Ini kisah awal bulan Mei lepas. Punyalah berzaman nak cerita ek. Bukan apa baru-baru ni jer datang semangat rajin nak update blog. Kalau tidak lemau jer, buka blog, baca sikit lebih kurang, tutup semula. Gitulah selalunya. Tak taulah kenapa jadi malas lak haha.
Takpe takpe kita terus ke cerita sebenarnya. Pada 4 Mei lepas berlangsung majlis perkahwinan sepupu lelaki aku. Sepupu aku ni namanya Mohd Zulhilmi tapi kami panggil Emi jer, anak kepada mak saudara sebelah mak aku. Dia sekarang ni dah jadi doktor, bertugas kat Hospital Temerloh. Majlis pernikahan Emi ni dah selamat berlangsung pada cuti umum Hari Pekerja iaitu 1 Mei tapi aku dan keluarga belah Kuantan ni tak dapat nak pergi sebab cuti pun jatuh hari Khamis, hari Jumaat still kerja so keluarga KL je lah yang pergi.
Aku sekeluarga dengan mak dan abah aku bertolak ke KL petang Jumaat tu. Adik aku 3 beranak pulak bertolak petang Sabtu sebab suami dia ada kerja lak. So, tak dapatlah dia attend kenduri belah perempuan pada hari Sabtu tu. Dapat pergi belah lelaki je lah. Kami sampai KL lebih kurang pukul 12 tengah malam. Jadi lewat sebab pergi menghantar bekalan untuk anak saudara En Khairol yang belajar kat KLMU. Kami pergi singgah kat rumah mak saudara aku dulu. Sampai situ kakak aku 2 orang ada kat situ tengah packing goodies bag. Dah nak siap dah, aku tolong sikit-sikit jer. Kemudian baru kami balik ke homestay.
Keesokannya hari Sabtu kenduri belah perempuan. Majlis diadakan di Dewan Institut Kraf Negara kat Templer Park, Rawang. Kami bertolak lebih kurang pukul 11 pagi dari rumah mak saudara aku tu.
Pasangan pengantin, Dr. Zulhilmi dan Siti Nuraihan
Ambil kesempatan bergambar kat luar dewan. Cantik pulak pintu gerbang ni. Aku recycle baju kurung aku. Temanya biru, malas dah nak beli baju lain. Cuma shawl je aku beli, RM10 jer.
Close up sikit. Pandai pulak pandang kamera si kecik aku ni.
Kiss sikit!
Dah namanya Dewan Kraf, ada la segala benda alah gendang ni. Anak-anak aku apa lagi bergendang sayanglah.
Aduhh, anak sapalah yang pakai selipar terbalik ni *tepuk dahi*
Dah siap semua makan, bergambar, bergendang, kami pun bertolak balik. Tak singgah mana-mana pun sebab cuaca mak aih panas berdering. Sampai jer homestay terus mandi, salin baju segala. Kemudian kakak aku mengajak pergi beli coklat kat Masjid Jamek sana tu. Plan nak naik LRT dari Kampung Baru. Anak-anak bila dengar tu suka hatilah. Ok, pasal berjalan semua ni tak payah ceritalah sebab ni pasal majlis perkahwinan kan hehe. Balik dari berjalan tu dah dekat pukul 9 malam. Siangnya mak saudara dah pesan malam nanti datang rumah sebab ada benda lagi nak disiapkan sebab nak hantar ke dewan untuk majlis sambut menantu hari Ahad esoknya. Habis dah sampai homestay kul 9 malam, dengan penatnya camne nak gi.
*hantu punya anak saudara suruh datang tolong dibantainya gi berjalan*
Jadinya tak pergilah ke rumah mak saudara. Biarlah abang dengan kakak ipar yang baru sampai dari Muar dan yang lain-lain tu yang tolong pulak hehe. Tak per habis majlis esok kami pulak tolong.
Esok Ahadnya majlis sambut menantu belah lelaki pula, belah kamilah tu. Dalam pukul 11 pagi kami dah sampai kat dewan. Majlis sambut menantu diadakan di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid kat Jalan Tun Ismail. Kali kedua berkenduri di sini. Kali pertama dulu masa kenduri kahwin kakak kepada Dr. Zulhilmi, Huda. Apa-apa saudara-mara soru dulu. Lapar weh, nanti nak layan tetamu lak hehe.
En Khairol dan abang aku yang nombor 3, abang Hashim tengah menyusun goodies bag. Kali ni belah lelaki temanya hijau. Kebetulan aku ada kain sari warna hijau yang belum ditempah. Apa lagi aku pergi hantar tempah dan berbaju barulah aku masa majlis ni. Alaa tak ambil gambar pulak baju aku tu.
Amsyar dan Amzar berlari-larian dalam dewan
Suasana dalam dewan
Untuk mengumpan Amzar supaya tidak terlalu menakal, bagi chupa chups. Ikut ko lah nak, nak buat apa dengan chupa chups tu asalkan tak mengamuk.
Jamuan makan macam biasa habis pukul 4 petang. Kami ni stayback lah untuk bantu mengemas/mengambil apa yang patut. Kakak aku yang duduk Johor dah balik dah. Abang aku yang nombor 2 pun dah balik dulu. Tinggal aku, kakak sulung aku, adik aku dengan mak dan abah jer. Kami akan balik pagi Isnin.
Selesailah sudah majlis perkahwinan sepupu aku ni. Ada lagi 2 orang adik lelaki dia, belajar lagi. Lambat lagilah kot majlis diorang hehe. Buat Dr. Zulhilmi aka Emi dan Siti Nuraihan, SELAMAT PENGANTIN BARU diucapkan. Semoga kekal berbahagia hingga ke Jannah.
#PrayforMH370
#PrayforMH17
#PrayforGAZA
AZLINA MY
No comments:
Post a Comment