Wednesday, June 26, 2013

Episod Akhir Cinta Jangan Pergi





Kepada yang mengikuti drama Cinta Jangan Pergi lakonan Tiz Zaqyah, Remy Ishak dan Josiah Hogan serta dibantu oleh Nadiya Nissa yang selamba, jangan lupa tau episod akhirnya pada hari Ahad ni.  2 jam tau tayangannya di TV9.  Aku mula-mula memang mengikutilah cerita ni tapi lama-lama banyak tertinggal.  Ya lah tayang malam minggu.  Malam minggu kan selalu keluar cari makan, berjalan-jalan.  Kena tengok kat Tonton nanti ni.


Lina

Monday, June 24, 2013

Cuti Jerebu

Hari ni Qistina tak sekolah sebab semua sekolah di Kuantan telah diisytiharkan cuti disebabkan jerebu yang semakin merbahaya.  Alhamdulillah sebab semalam pun ada terfikir risau nak bagi anakke sekolah.  Aku pun dah rasa lain macam apatah lagi budak-budak kan.  Pendapat aku jerebu makin teruk ni sebab hujan dah lama tak turun dan angin pun kurang.  Sama-samalah kita berdoa agar Allah SWT turunkan hujan dalam masa terdekat ni.  


Lina

Thursday, June 20, 2013

Shera Ayob dan Zahiril dah Jadi Mummy dan Daddy

gambar anak zahiril adzim



Shera Ayob dah selamat melahirkan seorang baby boy hari semalam.  Mesti seronok Zahiril Adzim dengan kelahiran baby sulungnya.  Tengoklah gambarnya comel sangat.  Tahniah buat pasangan ini.

Sumber : beautifulnara

Lina

Tuesday, June 18, 2013

Air Asia Lowest Fares Now





Air Asia ada buat promosi sekarang ni dari RM49.  Tempoh menempah adalah dari 18 Jun hingga 23 Jun 2013 dan tempoh penerbangan adalah dari 1 Julai 2013 hingga 30 September 2013.  Kalau berminat nak melancong dalam masa tersebut boleh pergi ke http://www.airasia.com/my/ms/promotion/rr2200709.page untuk membuat tempahan tiket.

P/s : Bilalah Air Asia nak buat lagi promosi 0 fares tu.  Nak makan angin dengan family ni.

Monday, June 17, 2013

Jawatan Kosong di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS)

Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (S27)

Setiausaha Pejabat (Kesetiausahaan) (N27)

Penolong Pegawai Belia dan Sukan (S27)

Pegawai Khidmat Pelanggan (N17)

Penyelia Asrama (N17)

Pembantu Perpustakaan (S17)

Borang boleh di dapati di Pejabat KIPSAS, KM 8, Jalan Gambang Kuantan dengan bayaran RM5.00
atau muatturun dari laman web www.kipsas.edu.my dengan menyertakan yuran memprosesan menggunakan wang pos RM5.00 atas nama BENDAHARI KIPSAS

Tarikh tutup permohonan : 21 Jun 2013

Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Pentadbiran KIPSAS : 09-591 5353



Nota : Kalau ada sesiapa yang berminat bolehlah apply, banyak juga jawatan tu cuma tak tahulah berapa kekosongan yang ada kan.










Lina

Friday, June 14, 2013

Anak Didera Teman Lelaki


NORLIZA menziarahi mangsa di HSNZ, semalam.
Kuala Terengganu: “Tidak cukup dengan menumbuk dan menyepak saya, kini anak pula jadi sasarannya,” kata wanita mahu dikenali sebagai Nur, 31, selepas anak perempuannya berusia tiga tahun melecur teruk, akibat didera teman lelakinya.
Kanak-kanak itu, Atilyea melecur teruk di tapak kaki kanan dipercayai ditekup pada ekzos motosikal hingga dimasukkan ke wad kanak-kanak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.
Nur berkata, ketika dia berkenalan dengan teman lelakinya itu yang dipanggil Chek awal Januari lalu, suspek berperwatakan baik dan sangat memahami, tetapi sikapnya berubah menjadi panas baran sejak akhir bulan lalu.

“Saya sendiri pernah ditumbuk, ditampar dan disepaknya namun tidak mengadu kepada sesiapa apatah lagi membuat laporan polis kerana takutkannya.
“Melihat saya takut, perangainya semakin menjadi-jadi apabila anak turut menjadi tempat dia melepas geram.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Di copy paste dari blog relevan sokmo

Nota : Apa kes, dah dera teruk sampai melecur anak sendiri, tinggalkan je lah, alasan takut tak boleh dipakai dah sebab sekarang ni dah banyak pihak yang boleh kita mengadu.  Lagipun cuma teman lelaki, adussss kesian kat anak yang jadi mangsa.  Mendatangkan amarah je baca berita macam ni pagi-pagi ni huhu.

Lina

Thursday, June 13, 2013

Beautifulnara Dirompak

Menakutkan bila baca pengalaman blogger beautifulnara yang kena rompak baru-baru ni dan keretanya dilarikan.  Ya lah nasib baik perompak-perompak tu cuma merompak dan tidak mengapa-apakan dia suami isteri dan anak mereka.

Kenalah berhati-hatilah sekarang ni sebab kat mana-mana je perkara ni boleh terjadi.  Bila baca tu teringat yang aku dengan En Khairol kerap pergi tengok rumah kami sejak kebelakangan ni yang tengah dalam pembinaan.  Takut juga manalah tahu malang kan tak berbau.  Ok kalian boleh klik link di bawah ni untuk membaca pengalaman beautifulnara tersebut agar dapat dijadikan pengajaran dan iktibar.



Lina

Baby Amzar Sekitar Usia 2 ke 3 Bulan

Saja nak share gambar-gambar budak domok ni hehe...

 Mandi sungai...cecah-cecah ke air je

Kalau dah nampak mamanya tak lekang lar dari pandangan...kalau mama asyik lalu-lalang kat depan dia tapi tak ambil lagilah dia marah haha

Bila dah kerat kuku dan tak pakai sarung tangan dah pandai hisap jari...kadang-kadang semua jari masuk dalam mulut aishhh...

Lina

Wednesday, June 12, 2013

Kenduri Kahwin



Penghujung cuti sekolah yang lalu my officemate, Ita telah melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya.  Aku sempat luangkan masa menghadiri majlis nikah yang diadakan di masjid negeri.  Tahniah diucapkan kepada pengantin baru, semoga kekal berbahagia hingga ke akhir hayat.

Lina

Progress Rumah

Baru-baru ni aku dengan En Khairol pergi jenguk rumah kami yang sedang dalam pembinaan.  Bila sampai rasa berbunga-bunga hati tengok dah nak siap rumah.  Ada rasanya hujung tahun ni boleh duduk dah walaupun kalau ikut jadual tahun depan siap.  Rumah ni ada 4 bilik, 3 bilik air dan 2 dapur.  Keluasan rumah 22 x 75 kaki.

Tembok pagar dah siap tinggal nak pasang pintu pagar

Hadapan rumah, porch simen jer

Ruang tamu

Master bedroom, ada tandas sekali

Dapur kering

Dapur basah

Pintu menghala ke belakang

Tempat letak mesin basuh

Tandas, ada 3 semuanya

Kawasan belakang rumah, dah tak ada space tanah dah terus longkang dan jalan

Sekarang ni asyik cari kat internet pasal deko rumah jer hehe.  Excited sungguh nak duduk rumah baru.  Yalah cantik ke buruk ke rumah sendiri. 


Lina

Tuesday, June 11, 2013

Kelahiran Amzar Isyraf

Seperti yang diberitahu dalam entry aku sebelum ni aku akan ceritakan pengalaman bersalin dan juga masa berpantang aku.  Kalau diikutkan dah anak ke-3 pengalamannya sama je kan ehhh tak lain sebenarnya.

Due date aku sebenarnya pada 8 Mac 2013.  Aku excited kalau boleh naklah lahir tarikh 7 Mac 2013, sama dengan Qistina.  Apa-apapun aku berserah je lah.  Masa aku pergi check up pada 4 Mac, doktor tu siap cakap "eh, awak tak bersalin lagi ke?"  nak bersalin apanya tanda pun tak ada lagi hehe.  Kemudian dia bagi tarikh seterusnya pada 9 Mac kalau aku tak bersalin lagilah untuk cek jantung baby.  Aku pula kerja macam biasalah nak settle kan mana-mana yang patut sebelum terberanak ni.  Yang ke-3 ni samalah macam Qistina dan Amsyar dulu aku bersalin kat Pusat Rawatan Keluarga MUIP.  Special nya kali ni klinik ni dah ada bangunan baru.  Besarlah sikit dan kemudahan pun banyak.

Pagi 6 Mac tu aku pergi kerja macam biasa tapi ada rasa macam lain sikit.  Rasa cam contraction tapi tak kuat sangat, aku buat biasa je lah.  Start pukul 2.00 pagi 7 Mac aku dah rasa contraction yang kuat dan kerap dalam setiap setengah jam dan 15  minit.  Masa tu memang tak berapa lena nak tidur dah dan aku cuba bertahan.  Aku plan nak pergi klinik dalam pukul 8 pagi macam tu.  Nak dijadikan cerita dalam pukul 4.30 pagi aku rasa macam sakit sangat.  Terus aku kejut En Khairol ajak pergi klinik.  Kami pun kejut anak-anak pergi hantar rumah mak mertua aku dan terus pergi klinik tempat aku nak bersalin.  Bila cek jantung baby ok.  Bila cek bukaan baru buka 3 cm.  Kemudian jumpa doktor yang bertugas.  Dia tanya sama ada nak stay atau tak.  Memang dah buka 3 cm tapi pintu rahim tebal lagi.  Lepas tu dia tanya aku tinggal kat mana.  Aku cakaplah kat Kampung Jawa, dekat je dah dalam bandar.  So, doktor kata tak apalah dia suruh balik dulu dan datang semula pukul 6 petang ataupun kalau dah ada tanda.

