Wednesday, July 23, 2014

Majlis Perkahwinan Sepupu

Ini kisah awal bulan Mei lepas.  Punyalah berzaman nak cerita ek.  Bukan apa baru-baru ni jer datang semangat rajin nak update blog.  Kalau tidak lemau jer, buka blog, baca sikit lebih kurang, tutup semula.  Gitulah selalunya.  Tak taulah kenapa jadi malas lak haha.

Takpe takpe kita terus ke cerita sebenarnya.  Pada 4 Mei lepas berlangsung majlis perkahwinan sepupu lelaki aku.  Sepupu aku ni namanya Mohd Zulhilmi tapi kami panggil Emi jer, anak kepada mak saudara sebelah mak aku.  Dia sekarang ni dah jadi doktor, bertugas kat Hospital Temerloh.  Majlis pernikahan Emi ni dah selamat berlangsung pada cuti umum Hari Pekerja iaitu 1 Mei tapi aku dan keluarga belah Kuantan ni tak dapat nak pergi sebab cuti pun jatuh hari Khamis, hari Jumaat still kerja so keluarga  KL je lah yang pergi.

Aku sekeluarga dengan mak dan abah aku bertolak ke KL petang Jumaat tu.  Adik aku 3 beranak pulak bertolak petang Sabtu sebab suami dia ada kerja lak.  So, tak dapatlah dia attend kenduri belah perempuan pada hari Sabtu tu.  Dapat pergi belah lelaki je lah.  Kami sampai KL lebih kurang pukul 12 tengah malam.  Jadi lewat sebab pergi menghantar bekalan untuk anak saudara En Khairol yang belajar kat KLMU.  Kami pergi singgah kat rumah mak saudara aku dulu.  Sampai situ kakak aku 2 orang ada kat situ tengah packing goodies bag.  Dah nak siap dah, aku tolong sikit-sikit jer.  Kemudian baru kami balik ke homestay.  

Keesokannya hari Sabtu kenduri belah perempuan.  Majlis diadakan di Dewan Institut Kraf Negara kat Templer Park, Rawang.  Kami bertolak lebih kurang pukul 11 pagi dari rumah mak saudara aku tu.

Pasangan pengantin, Dr. Zulhilmi dan Siti Nuraihan

Ambil kesempatan bergambar kat luar dewan.  Cantik pulak pintu gerbang ni.  Aku recycle baju kurung aku. Temanya biru, malas dah nak beli baju lain.  Cuma shawl je aku beli, RM10 jer.

Close up sikit.  Pandai pulak pandang kamera si kecik aku ni.

Kiss sikit!

Dah namanya Dewan Kraf, ada la segala benda alah gendang ni.  Anak-anak aku apa lagi bergendang sayanglah.

Aduhh, anak sapalah yang pakai selipar terbalik ni *tepuk dahi*

Dah siap semua makan, bergambar, bergendang, kami pun bertolak balik.  Tak singgah mana-mana pun sebab cuaca mak aih panas berdering.  Sampai jer homestay terus mandi, salin baju segala.  Kemudian kakak aku mengajak pergi beli coklat kat Masjid Jamek sana tu.  Plan nak naik LRT dari Kampung Baru.  Anak-anak bila dengar tu suka hatilah.  Ok, pasal berjalan semua ni tak payah ceritalah sebab ni pasal majlis perkahwinan kan hehe.  Balik dari berjalan tu dah dekat pukul 9 malam.  Siangnya mak saudara dah pesan malam nanti datang rumah sebab ada benda lagi nak disiapkan sebab nak hantar ke dewan untuk majlis sambut menantu hari Ahad esoknya.  Habis dah sampai homestay kul 9 malam, dengan penatnya camne nak gi.  

*hantu punya anak saudara suruh datang tolong dibantainya gi berjalan*

Jadinya tak pergilah ke rumah mak saudara.  Biarlah abang dengan kakak ipar yang baru sampai dari Muar dan yang lain-lain tu yang tolong pulak hehe.  Tak per habis majlis esok kami pulak tolong.

Esok Ahadnya majlis sambut menantu belah lelaki pula, belah kamilah tu.  Dalam pukul 11 pagi kami dah sampai kat dewan.  Majlis sambut menantu diadakan di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid kat Jalan Tun Ismail.  Kali kedua berkenduri di sini.  Kali pertama dulu masa kenduri kahwin kakak kepada Dr. Zulhilmi, Huda.  Apa-apa saudara-mara soru dulu.  Lapar weh, nanti nak layan tetamu lak hehe.

En Khairol dan abang aku yang nombor 3, abang Hashim tengah menyusun goodies bag.  Kali ni belah lelaki temanya hijau.  Kebetulan aku ada kain sari warna hijau yang belum ditempah.  Apa lagi aku pergi hantar tempah dan berbaju barulah aku masa majlis ni.  Alaa tak ambil gambar pulak baju aku tu.

Amsyar dan Amzar berlari-larian dalam dewan 

Suasana dalam dewan

Untuk mengumpan Amzar supaya tidak terlalu menakal, bagi chupa chups.  Ikut ko lah nak, nak buat apa dengan chupa chups tu asalkan tak mengamuk.

Jamuan makan macam biasa habis pukul 4 petang.  Kami ni stayback lah untuk bantu mengemas/mengambil apa yang patut.  Kakak aku yang duduk Johor dah balik dah.  Abang aku yang nombor 2 pun dah balik dulu.  Tinggal aku, kakak sulung aku, adik aku dengan mak dan abah jer.  Kami akan balik pagi Isnin.

Selesailah sudah majlis perkahwinan sepupu aku ni.  Ada lagi 2 orang adik lelaki dia, belajar lagi.  Lambat lagilah kot majlis diorang hehe.  Buat Dr. Zulhilmi aka Emi dan Siti Nuraihan, SELAMAT PENGANTIN BARU diucapkan.  Semoga kekal berbahagia hingga ke Jannah.  

