Tuesday, March 5, 2013

Terowong Bunga Wisteria



sumber : blogserius

cantiknya...tak pernah terbayang ada tempat seindah ini.  ini adalah terowong bunga wisteria.  terowong bunga ni terdapat di Taman Bunga Kawachi Fuji di bandar Kitakyushu, Jepun.  di terowong ni terdapat 20 jenis bunga wisteria.  bulan terbaik untuk melawat terowong ni adalah pada bulan April hingga pertengahan bulan Mei.  kalau nak tengok banyak lagi gambar terowong bunga ni boleh pergi ke blogserius.

Lina

Monday, March 4, 2013

Tak Bersalin Lagi

setakat entry ni ditulis aku belum lagi melahirkan.  masih boleh bekerja lagi hehe.  oh ya, entry sebelum ni aku kata dah mula cuti hari ni kan, semalam tiba-tiba decide taknak cuti lagilah.  lambat sikit masuk kerja lepas bersalin nanti hehe.  pagi tadi pergi check-up kat klinik, doktor pun cakap hai tak bersalin lagi awak ni hehe.  dah tak ada tanda-tanda lagi macam mana nak bersalin?  so, 9 Mac ni kalau tak bersalin lagi mengadap lagilah doktor untuk cek jantung baby.  ya Allah, semoga semuanya selamat.

Lina

Friday, March 1, 2013

Cuti Panjang

bermula pada 4 Mac ini aku akan bercuti panjang.  saja je aku ambil cuti awal sikit sebab kali ni ambil cuti bersalin 90 hari kan.  kalau ikutkan tarikh EDD aku 8 Mac.  di kesempatan ini aku nak memohon maaf seandai ada salah silap sepanjang aku berblog ni.  doakan agar kelahiran aku kali ini berjalan dengan lancar, selamat dan aku melahirkan baby yang sihat dan sempurna.  insyaAllah aku akan masuk semula bekerja pada 3 Jun 2013.  kalau aku ditakdirkan bersalin awal daripada 4 Mac tu maknanya lagi awallah aku masuk kerja hehe.  semasa cuti bersalin tu nanti aku akan cuba update blog aku sekerap mungkin yer.

Lina