Friday, September 5, 2014

Cabaran 30 Hari #2 - 5 Cara Memenangi Hati Anda

Emmm... termenung juga aku nak fikir apa ya cara-cara yang boleh memenangi hati aku.  Senang cerita aku ambil sikit-sikit cara En Khairol masa ngorat aku dulu haha.

Cara #1
Bagi coklat.  Ya, aku penggemar coklat.  Sangat-sangat sukakan coklat.  Kalau coklat bar aku suka yang kosong sahaja.  Kalau berkacang aku suka almond.  Kacang lain tak berapa sangat.  Senang cerita bagi aku yang kosong sahaja.  Selain daripada coklat bar, aku suka Kinder Bueno dan Kit Kat.

Cara #2
Bagi bunga.  Aku suka apa jua jenis bunga yang cantik dan warna yang menarik terutamanya bunga ros.  Cubalah bagi aku bunga gerenti aku senyum sampai ke telinga ahakkss.

Cara #3
Cakap lembut-lembut jer dengan aku.  Aku tak suka orang yang cakap kasar-kasar atau yang suka marah-marah tak tentu pasal.

Cara #4
Kalau nak memenangi hati aku dengan bagi hadiah, aku suka hadiah kasut haha.

Cara #5
Buat kelakar sebab aku suka ketawa.


#Cabaran30Hari
#KelabBloggerBenAshaari

AZLINA MY

No comments: