Thursday, September 4, 2014

Cabaran 30 Hari #1 - 1 Gambar Terbaru Anda dan 5 Fakta Tentang Diri Anda

Dua tiga hari ni ada perasan masa blogwalking, ada blogger-blogger yang buat entry mengenai Cabaran 30 Hari.  Mula-mula buat tak tahu jer tapi bila dah bila buka blog orang ni, ada... bila buka blog orang tu pula ada juga cabaran tu jadi macam eh macam nak buat jugalah memandangkan blog aku ni pun dah nak bersawang dah hehe.  Bila dah rasa cam excited tu tiba-tiba jadi terencat pula sebab ingatkan Cabaran 30 Hari ni untuk ahli Kelab Blogger Ben Ashaari sahaja.  Terus jadi down kejap.  Tup tup ari ni terbaca kat blog http://marqiscareno.blogspot.com/2014/09/apa-tu-cabaran-30-hari.html mengatakan... aku quote kat bawah ni :-

..."Segmen Cabaran 30 Hari ni adalah idea dari rakan blogger Sue Izza dan jugak rakan-rakan lain dari Kelab Blogger Ben Ashaari... asalnya segmen ni hanya cabaran sesama sendiri... nak tengok sape yang gigih dan rajin update entry setiap hari sebab ada antara rakan blogger yang makin hari makin lemau nak update entry... kadang-kadang seminggu sekali baru blog berupdate... alasannya sebab takda idea nak menaip... Dari situ wujudnya segmen Cabaran 30 Hari ni.


Rasanya ramai yang pelik kan tibe-tibe ramai pulak blogger yang update entri pasal Cabaran 30 Hari nii... aku pun terkejut gak sebab ramai yang tanya macam mana nak joint... hehehhee... boleh jer kalau nak joint... tiada syarat khas pun... ada orang ingat kena jadi member#KelabBloggerBenAshaari  dulu baru boleh joint... Ehhhh... takde la syarat macam tu... sape-sape pun boleh jer joint... terbuka untuk semua..."

Berbunga-bunga semula rasa hati nak joint Cabaran 30 Hari ni.  Ramai yang buat mulai 1 September lepas sebab senang kan tak adalah termiss ke apa, cantik jer ikut tarikh sampai 30 September nanti.   Aku ingat aku mula je lar hari ni malas nak backdated segala cuma entry aku nanti tak ngam dengan tarikh je lar hehe.

Untuk cabaran pertama ni kena letak gambar terbaru anda.  So, gambar terbaru aku seperti di bawah ni.

Rasanya ini yang terbaru masa pergi ke Legoland, Johor Bahru pertengahan bulan Ogos yang lepas.

Seterusnya 5 fakta tentang diri anda.

Fakta #1 
Basically, aku adalah seorang yang pendiam.  Walau bagaimanapun kalau aku dah kenal seseorang tu atau aku berada dalam kalangan yang menyenangkan, aku akan menjadi peramah.  

Fakta #2
Aku seorang yang sensitif.  Senang menangis bila ada berita-berita yang menyedihkan.  Bahkan kalau ada orang yang marah atau meninggi suara, walaupun bukan pada aku tapi aku dengar, aku pun akan terasa.

Fakta #3
Aku susah nak marah orang.  Kalau aku marah, aku akan mendiamkan diri.  Bukan apa kalau aku nak marah, air mata yang akan keluar dulu bukan percakapan hehe.  Jadi, aku lebih senang mendiamkan diri sampai rasa dah tenang baru aku bercakap.

Fakta #4
Aku kurang suka memasak tapi suka buat kuih, kek dan sebagainya.  Memasak tu bukanlah tak suka langsung, kena juga memasak untuk suami dan anak-anak tapi kalau diberi pilihan memasak atau mengemas aku pilih mengemas hehe.

Fakta #5
Suka kucing tapi tak boleh nak bela sebab suami tak berapa suka.  Tak apa, tak apa suruh anak-anak pujuk nanti hehe.

Ok, dah siap cabaran pertama.  Harap-harap dapat buat cabaran ni dengan berdisiplinnya hehe sehingga ke hari 30 dan tak adalah bersawang sangat blog aku ni.

#Cabaran30Hari 
#KelabBloggerBenAshaari 

No comments:

Share |