Baru-baru ni aku ada menghadiri satu Bengkel Penulisan Berita anjuran pejabat aku. Bengkel selama sehari ni telah diadakan di Hotel Shahzan Inn, Kuantan.
Adakah aku feeling feeling nak jadi wartawan? Nak gantikan si wartawan kepoh Zubir Ali tu ke? Haha tak adalah *sambil selak rambut cam iklan syampu Pantene*
Sebenarnya aku hadir bengkel ni untuk mempelajari teknik yang betul dalam menulis berita. Mana tahu boleh aku aplikasikan semasa menulis di blog ini. Lagipun aku suka belajar sesuatu yang baru.
Bengkel tersebut telah dikendalikan oleh En Sofian Makmun, Pegawai Penerbitan dari INTAN Bukit Kiara. Banyak pengetahuan dan pengalaman yang telah dikongsikan oleh beliau.
Semoga segala yang aku pelajari dalam bengkel tersebut boleh digunakan semasa melaksanakan kerja-kerja pejabat.
AZLINA MY
No comments:
Post a Comment