Monday, June 16, 2014

Peperiksaan Khas Untuk Memasuki Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Gred N41 (KPSL)

Baru-baru ini aku telah menduduki Peperiksaan Khas Untuk Memasuki Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Gred N41 (KPSL).  Tujuan aku ambil peperiksaan ini adalah untuk peningkatan kerjaya aku dalam perkhidmatan awam ni lah.  Sepatutnya ada 3 paper aku kena ambil tapi untuk tahun ini aku ambil 2 paper sahaja.  1 paper lagi aku cadang nak ambil tahun hadapan.

 Slip peperiksaan 

Untuk makluman peperiksaan ini diadakan sekali setiap tahun.  Selalunya di pertengahan tahun. Ada 3 paper perlu diambil iaitu:- 

BHG. I – Perintah Am, Arahan Perbendaharaan dan Tatacara Pengurusan Stor 
BHG. II – Panduan Pengurusan Pejabat, Arahan Keselamatan dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam 
BHG. III – Undang–Undang Umum


Antara buku-buku rujukan untuk menjawab

Calon-calon boleh membawa buku-buku rujukan seperti Perintah Am, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam, Arahan Keselamatan dan pekeliling-pekeliling yang berkaitan semasa peperiksaan.  Cuma nota-nota dan slide sahaja tidak dibenarkan.

Kalau ada yang berminat untuk mengambil peperiksaan ini pada tahun hadapan bolehlah pergi ke website Jabatan Perkhidmatan Awam https://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/


p.s. Ini mungkin menjadi titik permulaan perjalanan cinta anda!


AZLINA MY

1 comment:

Unknown said...

Assalamualaikum....mana nak dapat buku-buku tu ye.....

Share |