Thursday, January 30, 2014

Minggu Setiausaha 2014 - Anuar Zain

Emmm nampak gayanya tak ada rezeki lagilah nak tengok persembahan Anuar Zain sempena Minggu Setiausaha.  Tunggu dia buat konsert lagilah nampak gayanya.  Alangkah bahagianya kalau ada orang sponsor kan hehe.

STATUS ANUAR TAK TERJEJAS
Ketika segelintir artis ‘sesak nafas’ untuk mengatur langkah dalam industri hiburan tempatan, lain pula kisahnya dengan penyanyi lelaki tersohor negara, Anuar Zain.
Pada usia 44 tahun, Anuar nyata sudah berada dalam prestij tersendiri. Apatah lagi, sebut saja nama­nya pasti peminat takkan berkira untuk membeli tiket demi menyaksikan persembahan Anuar.
Justeru, selama manakah pe­nyanyi lagu Sedetik Lebih dan Ajari Aku ini akan terus aktif dalam bidang nyanyian yang diceburi sejak usia kanak-kanak lagi.

Turut popular dengan lagu Kain Pelekat, Anuar berkata, sehingga kini dia tidak pernah terfikir dan mempunyai keinginan untuk ‘bersara’ daripada nyanyian.

Foto
HARGA berpatutan buat peminat untuk menyaksikan persembahan eksklusif Anuar sempena Minggu Setiausaha, April ini.
Kata Anuar, menya­nyi sudah sebati dengan diri dan ia adalah minatnya. Apatah lagi, peminat juga masih memberikan soko­ngan padu kepadanya untuk terus aktif.
“Buat masa ini, saya akan terus menyanyi kerana yakin peminat masih lagi mahu mendengar serta menyaksikan persembahan saya. Bahkan, mereka setia menyokong saya.

“Jadi, selagi peminat dan masyarakat memerlukan saya untuk terus menghiburkan mereka menerusi produk seni dan persembahan dijayakan, kenapa perlu saya berhenti (bersara).

“Ditambah lagi, nya­nyian adalah satu-satunya karier yang menyumbang kepada sumber pendapatan dan periuk nasi saya. Oleh itu, saya hanya mampu berusaha memberi yang terbaik untuk peminat,” katanya.

Menurut Anuar, sebagai penyanyi semestinya peminat adalah ‘perniagaan’ besar kepadanya dan perlu diberi perhatian terutama dari aspek persembahan.

Justeru katanya, dia lebih selesa memastikan peminatnya terhibur dan berasa puas hati lebih dulu memandangkan kesanggupan mereka mengeluarkan belanja membeli tiket untuk menonton persembahan­nya.

“Penting untuk saya memberi keutamaan kepada peminat kerana disebabkan sokongan mereka maka saya berada pada tahap sekarang. Jadi saya harus pastikan mereka mendapatkan hasil berbaloi daripada tiket yang dibeli.

“Sebagai seorang artis, saya lebih selesa memastikan peminat terhibur dan barulah saya boleh rasa gembira,” katanya. 

Sementara itu, pada persembahan Minggu Setiausaha 2014 yang berlangsung pada 8 April depan, Anuar mengambil langkah mengendalikan sendiri segala urusan membabitkan persembahannya di Hotel One World, Petaling Jaya.

Acara persembahan yang bermula pada jam 12 tengah hari itu boleh disaksikan peminat­nya dengan mendapatkan tiket pada harga dianggapnya sangat berpatutan.

Harga tiket cecah RM1,380

Jika tahun lalu Anuar pernah menetapkan harga tiket konsertnya berharga RM698 namun tetapi pada tahun ini jumlah itu mencecah sehingga RM1,380.

Menyifatkan harga dikenakan itu sebagai berpatutan, Anuar berkata, peminat bukan saja dapat menyaksikan persembahannya, bahkan mereka juga akan menjamu selera dengan hidangan lazat dan membawa pulang cendera hati istimewa.

“Pada saya, semua harga ditetapkan berpatutan kerana ia merangkumi tempat acara diadakan, makanan serta kualiti persembahan saya. Tidak terkecuali, peluang untuk peminat mendekati diri saya.

“Bersesuaian juga de­ngan tema ‘Terindah’ itu yang lebih menjurus kepada peminat saya. Mereka adalah perkara yang terindah buat saya.

“Apatah lagi, dengan sokongan padu mereka selama ini membuatkan saya tidak mahu sesekali menghampakan mereka. Jadi, sebagai hadiah ikhlas daripada saya, persembahan ini menjanjikan susunan muzik yang lebih segar dan mantap,” katanya.

Ditemui pada sidang media pengumuman pe­nganjuran persembahan istimewanya bertemakan ‘Terindah... Anuar Zain’ sempena Minggu Setiausaha di ibu kota, kelmarin, selain RM1,380 untuk tiket VVIP, harga lain ditawarkan ialah RM480, RM680 dan RM980.

Bergerak sendiri di bawah syarikat miliknya, Anuar Zain Network Sdn Bhd, Anuar berkata, dia mengambil keputusan menguruskan sendiri persembahan untuk Minggu Setiausaha itu selepas melihat kejayaan dicapai dalam penganjuran konsert ‘Anuar Zain Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari’ di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada 16 Februari tahun lalu.

“Harga tiket yang saya tetapkan nampaknya mendapat sambutan baik dan bersandarkan pada kejayaan itu membuatkan saya yakin ada kekuatan untuk bergerak sendiri menguruskan per­sembahan di pentas industri muzik tempatan.

“Apapun, persembahan ini sangat eksklusif kerana bagi Minggu Setiausaha 2014, ia adalah yang pertama membabitkan saya. Jadi, saya tidak bekerjasama dengan pihak pengurusan lain untuk menjayakan persembahan ini,” katanya.

Memaklumkan dia akan menyanyikan sebanyak lapan lagu atau lebih, antara lagu dipersembahkan Anuar ialah Terindah.

Bahkan, bagi lagu-lagu lain pula Anuar memberi peluang kepada peminatnya membuat undian di www.facebook.com/anuarzainnetwork.

Selain itu, orang ramai dan peminat yang ingin menyaksikan persembahan istimewa ini, tempahan meja dan tiket-tiket mula dijual pada 7 Februari depan menerusi www.tiketcharge.com.my. Maklumat lanjut boleh layari Facebook Anuar Zain Network.



AZLINA MY

Jalan-Jalan Kuantan TMM 2014 : Esplanade Tanjung Api

Satu petang tu dah kebuntuan idea nak berjalan ke mana di bandar Kuantan ni, pusing-pusing punya pusing membawa kami ke sini.  Terletak di muara Sungai Kuantan.  Kalau dari Taman Gelora jalan terus ke hujung melalui perkuburan Kristian dan Masjid Tanjung Api.  Untuk pengetahuan di Kuantan ni ada 2 Esplanade.  Satu lagi di bandar Kuantan berhadapan dengan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan tapi di situ lebih dikenali sebagai Benteng.  Esplanade Tanjung Api ni taklah sebesar dan sepanjang Benteng tapi cukuplah untuk riadah sekeluarga.

Esplanade Tanjung Api

Nampak masjid di seberang sana tu ialah Tanjung Lumpur

Juga jeti tempat bot-bot nelayan berlabuh

Jeti di seberang Tanjung Lumpur

Kat atas jeti tu pun ramai orang memancing.

Amzar

2 beradik ni memang sukalah pergi tempat-tempat macam ni

 Ramai orang memancing

 Muara Sungai Kuantan, Laut Cina Selatan terbentang luas.

Muara

Kawasan taman

Awas!

Memanjang ke sebelah sana


Nampak Kompleks Teruntum

Bot nelayan mula keluar ke laut mencari rezeki

Bot

Bot

Bot

Bot

Bot

Bot

Bot keluar dan masuk

Bot keluar dan masuk

Bot nak berlabuh

Laluan pejalan kaki.  Nampak banyak kereta tu tempat parking.

Kawasan taman taklah besar sangat tapi cukuplan untuk anak-anak berlari-lari.

Laluan menuju ke tepi sungai.

Masjid Tanjung Api

Pendapat aku kalau nak bersantai-santai dari hiruk-pikuk kesibukan di bandar Kuantan bolehlah datang ke sini.  Kalau yang nak memancing boleh memancing.  Cuma kalau bawa anak-anak tu kena sentiasa pantau dan berhati-hati sebab pagar benteng tu boleh lolos budak-budak, nanti jatuh ke sungai lak.  Bukan jatuh ke sungai terus, jatuh ke batu dulu pulak tu.  Rasanya pihak perbandaran kena take note lah sebab tempat riadah keluarga kan.  Daripada nak bersantai-santai jadi tak tenang pulak.

AZLINA MY

Wednesday, January 29, 2014

Satu Petang Di Airport Kuantan

Disebabkan tak berpeluang lagi nak naik kapal terbang buat kali kedua jadi lama juga tak menjejakkan kaki di Airport Kuantan ni.  Inipun pergi sebab nak jemput anak saudara En Khairol yang balik bercuti semester dari Universiti Malaysia Sabah.  Kalau tidak tak ada maknanya nak pergi hehe.  Flight dari KLIA jam 6.20 petang.  Sampai di Airport Kuantan lebih kurang 7.15 petang.

Tempat parking

Tempat parking juga

Hari dah nak masuk senja dah.  

Senja di ufuk timur

Konon-konon dapatlah tengok kapal terbang tengah turun nak landing, sudahnya dengar bunyi dah landing haha

Kebetulan team bola sepak Sabah pun naik flight yang sama, ada game dengan team Shahzan Muda keesokannya. (motif aku cerita haha)

AZLINA MY

Monday, January 27, 2014

Bola vs Bon***

Baru-baru ni gatal kaki ikut En Khairol nengok bola kat stadium, Pahang lawan Singapura.  Bawalah anak-anak dan sorang anak buah.  Yang kecil tinggal jap dengan biras aku.  Emm masuk stadium game dah bermula jadinya berdiri je lah.  En Khairol pulak malas nak berjalan cari tempat duduk.  Sudahnya sampai separuh masa pertama jer nengok, pas tu ajak anak-anak balik rumah.  Tengok kat rumah lagi best hehe.  Dah macam mana nak bestnya, nampak bola sekejap, pas tu nampak kepala, nampak bon***, bola-kepala-bon***, bola-kepala-bon***, kepala-bon***, kepala-bon***, last last banyak nampak bon*** daripada bola haha.  Naik berpinar lak mata asyik nampak bon***.


emmm macam-macam saiz bon*** ada


AZLINA MY

Tuesday, January 21, 2014

Saya Nak RM300 Angpow Daripada Nile.com.my

~ STICKY POST ~
(Untuk entry terbaru sila scroll ke bawah)



Baca kat blog Cik Ween ada giveaway yang menarik sangat anjuran Nile.com.my.  Aku pun nak cuba nasiblah sebab hadiahnya berupa wang tunai ok.



Emm kalau adalah rezeki dapat RM300 tu aku nak buat tambahan untuk perbelanjaan keluarga di Langkawi nanti.

Kepada sesiapa yang nak join dan mahukan maklumat lanjut boleh klik saja pada banner giveaway di atas.

AZLINA MY

Thursday, January 9, 2014

Jom Naikkan Trafik Blog 2014!

Jalan-jalan dari blog ke blog terjumpa segmen ni di blog Bicara Mak Dara.  Fikir-fikir apa salahnya join sama sambil-sambil tu mana tau boleh juga naikkan trafik blog aku yang tak berapa nak naik ni hehe. Blog yang lebih kepada personal story, cerita anak-anak, ada cerita pasal jalan-jalan, cerita pasal makan-makan, caca marba la sikit.  Kepada yang nak join juga boleh follow jer syarat-syarat di bawah ni atau nak maklumat lanjut klik saja pada banner di bawah.


1. Buat entry bertajuk : Jom Naikkan Trafik Blog 2014! 
2. Tak Perlu follow Blog Meroyan Mak Dara ni
(Tapi kalau sudi dengan rela hati Mak Dara tak halang hehehe)
3. Tepekkan Banner di atas tu dan link kan ke entry ini
4.Tuliskan serba sedikit tentang blog anda
5. Setelah selesai letakkan url entry anda di komen box di bawah ye

Tarikh tutup segmen ini ialah pada pukul 7 petang ini 
(atau akan disambung jika ada sambutan hehe)


AZLINA MY