#PrayforMH370
#PrayforMH17
#PrayforGAZA

AZLINA MY

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2014



Di sini saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pembaca blog saya ini dan rakan-rakan semua. Mohon maaf zahir dan batin seandainya ada terkasar bahasa, terlanjur kata dan tingkah laku.  Sesungguhnya saya bukanlah insan yang sempurna dan tidak pernah lari daripada membuat kesilapan. 


SELAMAT AIDILFITRI
KEPADA SAUDARA SERTA SAUDARI
SETAHUN HANYA SEKALI
MERAYAKAN HARI YANG MULIA INI

DI MASA BULAN RAMADAN
KITA BERPUASA HINGGA SEBULAN
PABILA SYAWAL MENJELMA
HARI RAYA DISAMBUT DENGAN GEMBIRA

MISKIN KAYA MEMAKAI BAJU BARU WARNA-WARNI
MENGUNJUNGI SANAK KAUM FAMILI
SUNGGUH HEBAT PEMANDANGAN DI HARI RAYA INI
TUA MUDA WAJAH BERSERI-SERI

MARILAH BERGEMBIRA
BERSAMA MENIKMATI HARI RAYA
MINTA MAK KUIH SEPOTONG
SAYA MAHU MAKAN KERNA PERUT KOSONG

MAAFKANLAH JIKA ADA TERLANJUR PERKATAAN
DIHARAP SUPAYA JANGAN DISIMPAN
KU BERDOA SELAMAT PANJANG UMUR MURAH REZEKI
SEMOGA KITA AKAN DIBERKATI

SELAMAT HARI RAYA
HARI UNTUK KITA BERSUKARIA
SELAMAT KAMI UCAPKAN
UNTUK KITA HINGGA SAMPAI TAHUN DEPAN

SELAMAT HARI RAYA

#PrayforMH370
#PrayforMH17
#PrayforGAZA

AZLINA MY

Saturday, July 5, 2014

Saya Nak Duit Raya RM300 Daripada Nile.Com.My



Pada Ramadan kali ni Nile.Com.My telah berbesar hati nak memberi duit raya kepada pelanggan-pelanggannya.  Cara nak menyertai giveaway ni pun mudah aja.

* Buat entry dengan tajuk 'Saya Nak Duit Raya RM300 Daripada Nile.Com.My
* Letak banner di bawah di dalam entry tersebut dan link kan banner tersebut dengan link ini 


http://www.nile.com.my/page.php?cd=76

* Dalam entry tersebut juga ceritakan kalau dapat RM300 tu apa nak buat sama ada untk bulan Ramadan atau nak menyambut hari raya nanti.  Contohnya nak beli baju raya ke, nak belanja buka puasa ke dan apa-apa yang nak buat.
* Last sekali emelkan penyertaan tersebut ke give_away@nile.com.my dengan maklumat seperti berikut:-
Raya GiveAway (Nama Penuh Korang) 

a. Link Blog :
b. Nama Penuh :
c. H/p Number :
Hadiah-hadiah adalah seperti di bawah.
2 x Pemenang Bertuah akan mendapat RM300 tunai
4 x Pemenang Bertuah akan mendapat RM100 tunai

InsyaAllah ada rezeki aku nak dapat RM300 tu aku nak tambah untuk perbelanjaan masa bercuti sekeluarga ke Legoland, Johor Bahru dalam bulan Ogos nanti.

Tarikh akhir untuk menyertai giveaway ini ialah pada 21/7/2014 jam 11.59 malam.

Jadi apa lagi jomlah join ramai-ramai!
AZLINA MY

Biadunita Sharifah Aini Meninggal Dunia


Foto

Awal pagi ni dikejutkan dengan berita Datuk Sharifah Aini meninggal dunia pada jam 1.26 pagi ini.  Rasanya baru jer semalam baca berita beliau dimasukkan ke hospital akibat sukar bernafas.  Lepas bersahur tadi aku saja jer buka FB tup tup baca berita beliau meninggal dunia.

Lama sebenarnya tak dengar berita pasal beliau.  I'm not a big fan of her tapi lagu-lagunya banyak yang sedap-sedap.  Suaranya pun lunak sangat.  Tak adalah penyanyi lain yang sama suara dengan beliau.

Bertuah beliau kerana dipanggil penciptaNya di bulan yang mulia.  Sama-samalah kita sedekahkah al-Fatihah dan berdoa agar beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Untuk berita selanjutnya boleh baca DI SINI.

Innalillah hiwainnalillahhi rajiun

AZLINA MY

Friday, July 4, 2014

Chocolate Oat Choco



Sekarang ni aku terjebak pulak makan biskut ni.  Sedap pulak, campuran oat dan coklat.  Ini beli kat Tunas Manja.  Tak ingat pulak berapa harga sebungkus besar tu.


Tak kiralah sedap ke tak sekarang ni, yang penting 'HALAL'


AZLINA MY

Thursday, July 3, 2014

Hari Lahir 2014




Alhamdulillah, today, 3rd of July is my birthday.   Pagi tadi bangun daripada tidur, sangat-sangat bersyukur masih lagi diberi peluang bernafas di bumi Allah SWT ini.    

Di kesempatan ini nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan-kawan yang ucap selamat sama ada di alam maya, Facebook dan sebagainya serta di luar.  Semoga Allah SWT turut membalas kembali apa yang diucapkan.

Apa hajat ya birthday kali ni?  Emm semoga diberi kesihatan yang baik untuk bekerja dan melaksanakan ibadah juga menjadi isteri dan ibu yang baik buat suami dan anak-anak.

AZLINA MY