Tuesday, March 25, 2014

Begini Pengakhirannya...#MH370

Harapannya agar semuanya berakhir dengan berita gembira tetapi berita duka juga yang tiba.  Selepas pencarian selama 17 hari akhirnya Perdana Menteri Malaysia mengumumkan berita pilu bahawa perjalanan MH370 berakhir di Lautan Hindi.  Sedangkan kita yang tiada saudara-mara di dalam pesawat tersebut pun merasa hiba apatah lagi keluarga penumpang yang terlibat.

Al-Fatihah buat mangsa yang beragama Islam dan
Rest in peace buat yang bukan beragama Islam


Sumber : Google

Sesungguhnya MH370 telah memberi kesan yang amat mendalam buat rakyat Malaysia khususnya dan dunia umumnya.


AZLINA MY

Tuesday, March 18, 2014

Malam Cinta Allah & Rasul 1435H

Bukan disebabkan muzik tetapi 'mereka yang menilai muzik sedemikian rupa.  Layanlah muzik seadanya kenapa perlu berlebih-lebihan?  

Kalau betul-betul nak menikmati muzik apa kata pergi ke konsert ni, gerenti best.  Tak perlu pil-pil tambahan untuk menikmati muzik. 




#PRAY FOR MH370

Sumber : Google


AZLINA MY

Thursday, March 13, 2014

Jakarta - Bandung 2014 - Part 2 - Bandung

Sampai sahaja di Bandung kami terus dibawa ke outlet.  Nama tempatnya Grande.  Kat Bandung kan banyak outlet.  Nak pergi semua rasanya tak sempat.

Grande.  Kat sini menjual pakaian-pakaian yang ada brand jugalah.  Aku beli baju anak-anak je kat sini.

Beberapa orang penjual jalanan setia menanti pelanggan.

Ambil gambar Donatello ni masa dalam bas.  Kami tak dibawa pun singgah ke sini tapi masa berhenti kat Grande tadi ada juga ahli rombongan yang berjalan kaki ke sini.  Suppose kena singgah sebab Donatello tak ada terdapat di tempat lain.  Kepada yang tak tahu Donatello ni jenama barangan kulit yang berkualiti seperti kasut dan beg yang khusus dibuat secara handmade.

Ambil gambar ni masa pergi ke tandas semasa singgah di Cihampelas.  Tak ambil gambar sangat kat Cihampelas ni sebab nothing much to do there.  Sesiapa nak beli jeans local yang murah bolehlah datang sini.   Lepas shopping di sini kami dibawa untuk makan malam sebelum check in di hotel kami. Ok, kita sambung. 

#PRAY FOR MH370


AZLINA MY

Jakarta - Bandung 2014 - Part 1

Tahun 2014 ni acara jalan-jalan dimulai dengan melancong ke oversea.  Ada juga rezeki untuk aku naik flight lagi hehe.  Dah sebulan pun aku pergi tapi baru berkesempatan nak cerita kat blog ni hehe.  Ura-ura dapat pergi dari bulan Januari dah tahu tapi confirmnya awal bulan Februari.  Jadi, agak tergesa-gesa sikitlah persiapannya.  Lagi satu memikir juga nak tinggalkan si kecil Amzar tu.  Inilah first time nak tinggalkan dia.  Boleh ke tak sebab malam-malam memang menyusu badan.  Aku kira tawakal jelah.

Kalau tengok duit ni sure tau negara mana yang dituju hehe

Untuk trip pertama ni, ahli rombongan adalah seramai kira-kira 35 orang.  Trip kedua akan menyusul minggu seterusnya.  Kami bertolak dari Lapangan Terbang Ahmad Shah, Kuantan jam 6.40 pagi pada 14 Februari 2014.  Sampai di KLIA kira-kira jam 8.00 pagi.  Kemudian dengan agak rushing ke gate seterusnya untuk boarding ke Jakarta jam 9.10 pagi.  Bila dah masuk dalam flight baru terasa lapar sebab tak makan apa pun lagi pagi tu.  Tunggu makanan dalam flight je lah nanti.  Bila dah setengah jam kat udara barulah dihidangkan makanan.  Ada nasi lemak pagi tu. Alhamdulillah tak adalah 'telanjang' sangat tapi still tak cukup complete lagi hehe.

Touchdown di Bandara Soekarno-Hatta, Jakarta

Touchdown

Kami selamat sampai di Bandara Soekarno-Hatta, Jakarta kira-kira jam 11.00 pagi waktu Malaysia.  Kalau waktu Indonesia jam 10.00 pagi.  Lepas selesai urusan imigresen dan bagasi terus kami keluar untuk menaiki bas yang disediakan oleh wakil Travel Agent di sana.

Lepas keluar dari airport, naik bas yang disediakan oleh pihak Travel Agent kami dibawa untuk makan tengah hari.

Menu tengah hari kami ialah makanan Sunda.  Alhamdulillah boleh tahan, kenyang perut.

Inilah nama restorannya.


Selepas dah kenyang semua, bermulalah perjalanan kami ke Bandung.  Perjalanan mengambil masa dalam 3 jam untuk sampai.  Nanti aku ceritakan dalam entry seterusnya ya.

#PRAY FOR MH370

AZLINA MY

Tuesday, March 11, 2014

#Pray For MH370



Sumber : Google

*Hari ni sudah masuk hari keempat pencarian
*Masih tiada tanda-tanda atau petunjuk untuk ditemui
*Semua masih mengharap yang positif
*Hopefully dengan kuasa Allah SWT ada berita untuk keluarga mangsa
*In the mean time let's #pray for MH370


AZLINA MY

Thursday, March 6, 2014

Alahai Hanez Suraya

Kalau kita hormat pada orang lain, orang lain pun akan hormat pada kita juga.  Kita kan sesama perempuan, jagalah hati dan perasaan perempuan lain juga.  Oh si suami memilih untuk backup kekasih hati.   For me kalau seorang suami sudah tidak membela dan backup isteri dia, tak rugi lepaskan dia.  Pandai pula taknak aibkan si isteri tapi sebelum tu dah berhubungan dengan perempuan lain tu tak aibkan isteri ke?  Pulak tu si perempuan kedua suruh si isteri minta maaf.  Ini dah jadi perkara lain ni.  Ini macam nak tutup silap sebab dah salah sebut si suami tu duda dulu jadi pointkan kesalahan pada si isteri pula konon buat fitnah cakap dia perampas.  Ish ish ish...tak tau statement tu lagi buat orang salahkan dia.  Apa kata ko tutup mulut, duduk senyap-senyap, buat kerja ko, tunggu sampai si suami tu sah ceraikan isteri dia, ha ko kahwinlah berdua.  Ikut ko lar nak buat kat Bangkok ke, nak buat kat Bali ke, nak buat 7 hari 7 malam ke, businessman kan.



AZLINA MY
Share |