Wednesday, September 10, 2014

Cabaran 30 Hari #7 - Sejauh Mana Pendidikan Itu Penting Bagi Anda

Bagi pendapat aku, pendidikan ada sesuatu yang penting.  Amat... amat... amat penting.  Lebih-lebih lagi kita sekarang ni di zaman yang serba moden, maju, canggih, pendidikan amatlah diutamakan.

Pendidikan ni bukanlah nak ko sampai ke menara gading, sampai ke oversea ke apa kan tapi at least ko ada ilmu yang boleh menjamin masa depan, yang boleh ko bawa ke mana-mana untuk kelangsungan hidup.

Ada orang kata pendidikan ni tak perlu sangat untuk mencari kerja, pengalaman tu yang penting.  Ya, betul tu pengalaman pun penting juga tapi kalau bersekali dengan pendidikan lagi hebat kan.

Kita kat Malaysia dah ada banyak peluang-peluang pendidikan di depan mata.  Kalau tak berkemampuan, ada banyak agensi-agensi kerajaan dan swasta yang boleh menaja, menanggung, membantu membiayai pendidikan kita.  Cuma sama ada kita nak atau tak jer nak belajar.  

Jadi, bagi aku pendidikan ni memang amat penting. Hopefully anak-anak aku nanti ada semangat dan keinginan untuk belajar sampai ke peringkat paling tinggi.  Kalau tak dapat ke peringkat tinggi pun, asalkan dapat membantu masa depan mereka nanti.

#Cabaran30Hari
#KelabBloggerBenAshaari

AZLINA MY

No comments: