Thursday, January 31, 2013

Sotong Kangkung

dari Taman Tasik Taiping terus kami menuju ke tempat makan sotong kangkung tu.  tempat makan tu terletak di Pusat Penjaja Taiping.  masuk je kat situ berderet gerai yang jual sotong kangkung tu.  nampak cantik sebab sotong dan kangkung digantung.


tempat makan ni senang je nak cari.  kat tengah bandar Taiping je.



abang ipar aku dengan anaknya tengah sibuk memilih bahan-bahan

aku dengan En Khairol kongsi laicikang


yang lain ramai order ABC Special.  mula-mula ingat nak order ni juga tapi banyak sangat rasanya.

inilah rupanya sotong kangkung.  kami order 3 pinggan.  memang puas makan.  harga pun boleh tahan.

tengok gambar ni macam masing-masing berebut-rebut kan hehe.

tengoklah En Khairol, berselera makan hehe.

ok, kami makan di gerai no 13 ni.  abang ipar aku yang suggest sebab dulu pun dia makan kat sini juga.  kalau kalian nak rasa bolehlah pergi ke gerai ni ya.

lepas dah kenyang makan semua, kami semua bergerak balik ke Kuantan.  kami tak terus balik sebab nak singgah ke Raub dulu rumah Mak Ngah.  perjalanan balik kali ni lega sikit sebab lalu Lebuh Raya Utara Selatan.  kami sampai ke rumah Mak Ngah pukul 3.00 pagi.  memang aku flat gila, kaki pun sembab sebab duduk lama dalam kereta.  En Khairol pun penat sebab kena selsema.

kami balik Kuantan keesokannya iaitu pada 25hb.  kira-kira pukul 3.00 petang kami bertolak dari rumah Mak Ngah.  sebelum sampai ke rumah mak mertua aku, kami singgah makan mee kari di gerai kat Batu 12. kami selamat sampai kat rumah mertua aku kira-kira pukul 8.30 malam.

berakhirlah majlis pertunangan merangkap percutian, merangkap jalan-jalan, merangkap makan-makan kami selama 3 hari 2 malam ke Lenggong danTaiping, Perak dan Raub.  baliknya family aku kena selsema dan demam terutama En Khairol.  lepas ni kalau pergi lagi masa kenduri kahwin kena perjalanan yang lebih relax lagi.

Lina

Wednesday, January 30, 2013

Taman Tasik Taiping 2013

lepas selesai majlis pertunangan tu abang ipar ajak pulak singgah ke Taiping.  katanya nak pergi makan yong tau fu (sotong kangkung).  dah tak jauh mana Lenggong dengan Taiping so ikut je lah.  setelah 4 tahun kali terakhir aku ke sini, boleh baca di entry INI, rasa macam nostalgia pula hehe.  ya lah masa tu aku pergi tengah ngandungkan Amsyar.  kali ni pergi pun tengah mengandung juga.  sila layankan gambar yer kurang rajin nak tulis banyak-banyak hehe.













- bersambung -


Lina

Tuesday, January 29, 2013

Majlis Pertunangan Anak Saudara Ke-2

oleh sebab kurang rajin nak bercerita panjang-panjang, aku tulis berdasarkan gambar yer, senang sikit hehe.

inilah ahli rombongan yang ada selain daripada anak-anak.  aku ada kat sebelah belakang tu tak nampak.

sampai je, lepas disambut semua kami dijemput makan dulu.  macam tau-tau je kami semua ni lapar terutama akulah hehe.

lauk-pauk yang disediakan,  sedap-sedap belaka.  di samping nasi putih ada nasi jagung yang di tengah-tengah tu.  kemudian daging masak lemak cili api, kerabu taugeh, ayam goreng berempah.  kami diberitahu ayam goreng tu dimakan bersama kuah asam.  emmm sesuatu yang baru.  ada juga ulam-ulaman dan sambal belacan.  ohh satu lagi tak termasuk dalam gambar ada sambal kelapa tak silap.

lepas dah siap makan, kami dijemput naik ke atas rumah untuk acara selanjutnya.  yang berbaju biru tak bersongkok tu abang sulung pihak perempuan yang jadi wakil bercakap bersama dengan bapa saudara yang berbaju biru bersongkok tu.  untuk makluman bakal tunang Muza ni ada emak jer.  ayahnya dah meninggal.  dia anak tunggal perempuan daripada 4 orang adik-beradik.


antara keluarga belah pihak perempuan.


sesi menyarung cincin oleh kakak ipar.  ada 2 cincin, merisik dan bertunang.  gambar agak kabur, tak tahulah  En Khairol ambil macam mana.

lepas dah selesai semua ingatkan dah tak ada apa dah, rupanya ada pulak dihidangkan dengan kuih-muih untuk minum petang.  memang kenyang betul kami.

cuba tengok, kami bawa 7 barang hantaran tapi dibalas dengan aku rasa ada 17 barang daripada pihak perempuan.  kebanyakannya kuih-muih dan kek.

nampak kotak tekat tu, berisi dengan tepak sirih.  itu pun salah satu barang hantaran juga tapi akan dipulangkan semula nanti.  bukan senang nak tengok kotak tepak sirih tu.

masa ni tengah minum-minum sambil borak-borak.

bergambar kenangan dengan tunang Muza.  aku pun tak perasan anak dara aku duduk macam tu haisshhh.

sempat lagi anak dara aku bergambar.

masa ni dah nak gerak balik dah ni.

masa ni En Khairol la yang panggil ajak bergambar.

- bersambung -

Lina

Monday, January 28, 2013

Dari Kuantan ke Lenggong

seperti yang aku bagitahu dalam entry sebelum ni yang aku mula bercuti pada 23hb.  tujuan bercuti sebab menghantar rombongan peminangan anak saudara En Khairol, Muza ke Lenggong, Perak.  hai ramai sungguh anak saudara En Khairol yang bertunang ni hehe.  hari tu anak saudara perempuan, boleh baca entry INI  dan kali ni anak saudara lelaki pula.  jauh tu ke Lenggong, aku pun tak pernah sampai situ.

kami pergi dengan 2 buah kereta je yang terdiri daripada mak mertua aku, sorang mak saudara, family abang ipar aku dan satu lagi kereta family aku dengan kakak ipar aku iaitu mak kepada Muza tu lah.   kami bertolak dari Kuantan kira-kira jam 2.30 petang lepas semua balik dari sekolah.  mula-mula dari Kuantan kami ikut Lebuh Raya Pantai Timur.  sampai kat Genting Sempah kami naik ikut Genting Highlands dan turun ikut Batang Kali.  ni semua cadangan jalan oleh abang ipar aku yang nak ikut jalan lama.  katanya dekat sikit, entah aku pun tak tau tang mana dekatnya.  kalau aku kalau nak jalan jauh ni lebih suka ikut lebuh raya sebab jalannya terang dan banyak kemudahan nak berehat.  

kemudian sampai Ipoh kami masuk ke bandar Ipoh pulak sebab nak ambil Muza yang naik bas dari KL.  memusing jugak nak cari stesen bas.  keluar dari Ipoh lega sikit sebab masuk lebuh raya.  dari Ipoh kami keluar kat Exit Kuala Kangsar.  dari exit nak ke Lenggong pulak adalah dekat sejam.  nak tahu kami sampai kat Rest House Lenggong tempat kami menginap kira-kira pukul 2.30 pagi.  ya Allah letihnya hanya Allah yang tahu.  lepas makan bekalan yang kami bawa terus tidur.

terlupa nak ambil brosur rest house ni, sempat snap gambar ni jer.  kami dapat 2 bilik jer sebab dah lewat.  boleh tahanlah bilik yang kami dapat. 

rest house ni di bawah pengendalian Majlis Daerah Lenggong, so dapatlah sikit diskaun pakai pas keselamatan kerajaan En Khairol.

kira complete jugalah rest house ni sebab ada tempat makan semua.  saja ambil gambar labu sayung ni.  Perak kan terkenal dengan labu sayungnya.

sempat lagi anak-anak bermain sementara tunggu nak check out.  

ini kerja En Khairol lah ni, suruh anak posing gini.

sebenarnya ada 7 barang hantaran yang kami bawa, 1 lagi ada kat rumah pihak perempuan iaitu kek.  minta bakal tunang Muza tolong belikan.  ye lah puas juga nak menjaga kek kalau bawa dari Kuantan.

Muza bergambar dengan barang-barang hantaran

kami yang perempuan ni pun tak lepas peluang bergambar sebelum bergerak ke rumah pihak perempuan.  barang-barang hantaran ni semua digubah oleh my biras, yang duduk sebelah aku tu.

kami bertolak ke rumah pihak perempuan lepas Zohor.  check out sekalilah dari rest house tu.  dalam perjalanan sempat lagi bergambar kat kereta perisai ni.  dari rest house ke rumah pihak perempuan tak jauh pun.  dalam 5 minit perjalanan jer.

- bersambung -

Lina

Baru Masuk Kerja

dah 5 hari blog aku ni tak berupdate.  bukan apa start 23hb hari tu aku bercuti.  hari ni baru masuk kerja semula.  dengan baru baik demam cuma selsema je tak hilang lagi.  tak sempat nak buat entry autopublished segala.  ada hal apa ye aku bercuti?  nanti aku cerita slow slow hehe.


