huhu.

AZLINA MY

1st Ramadhan 2015

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana masih lagi lagi memberi ruang dan nafas kepada diriku untuk menyambut bulan Ramadhan kali ni.

Macam-macam rasa sambutan Ramadhan pada kali ni.  Dengan kehidupan yang agak tidak teratur buat masa ni.  Masih belum dapat pindah sepenuhnya ke rumah baru.  Kesihatan En Khairol pun belum betul-betul pulih sepenuhnya.

Masih lagi duduk kat rumah mak mertua aku.  Bukanlah tak suka tapi bukan rumah sendiri kan.  Lain rasanya.

In sha Allah lepas raya aku nak duduk sepenuhnya kat rumah baru.  Rasa macam tak berumah sekarang ni.  Walau apa pun kesihatan En Khairol yang lebih diutamakan.

Di kesempatan ini aku nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN kepada semua.  Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu kerahmatan kepada kita.

AZLINA MY

Wednesday, June 3, 2015

10th Years Anniversary

Assalamualaikum wbt,  

Today is my 10th Anniversary.  Yey! 10 tahun! Yeh! Haha... tak sangka... tak percaya kepada diri sendiri. 

Masa bujang-bujang dulu selalu terfikir, aku ni akan kahwin ke?

Boleh ke aku jadi isteri orang?

Boleh ke aku mengandung?

Boleh ke aku nak lahirkan baby tu nanti... push push semua tu haha...

Boleh ke?  Boleh ke...dan banyak lagi soalan-soalan yang berlegar-legar kat kepala masa tu.

At last, you did  it for 10 years... fuhhhh 10 years ok... bukan 10 minit... bukan 10 hari... bukan 10 minggu but 10 tahun ye.

Emm but more years to go ok... in sha Allah sekiranya diizinkan Allah SWT, dipanjangkan usia, dilimpahkan rezeki... dilanjutkan jodoh sehingga ke jannah.

Happy Anniversary to En Khairol, kepada kita berdua, alhamdulillah kita berjaya mengharungi 10 tahun yang indah, yang penuh suka duka, pahit manis, yang indah, yang buruk, semoga diberikan kesihatan yang baik untuk kita mengharungi hari-hari yang mendatang.


AZLINA MY

Thursday, May 28, 2015

Di Sebalik 3 Bulan Menyepi

Ya Allah!  Dah hampir 3 bulan blog ni menyepi.  Nak bersawang semula dah.  Huhu baru jer ari tu berkobar-kobar semangat nak aktifkan semula blog ni tapi tup tup menyepi semula.

Banyak sebenarnya nak cerita antara sebab-sebab kenapa menyepikan diri ni tapi tak tahu nak mula macam mana.  It's like taip taip taip lepas tu berhenti... taip taip taip berhenti... taip taip taip berhenti.

Ada 3 perkara besar yang berlaku dalam masa 3 bulan ni.  Tak tahulah memang suratan ataupun kebetulan.  Dugaan yang berlaku memang menguji kesabaran.

Pertamanya, hujung bulan Februari 2015 akhirnya aku mendapat kunci rumah baru kami.  Excited sungguh kami berdua akhirnya dapat juga pindah ke rumah baru.  Dalam pada masa yang sama kesihatan En Khairol sedikit demi sedikit tergugat.  Bermula dengan bengkak di kedua-dua sendi pergelangan kaki.  Pergi klinik katanya gout disebabkan asid urik yang tinggi dalam darah.  

Awal bulan Mac 2015 aku dapat surat pertukaran.  Walaupun pertukaran tersebut tak lah sehingga aku perlu ke jabatan lain, masih di jabatan lama cuma bertukar department tetapi tempat baru ni memerlukan komitmen yang lebih.  Dalam masa yang sama juga kesihatan En Khairol semakin membimbangkan. Bengkak di kaki semakin melarat sehingga ke betis, peha dan perut.