Masa cek jantung baby sebelah pagi

Jadi kami pun baliklah rumah mak mertua aku.  Aku cuba nak tidur tapi tak lena pun sebab contraction dah makin kerap dan sakit.  Nak makan pun tak selera sebab sakit tapi terpaksa makan sebab kalau bersalin hari tu nanti tak ada tenaga nak push.  Dalam pukul 2 petang tu aku rasa dah tak dapat tahan sakitnya macam rasa nak beranak dah.  Terus aku ajak En Khairol pergi ke klinik.  Sampai je kat depan klinik tu tanda darah dah keluar.  Masuk kat tempat cek bukaan tu kena menunggu pula sebab mesin tengah diguna ada patient so nurse request mesin dari atas.  Aku pulak tak boleh tahan dah, bagitahu kat nurse tu yang aku dah tak boleh tahan dah rasa nak beranak dah.  Cepat-cepat nurse tu call balik orang atas suruh cepat hantar mesin.  Dah sampai mesin tu terus masuk bilik check up dengan doktor yang bertugas tu sekali.  Darah dah makin banyak lak keluar.  Doktor cek sekali je bukaan terus dia kata dah full, kalau aku teran jer memang keluar dah baby.

Nurse pun kelam-kabutlah ambil wheelchair nak hantar ke labour room.  Aku memang masa tu dah tak tahan giler dah.  Masuk je labour room terus nurse semua buat persediaan untuk aku bersalin.  Yang kelakarnya bila nak push tu contraction sekejap sangat pulak.  Jenuh juga aku push, nasib baik aku makan sikit tadi kalau tidak memang tak ada tenaga langsung, rasa penat sangat.  Akhirnya push kali ke-6 lahirlah cahaya hati aku yang ke-3 jam 3.12 petang pada 7 Mac 2013.  Tercapai juga hasrat hati nak bersalin sama tarikh dengan Qistina.  Kebetulan tarikh tu pun adalah tarikh lahir bos aku hehe.


Celebrate birthday Qistina dan baby Amzar in advance sebelah petangnya 3 jam selepas bersalin

Baby boy kali ni kami namakan Amzar Isyraf.  Family En Khairol semua cakap ada iras muka arwah ayah mertua aku.  Abang ipar aku siap panggil dia dengan nama arwah lagi.  Aku tak kisah pun sebab faham perasaan diorang.  Aku stay semalaman je kat klinik.  Seperti masa bersalin anak-anak aku dulu aku berpantang rumah mertua aku juga.  Bukan apa senang Qistina nak pergi sekolah.  Kali ni mak mertua aku dengan biras aku yang jaga aku.  Pantang kali ni tak banyak beza pun dengan yang dulu-dulu.  Bertungku, berbarut, jaga makan.  Selama 44 hari tu memang tak keluar rumah kecuali pergi klinik cek kuning anak dan cucuk untuk sebulan.

Sekarang ni baby Amzar dah 3 bulan.  Biras aku yang jaga.  Senang hati sikit sebab payah nak cari pengasuh sekarang ni.  Yang paling aku bangga aku dapat breastfeed dia sepenuhnya sekarang ni.  Cuma masa 3 hari selepas bersalin tu jer ada bagi susu tepung lepas tu susu dada sampai sekarang.  Sekarang ni beg mengepam susu tu memang bawa sentiasalah.


Baby Amzar semasa dalam pantang

Lina

Wednesday, June 5, 2013

Kembali Bertugas, Kembali Berblog

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Alhamdulillah hari ni hari pertama aku kembali bekerja selepas 90 hari bercuti panjang...berpantang.  Hari ni juga pertama kali berpisah dengan baby Amzar huhuhu sedihhhh.  Aku sebenarnya tak tahu lagi nak panggil Amzar atau Isyraf tapi buat masa ni aku  panggil nama penuh ataupun adik.  Aku hantar baby aku ke rumah mertua tapi kali ni  biras aku yang jaga, mak mertua aku dah tak berapa sihat dah lagipun bapa mertua aku dah tak ada kan.  

Lamanya tinggalkan blog ni sampai aku tak boleh buka semula blog aku huhu.  Nak update masa pantang laptop aku rosak, nak update pakai Tab tak berapa puas pulak hehe.  So, tunggu je lah masuk kerja baru update.

Ok, ini saja buat masa ni sebagai warm up kata orang hehe.  Nanti aku update panjang lagi, pengalaman bersalin, berpantang dan apa-apa saja sepanjang 3 bulan bercuti ni.  Tunggu ye.

Lina