Monday, September 8, 2014

Cabaran 30 Hari #5 - 3 Perkara Yang Anda Ingin Katakan Kepada Bekas Kekasih

Baru cabaran kelima dah mencabar dah sampai terkedu sekejap.  Macam mana ek.  Rasa macam nak skip jer cabaran hari kelima ni huhu tapi mana boleh.  Tak jujurlah gitu kan.

Sebenarnya tak ada apa-apa pun nak cakap pada bekas kekasih.  Ye lar dah jadi bekas kekasih kan nak cakap apa lagi.  Buat apa lagi nak mengungkit kenangan lama huhu.  Ala macam mana ni.  Apa yer nak cakap.  3 perkara yer... 3 perkara macam kena buat 30 perkara lak haha.

Oklah... oklah... untuk tidak mahu skip cabaran ni, nanti tak cantik lak kan tiba-tiba ada lompong lak, aku cuba yer.

3 perkara yang aku ingin katakan kepada bekas kekasih adalah... jeng... jeng... jeng... (siap ada efek lagi)...

Perkara #1
Sebenarnya tak ada apa pun nak cakap.

Perkara #2
Semoga berbahagia.

Perkara #3
Kita just buat hal masing-masing je lar.

Ok, itu saja.  Dah... dah... nak buat cabaran seterusnya lak.

#Cabaran30Hari
#KelabBloggerBenAshaari

AZLINA MY

No comments:

Share |