Friday, November 29, 2013

IIUM Kuantan Open Day (IKOD 2013)

University Islam Antarabangsa Malaysia di Bandar Indera Mahkota, Kuantan sedang mengadakan IIUM Kuantan Open Day (IKOD 2013) bermula pada 23 November 2013 hingga 2 Disember 2013.  Aku pun tahu daripada bunting yang dipasang di sekitar Kuantan.  Lepas tu aku pun bukalah website IIUM barulah tahu dengan lebih detail.  IKOD ni terbuka kepada semua ya.  Jadi pada sesiapa yang ada masa terluang bolehlah pergi bawa anak-anak sempena cuti sekolah ni sebab ada macam-macam aktiviti yang dijalankan.  Macam aku rasanya nak pergi yang Chocolate and Pastry Fair tu.  Macam best jer hehe.  Aku kan penggemar coklat!








*Tak tahu kat mana UIAM ni?  Ok, ia terletak berhadapan dengan Kompleks SUKPA dan berdekatan dengan Kompleks Dagangan Mahkota dan Hotel Sri Manja.

AZLINA MY
Share |