Fokus kepada kesihatan En Khairol pula.  Dia memohon cuti tanpa gaji selama 30 hari untuk mendapatkan rawatan alternatif di Terengganu.  Hampir sebulan dia di sana, duduk di rumah kakaknya sambil ditemani oleh mak.  Akhirnya sebelum cuti tanpa gaji tu tamat, dia berkeputusan untuk mendapatkan rawatan di hospital.  Jadi, balik saja dari Terengganu terus ke HTAA untuk dapatkan rawatan seterusnya.

Selama 15 hari aku berkampung di HTAA.  Keluarkan air yang berlebihan dalam badan.  Menyaksikan lengan En Khairol kiri dan kanan dicucuk untuk mengambil darah 3 kali sehari.  Pada masa yang sama aku tak boleh tinggalkan kerja yang perlu juga diteruskan.  

Apa penyakit En Khairol?  Aku pun tertanya-tanya sehingga sekarang cuma En Khairol masih lagi mempunyai appointment hospital yang perlu dipenuhi.  Doktor masih belum dapat putuskan sama ada penyakitnya berkaitan dengan jantung, hati atau buah pinggang.

Ceritanya sekarang, alhamdulillah kesihatan En Khairol semakin baik.  Aku pun dah makin dapat sesuaikan diri di tempat kerja baru.  Cuma yang kecewa sikit sebab tak dapat pindah rumah lagi.  Harap-harap dapatlah pindah secepat mungkin memandangkan En Khairol pun semakin sihat ni.  Hopefully juga tak ada apa-apa yang serius dengan kesihatan En Khairol in sha Allah.


AZLINA MY

Thursday, February 19, 2015

Showcase Anuar Zain di MATIC

Salam sejahtera semua,

Huhuhu Anuar Zain ada buat showcase tapi harga tiket mahallah.  Bukan tak mampu tiket yang paling murah tu tapi banyak lagi boleh guna dengan duit sebanyak tu.  Kan sekarang ni masa berjimat-cermat ;-)

Tak apalah aku tolong promote je lar.  Mana tahu ada rezeki  tiba-tiba dapat pergi haha.  

Nak tahu lebih detail pasal harga tiket dan tempat duduk boleh ke website MATIC.




AZLINA MY

5 Petua Menyimpan Duit

Salam sejahtera semua,

Dalam keadaan sekarang ni dengan kadar ringgit yang tidak menentu, harga barangan yang semakin hari semakin naik tapi dalam masa yang sama disuruh berjimat-cermat.

Bila difikir-fikirkan rasa tak termampu nak berjimat apatah lagi nak menyimpan.  Ya lar gaji dahlah tak banyak.  Tolak hutang sana, tolak hutang sini.  Bayar kereta, bayar sewa rumah.  Pampers anak, susu anak.  Duit minyak kereta.  Belanja sekolah anak.  Bil itu, bil ini.  Bayangkan sampai tak ada lebihan nak menyimpan.

Jom kita baca pandangan dari yang pakar di bawah ni.
v
v
v

5 Teknik Menyimpan Daripada Pakar Kewangan
Teknik ini adalah gabungan teknik menyimpan oleh individu yang terkenal dalam pengurusan kewangan seperti Shamsuddin Kadir, penulis buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang, Arkad, orang terkaya di Babylon dan Abang Abu, pengasas Mekanik Wang.

#1 – Simpan Si Hijau

Simpan Hijau
Menyimpan not hijau RM5 adalah satu idea yang kreatif. [Nur Saffawati]
Tiap kali pulang ke rumah, apabila ada Si Hijau (RM5) dalam dompet, simpan ia ke dalam tabung. Dapatkan sebuah balang dan khaskan penyimpanan RM5.

#2 – Simpan Si Oren

Andai berkemampuan dan mampu menebaskan nafsu, tiap kali membawa pulang Si Oren (RM20), masukkan ke dalam balang yang dikhaskan untuk penyimpanan RM20.

#3 – Simpan Duit Syiling

Ini adalah taraf paling rendah bagi mereka yang dalam proses mampu menyimpan Si Hijau (rujuk tip 1). Masukkan semua duit syiling dalam dompet ke dalam balang khas untuk duit syiling.

