Thursday, April 3, 2014

The Great Honda Hybrid Discovery - 3 Days 2 Nights

Pada 27 dan 28 Mac lepas, minggu cuti sekolah kan.  Aku memang dah ambil cuti 2 hari tu.  Saja jer, dahlah tak bawa anak ke mana-mana jadi ingat nak spend dengan anak-anak kat rumah.  Campur dengan hari Sabtu dan Ahad dah jadi 4 hari, oklah tu.  Nak dijadikan cerita dan rezeki, petang hari Selasa tu aku dapat panggilan daripada Honda, yang telefon tu Miss Feny (tak pasti ejaan namanya).  Dia kata yang aku dapat test drive Honda Hybrid untuk 3 hari 2 malam.  Of course lah rasa teruja sangat.  Ingatkan dah tak ada peluang sebab last time dapat panggilan diberitahu aku dalam list simpanan.  Ini adalah lanjutan aku isi form untuk pandu uji Honda Hybrid di Facebook Honda Malaysia.  Tujuan diadakan adalah untuk kita merasai bagaimana pemanduan menggunakan Honda Hybrid.

Jadinya bertepatan sangatlah aku dah ambil cuti segala tu kan.  Aku call En Khairol beritahu pasal hal ni dan terus came up with a plan, "jom kita pergi Terengganu".  Alang-alang dapat test drive,  apa kelassss bawa sekitar Kuantan je kan haha.

Tak percaya ek...ha tengok ni...tengok ni... *muka riak ni*

Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba haha macam pertandingan bercerita lak.  Tepat pukul 12.00 tengah hari 28hb tu kami pun sampai kat Macinda Auto Sdn. Bhd.  Nak ambil kereta kan mestilah awal, nanti masa nak pulangkan ngam-ngam masa tamat hehe.

Kami jumpa Miss Feny (sorry kalau ejaan nama you salah yer), masa sampai tu dia tengah entertain seorang lelaki Cina.  Salah seorang pemenang yang bertuah jugalah.  Bila sampai giliran aku, ada seorang lelaki Melayu ni pun pemenang juga, baru sampai.  Jadi Miss Feny entertain kami berdua sekaligus, senang cerita kan.

Congratulation!  Congratulations!  *sambil bersiul-siul di bilik air*


Honda Hybrid yang diberi pilihan adalah Jazz dan CR-Z.

Kami diberi envelope untuk menentukan kereta apa yang kami dapat.  Alhamdulillah rezeki bila aku buka envelope ada gambar Jazz.  Rasa nak melompat bintang kat situ haha.  Bukan apa, kalau dapat CR-Z kesian anak-anak sempit kat belakang.


Kemudian Miss Feny bagi agreement untuk dibaca, difahami dan seterusnya kalau setuju tandatangan.  Gila kau Honda nak bagi gitu jer kereta dia, 3 hari 2 malam pulak tu.  Dalam agreement ni ada tulis apa yang boleh dan tak boleh dibuat masa menggunakan kereta.


Seterusnya rasa macam mudah sangat jer kan Honda bagi pakai kereta gitu jer 3 hari 2 malam.  Ha sebenarnya ada kerja rumah sikit hehe.  Para pemenang dikehendaki untuk membuat satu video.  Alaa video pendek jer, 1 ke 5 minit masa.  Dalam video tu kena bagitau apa pengalaman kita sebelum dan selepas memandu Hybrid tu berdasarkan soalan-soalan di atas.  Boleh pilih sama ada nak jawab semua soalan, rasanya 8 soalan atau pilih 1 ke 2 soalan.  Lagi satu kena ambil gambar bersama Hybrid.  Ohhh kojo sonang jer tu hehe.  Selesai semua, kunci kereta diberi, selepas tu pergi tengok kereta dan bawa baliklah.

Sebelum bawa balik kita ambil gambar dulu.


Lagi bestnya, bukan bagi kereta jer tapi sekali dengan minyak full tank.  Ha apa ko nak laieee.  Bawaklah ke mana aje tapi habis minyak tambah sendirilah.  Perasan tak ada monitor yang tertulis ECO tu, ada gambar macam daun ke pokok.  Ha itu macam penanda atau panduan, bila mana kalau kita banyak menggunakan bateri Hibrid semasa memandu, banyaklah keluar daun-daun tu segala.  Kiranya baguslah tu.  Lagi satu penanda kat monitor meter tu, kat setiap nombor-nombor tu ada macam lampu kan, kalau warna biru maknanya kita tengah gunakan minyak, bila bertukar ke hijau kita dah gunakan bateri hibrid dan satu lagi kaler biru kehijauan.

Ok, serba sedikit mengenai Hybrid yang selalu bermain di fikiran kita dan aku juga.  Ini aku dapat daripada pamplet yang Honda bagi.

Soalan Umum :

Bagaimana Kereta Honda Hibrid dikuasai?
- Enjin i-VTEC Honda Hibrid dibantu dengan penguasaan motor elektrik (IMA) untuk menghasilkan kuasa yang luar biasa.

Apakah kelebihan utama Honda Hibrid berbanding kereta Hibrid lain?
- sistem HOnda Hibrid adalah ringkas dan menjimatkan petrol.  Fungsi eco-scoring yang terdapat di dalam kereta Honda Hibrid dapat membantu anda memandu dengan cara yang lebih interaktif dan menyeronokkan.

Apakah Honda Hibrid terpaksa berkompromi dari segi ruang untuk menempatkan bateri Hibrid?
- Tidak.  Bateri Hibrid sebenarnya sangat ringan dan padat.

Bagaimana prestasi kereta ini semasa mendaki bukit untuk tempoh yang lama memandangkan ia tidak sempat untuk mengecas?
- Enjin petrol akan mengawal sepenuhnya sama seperti mana kereta lain.

Saya bimbang kerana saya tidak biasa memandu kereta Hibrid.  Perlukah saya mengambil berat?
- Honda Hibrid mudah dipandu sama seperti kereta petrol lain.  Malah ia lebih seronok dan mesra alam.

Percayalah aku pun pada mulanya ragu-ragu juga nak bawa kereta Hibrid ni.  Sama ke macam kereta yang biasa guna minyak ni?

Kalau pasal bateri hibrid ni pula, jangan risau sebab sekarang ni bateri Hibrid Honda ni ada 8 tahun jaminan tanpa had perbatuan.  Kalau berlaku kemalangan pun, sama jer macam kereta petrol lain, dilindungi juga.  Lagi satu, bateri hibrid Honda memiliki ciri cas sendiri.  Jadi, ia tidak memerlukan palam eletrik.  Nak tau masa bila ia dicas?  Ha setiap kali kita menekan brek, itulah masa bateri hibrid tu dicas.

Pasal penyelenggaraan pula, ia taklah banyak beza dengan kereta petrol biasa.  Perbezaan kos penyelenggaraan antara Honda Hibrid dan kereta petrol adalan sekitar RM390.  Ini adalah berdasarkan data yang dikumpul daripada Honda Insight Hibrid.  Prosedur dan masa penyelenggaraannya pun sama macam kereta petrol yang lain.  Tak perlu susah hati kalau nak pergi servis sebab Honda mempunyai 60 pusat servis yang sah di seluruh negara.  Pergi jer yang mana berdekatan.

Kalau nak tau lebih lanjut lagi mengenai Honda Hybrid boleh ke website HONDA.

Baiklah iklan dah habis kita teruskan ke cerita sebenar hehe.  Lepas ambil kereta, dalam pukul 3 petang kami pun bertolak ke Terengganu.  Kami sampai di Kuala Terengganu dalam pukul 6.30 petang.  Bawa pun tak laju sangat dan tak slow sangat.  Kami dapati penggunaan petrol dari Kuantan ke Kuala Terengganu hanya kira-kira RM30.00.  Memang jimat betullah. Pemanduan pun taklah macam tersekat-sekat masa nak bertukar dari guna Hybrid ke minyak.  Sama jer macam bawa kereta petrol biasa.

Jazz Hybrid di Rantau Abang.  Jazz ohhhh Jazz...kalaulah kau jadi milikku.

Masa ni si Amzar tidur, jadi En Khairol lah bawa.


Pemandangan laut dari dalam Jazz Hybrid.




Jazz Hybrid memang awsomeee!!!


Jazz Hybrid di Dungun

Sekeluarga bersama Hybrid di Pantai Dungun









Menikmati pemanduan yang lancar

Ini masa sebelum nak buat video, tengah meneliti soalan mana yang nak dibuat, macam baca skrip pulak hehe

2 beradik ni suka ya amat, asyik tanya "kita beli ke kereta ni mama?"  In sha Allah, kalau dilimpahkan rezeki.





Aksi-aksi kami sekeluarga di dalam Jazz Hybrid

Setelah habis masa 3 hari 2 malam tu tibalah masa nak pulangkan semula Jazz Hybrid tu.  Sedih juga, kalau bagi sebulan kan best hehe.  Honda dah bagi 3 hari 2 malam tu pun dah syukur dah.  Dapat juga merasa bawa Jazz yang memang kereta idaman aku.

Hari 30hb tu kami pun ke Macinda semula.  Jumpa Miss Feny, nak bagi video dan gambar-gambar semua serta kunci kereta.  Berakhirlah perjalanan kami bersama Honda Hybrid.  Tanya dia ada lagi ke lepas ni?  Untuk di Pahang, minggu itulah yang terakhir.  Kat negeri lain tak pastilah.  Rasanya boleh cek kat Facebook Honda Malaysia.

Cenderamata daripada Honda sebagai kenang-kenangan.  Tak apalah boleh berangan jadi kunci kereta Honda hehe.





Lepas tu bergambar kenangan dengan Miss Feny yang comel dan cantik itu.


Sebelum balik, ambil gambar dulu depan Macinda.  Lepas ni kalau datang semula Macinda, ambil kereta milik sendirilah pulak hehe, in sha Allah.

Kesimpulannya, kebaikan yang aku nampak dan rasai bila memandu Honda Hybrid ni adalah daripada segi penjimatan minyak dan penjagaan alam-sekitar.  Kepada yang ada berkira-kira nak sambar kereta Hybrid sebuah, jangan ragu-ragu, pedulikan cakap-cakap orang, just go for it.  Memang harganya mahal tetapi berbaloi memilikinya.

TERIMA KASIH HONDA MALAYSIA!

AZLINA MY

6 comments:

zieha said...

Best kn kereta jazz.k.zieha dulu terpaksa lpskn baby black jazz disebabkn...mmg luas dlm dia walaupn kt luar body dia nmpk sporty..sampai skrg..mmg heran mcm mana org jepn leh cipta keta interior dlm dia mcm tu..

Lina said...

zieha

betul tu kak zieha, mmg best sesangat bawa jazz tu, a'ah blkg dia luas, bonet belakang pun ada ruang, hopefully tercapai cita2 nak pakai jazz, tak kiralah cpt ke lambat ke tetap nak pakai jg

JohnRMay said...

Gambar bagus! maklumat lain mengenai Honda Malaysia?

Paul Oven said...

The car model of Honda Jazz is pretty cool and I intend to buyHonda Jazz 2020.

snkjaya said...

Keren kakak, Salam kenal dari pengguna Honda Jazz dari Indonesia. Produk Honda memang bagus dan tahan banting.

info mobil said...

nice blog nii kaa honda jazz

Share |