Lina

Tuesday, January 22, 2013

Groupon.my

nak tanya pendapat kalianlah.  ada sesiapa tak yang pernah beli deal kat groupon.my?  aku sekarang ni teringin nak beli deal Gold Coast Morib tapi tulah rasa was was jer.  kemudian boleh ke buat pembelian guna online banking?  harap-harap ada rakan yang boleh membantu.


Lina

Check Up 33 Minggu

Malam tadi seperti biasa pergi check up kandungan.  aku sekarang dah start pergi check up 2 kali sebulan.  alhamdulillah semuanya ok.  air kencing ok, hb pun ok 11.6.   berat naik 600gm.  tekanan darah pun ok.  ambil masa sikit masa doktor scan baby.  kepala baby dekat bahagian bawah tapi tak masuk laluan lagi.  kemudian doktor tunjuk kakinya, tangan, tuttt nya memang nampak jelaslah.  masa scan adalah 2, 3 kali baby menendang.  haha macam tau jer mama dengan ayahnya tengah tengok.  saiz kandungan sama dengan usianya.  berat doktor kata dah 2.1kg.  oklah tu.  kalau keluar nanti sama berat dengan abang dan kakaknya dulu pun ok juga, senang sikit nak bersalin hehe. doktor pun dah suruh mula kira pergerakan baby dalam sehari.   so, next check up pada 4 Feb.  emmm tak lama dah lagi nak deliver.  rasa berdebarlah juga tapi ignore kan jer hehe sekarang ni.  nak gi tengok Anuar Zain dulu.  baby bagi mama peluang dulu yer ;-).


sumber : google

Lina



Monday, January 21, 2013

Akhirnya Tiket Anuar Zain Berada Di Genggamanku!

setelah pelbagai cabaran (haha banyaklah sangat cabarannya) dan menunggu dengan sabar akhirnya sampai juga 2 keping tiket konsert Anuar Zain.  mula-mula baca pasal konsert tu tak sabar tunggu 12 Disember, tarikh tiket konsert mula dijual.  bila dah mula jual buka website Ticketcharge, pihak yang menjual tiket tu, alamak kena pakai kad kredit la pulak.  aku ni manalah ada kad kredit, kad debit adalah hehe.  kemudian tengok kat list of outlets, Celcom adalah salah satu outletnya.  so, aku pun pergilah ke Celcom cawangan Kuantan ni.  2 kali aku pergi tapi pulang dengan hampa.  kali pertama pergi, katanya person in charge kerja luar 2, 3 hari.  kali kedua pergi pula katanya line slow, suruh tinggal nama, no telefon segala tapi sampai sekarang tak telefon pun.  bila call Celcom lagilah menyakitkan hati langsung tak berjawab.  bila aku call Ticketcharge dia kata memang boleh beli di Celcom, sudah dimaklumkan kepada pihak Celcom.  habis camno tu?  puas aku fikir macam mana nak dapatkan tiket ni sampai nak cakap kat En Khairol 'jom pergi KL beli tiket lepas tu baliklah'.  haa sampai cam tu sekali.

kemudian barulah terfikir la apasal tak minta tolong dengan cousin aku Huda.  so bersms lah dengan dia.  mula-mula hampir tak dapat juga sebab dia tak sempat nak pergi ke outlet kat KL.  akhirnya dia tolong belikan guna kad kredit dia.  fuhhh sukanya hati.  dialah yang uruskan segala pembelian.  nasib baik pihak Ticketcharge boleh kurierkan.  thank you very much Huda, sayang kamu ketat-ketat haha!

 bila tengok sampul kurier ni sampai kat atas meja senyum sampai ke telinga.


bila tengok 2 keping tiket tu rasa cam tak percaya hehe.  tercapai juga hasrat nak pergi konsert Anuar Zain.  harap-harap sempatlah tengok sebab tarikh tu  lagi 3 minggu nak due hehe.  sebenarnya ini kali kedua aku pergi konsert Anuar Zain masa sarat mengandung.  masa aku pergi kat Istana Budaya dulu, masa tu tengah 8 bulan ngandungkan Amsyar.  kali ini kena pulak ke adiknya.  saja Anuar Zain ni tau hehe.

Lina


Terbang Murah Ke Indonesia dengan Air Asia




Indonesia dari RM69!



Terbang dari Kuala Lumpur
BandungYogyakartaMedanLombok
PalembangPadangPekanbaruSolo
JakartaSemarangSurabayaBali
Tempah sekarangTempah dari 21 - 27 Jan 2013   Terbang dari 24 Jan - 22 Mei 2013
Tertakluk kepada terma & syarat.


Klik DI SINI untuk maklumat lanjut.

Lina