#1 - Hari Sabtu 10 Mei dapat call daripada mak mengatakan yang Pok De Ros, suami kepada kakak sepupu aku Mok De Yah telah dimasukkan ke hospital. Situasinya ditempatkan di wad ICU dan dalam keadaan koma. Petang Sabtu tu aku berkesempatan menziarah bersama En Khairul. Pagi Ahad kira-kira jam 11 pagi dapat call lagi daripada mak yang mengatakan Pok De Ros telah meninggal dunia.
#2 - Cuti umum Hari Wesak tu aku dan En Khairul dengan anak-anak bersama mak mertuaku pergi makan tengah hari di Mabiq, Tanjung Lumpur. Tup tup terjumpa kawan sekolah Aty Nasir. Langsung dapat berita kematian ustaz masa sekolah dulu iaitu Ustaz Che Muda. Yang lagi terkejut berita seterusnya adalah kematian rakan sekolah kami iaitu Norbaiti. Memang terkejut sangat-sangat.
"Sesungguhnya daripada Nya kita datang kepadaNya kita kembali"
Innalillahhi Wainnalillahhi Rajiun
AZLINA MY
No comments:
Post a Comment