#4 – Simpan 10% Duit Gaji

Bagi mereka yang bekerja makan gaji, kita sudah memerah keringat selama 30 hari. Perkara pertama yang patut dilakukan, apabila mendapat gaji adalah membayar diri sendiri pada nilai 10% daripada gaji.
“Bayar diri sendiri dahulu sebelum membayar orang lain.”
Arkad, orang terkaya di Babylon
90% Daripadanya, kita boleh habiskan jika mahu. Ada beza antara orang yang ada simpanan RM100 dengan RM10,000. Pemikiran, perasaan dan keyakinan kita akan berubah apabila kita ada simpanan RM10,000. Yang akan memudahkan kita menjadi magnet wang yang menarik lebih banyak wang.

#5 – Mulakan Menyimpan Setiap Hari (Walau 10 sen!)

“Aliran wang orang kaya – dapat duit, simpan dan baru belanja. Aliran wang orang miskin – dapat duit, belanja.”
Abang Abu, Mekanik Kewangan
Apabila kita tetapkan niat simpan setiap hari, secara tidak langsung kita sedang membuat satu aliran terhadap status kewangan kita. Ibarat kita sedang membuka empangan untuk mengalirkan air masuk. Mulakan dengan serendah 10 sen tiap hari.
“Semakin kita lakukan, semakin lancar empangan, semakin banyak air masuk.”
InsyaAllah lama kelamaan, duit akan mudah datang dan masuk dalam tabung. Jangan percaya. Praktikkan dan rasa sendiri. Minima 30 hari dan kongsikan dengan kami hasilnya.


Ya dan aku dah mulakan menyimpan lepas baca teknik-teknik di atas.  Aku pilih untuk menyimpan si HIJAU.  Gambar kat atas ni adalah hasil simpanan HIJAU aku dari bulan Januari 2015 lepas.  

Mula-mula memang rasa mustahil jer boleh simpan tapi bila dah start alhamdulillah boleh konsisten.  Aku pun tak percaya aku boleh istiqamah menyimpan.   Mula-mula nak simpan tu memang rasa cukup ker nanti duit belanja tapi bila dan simpan tak rasa apa-apa pun.  Macam biasa jer tak ada pun rasa tak cukup duit ke apa hehe.

Sebenarnya kalau kita tak mulakan memang kita tak akan tahu hasilnya.  Jadi mari mulakan menyimpan mulai sekarang.  Tak kiralah nak simpan syiling ker, seringgit ker, 20 ringgit asalkan ada simpanan.  Masih belum terlambat lagi untuk kita beringat.

*Artikel selanjutnya boleh baca di tazkirah.net

AZLINA MY

Wednesday, February 18, 2015

Air Supply 40th Anniversary World Tour Live in Malaysia

Salam sejahtera semua,

I'm not a big fan of Air Supply tapi boleh layanlah lagu-lagu dia.  Best juga lagunya.  Kalau nak tengok konsert Air Supply bolehlah dapatkan tiket seperti maklumat di bawah ni.

Apple AppAndroid AppTicketCharge's HomepageConditions of SalesContact UsList of Outletsfollow us on twitterfollow us on facebook
If you cannot view this newsletter, please click here.
 
Air Supply 
40th Anniversary 
World Tour LIVE in Malaysia

 
Date : 08 March 2015 (Sunday)
Time : 8:00pm
Venue : Mega Star Arena
 

For more information, please visit TicketCharge's Website @ http://www.ticketcharge.com.my


TicketCharge TICKETING OUTLETS
 SpeedyRock CornerChambers MusicVictoria Music CentreNeway Karaoke BoxNesia Holiday LeisurePt. Surprise IndonesiaPJ Live ArtsVN TIC Vietname
AppleAndroid

Disclaimer: This e-newsletter is correct at the time of publishing. 
For latest updates, please refer to www.ticketcharge.com.my  
TicketCharge Privacy Policy   |   
Copyright 2014 MY TicketCharge Sdn Bhd
 



AZLINA MY