
Awal pagi ni dikejutkan dengan berita Datuk Sharifah Aini meninggal dunia pada jam 1.26 pagi ini. Rasanya baru jer semalam baca berita beliau dimasukkan ke hospital akibat sukar bernafas. Lepas bersahur tadi aku saja jer buka FB tup tup baca berita beliau meninggal dunia.
Lama sebenarnya tak dengar berita pasal beliau. I'm not a big fan of her tapi lagu-lagunya banyak yang sedap-sedap. Suaranya pun lunak sangat. Tak adalah penyanyi lain yang sama suara dengan beliau.
Bertuah beliau kerana dipanggil penciptaNya di bulan yang mulia. Sama-samalah kita sedekahkah al-Fatihah dan berdoa agar beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Untuk berita selanjutnya boleh baca DI SINI.
Innalillah hiwainnalillahhi rajiun
AZLINA MY
No comments:
Post a Comment