Sunday, September 7, 2014

Cabaran 30 Hari #4 - Buku Kegemaran Anda

Alamak!!! Aku dah hutang satu cabaran haha.  Disebabkan cabaran hari ke-4 jatuh hari Ahad, maka termiss lah nak buat.  Aku memang, kalau hari Sabtu dan Ahad jadi malas nak buka internet bagai.  Tak apalah aku buat hari ni tapi backdatedlah yer.  Bolehlah kan hehe.

Emmm pasal buku kegemaran ya.  Aku ni tak adalah specific buku-buku apa yang aku suka.  Kalau buku tu menepati kehendak dan kepuasan hati terus jadi kegemaran akulah.  Kalau masa sekolah-sekolah dulu buku kegemaran aku dah tentulah kisah penyiasatan Enid Blyton.  Sampai berangan-angan aku pun salah seorang daripada 5 sekawan tu hehe. Hasil daripada baca buku-buku tu lah aku jadi suka tengok cerita-cerita penyisatan macam CSI, Criminal Minds, Covert Affair dan banyak lagi.

Sumber : Google

Bila dah besar panjang ni dah tak baca dah buku-buku macam tu.  Lebih kepada buku-buku ilmiah, biografi dan novel-novel.  Macam sekarang ni tengah famous novel-novel yang diadaptasi ke drama dan filem, aku pun kadang-kadang terjebak juga.  Masa remaja dulu aku ada baca novel Badai Semalam karya Khadijah Hashim.  Masa zaman tu memang best novel tu dan telah diadaptasi ke teater kan.  Aku juga pernah baca novel Salina karangan A Samad Said.  

Ha ada satu novel kegemaran aku yang dah baca berulang kali.  Tajuknya Selamat Tinggal Sayang hasil nukilan Ma Lee Chuswan.  Best sangat ceritanya tapi tak ada pula yang nak adaptasi ke drama.  Ke tak jumpa lagi hehe.  Aku dah terbayang-bayang dah siapa yang sesuai melakonkan watak-watak dalam cerita tu kalau dijadikan drama hehe.


Sumber : Google

Aku rasa itulah serba-sedikit pasal buku kegemaran aku.  Aku tak ada 1 buku yang betul-betul jadi kegemaran.  Asalkan isinya menarik, memuaskan hati maka akan menjadi buku kegemaran aku.  

#Cabaran30Hari
#KelabBloggerBenAshaari

AZLINA MY

No comments: