Thursday, March 13, 2014

Jakarta - Bandung 2014 - Part 1

Tahun 2014 ni acara jalan-jalan dimulai dengan melancong ke oversea.  Ada juga rezeki untuk aku naik flight lagi hehe.  Dah sebulan pun aku pergi tapi baru berkesempatan nak cerita kat blog ni hehe.  Ura-ura dapat pergi dari bulan Januari dah tahu tapi confirmnya awal bulan Februari.  Jadi, agak tergesa-gesa sikitlah persiapannya.  Lagi satu memikir juga nak tinggalkan si kecil Amzar tu.  Inilah first time nak tinggalkan dia.  Boleh ke tak sebab malam-malam memang menyusu badan.  Aku kira tawakal jelah.

Kalau tengok duit ni sure tau negara mana yang dituju hehe

Untuk trip pertama ni, ahli rombongan adalah seramai kira-kira 35 orang.  Trip kedua akan menyusul minggu seterusnya.  Kami bertolak dari Lapangan Terbang Ahmad Shah, Kuantan jam 6.40 pagi pada 14 Februari 2014.  Sampai di KLIA kira-kira jam 8.00 pagi.  Kemudian dengan agak rushing ke gate seterusnya untuk boarding ke Jakarta jam 9.10 pagi.  Bila dah masuk dalam flight baru terasa lapar sebab tak makan apa pun lagi pagi tu.  Tunggu makanan dalam flight je lah nanti.  Bila dah setengah jam kat udara barulah dihidangkan makanan.  Ada nasi lemak pagi tu. Alhamdulillah tak adalah 'telanjang' sangat tapi still tak cukup complete lagi hehe.

Touchdown di Bandara Soekarno-Hatta, Jakarta

Touchdown

Kami selamat sampai di Bandara Soekarno-Hatta, Jakarta kira-kira jam 11.00 pagi waktu Malaysia.  Kalau waktu Indonesia jam 10.00 pagi.  Lepas selesai urusan imigresen dan bagasi terus kami keluar untuk menaiki bas yang disediakan oleh wakil Travel Agent di sana.

Lepas keluar dari airport, naik bas yang disediakan oleh pihak Travel Agent kami dibawa untuk makan tengah hari.

Menu tengah hari kami ialah makanan Sunda.  Alhamdulillah boleh tahan, kenyang perut.

Inilah nama restorannya.


Selepas dah kenyang semua, bermulalah perjalanan kami ke Bandung.  Perjalanan mengambil masa dalam 3 jam untuk sampai.  Nanti aku ceritakan dalam entry seterusnya ya.

#PRAY FOR MH370

AZLINA MY

No comments: