Thursday, November 21, 2013

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2013

Pada tahun ini Kuantan, Pahang telah menjadi tuan rumah HPPNK 2013 yang berlangsung dari 7 - 15 November 2013.  Aku sebagai warga Kuantan tentulah tidak melepaskan peluang ke program tersebut.  Itu pun tak semua khemah dapat pergi sebab anak dah meragam.  Layanlah  antara yang menarik yang sempat di snap di HPPNK kali ni.

Bunga orkid

Anak-anak pokok

Bunga orkid ni sangat...sangat cantik, besar lak tuh

Lagi bunga orkid

Jeruk Pak Ali, En Khairol tengah beli jeruk betik

Anak-anak pokok lagi

Buah-buahan tempatan

Oh bunga orkid lagi, banyak sungguh aku ambil gambar ni hehe

Di depan khemah yang mempamerkan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk dipertandingkan

Ini ubi keladi

Amsyar suruh ambil gambar dengan nangka ni

Labu

Terung yang semangat giler

Nangka ni pun besar

Cili padi yang menggoda sungguh hehe

Nangka terbaik tempat pertama, kedua dan ketiga

Pisang pula

Kelubi, tengok buahnya macam tak boleh makan kan

Ha buah ni tak pernah jumpa, sapukaya

Pokok misai kucing

Inilah buah bidara

Buah kabung yang sedap dalam lai ci kang

Limau susu pun ada

Ini booth Kedah, very creative

Huhuhu limau pun berhantu

Ini lagi extreme, limau kuku harimau

Melaka, of course lah glamour dengan asam pedas

Pes-pes yang dijual murah, 3 peket RM10.  Aku pun beli pes asam pedas, pes ayam masak merah dan pes sambal merah.  Sempatlah rasa asam pedas yang dimasak untuk demo, boleh tahanlah, memang berasa.

Di khemah Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Sangkar burung-burung

Sangkar kambing

Sangkar arnab, budak-budak boleh masuk nak main-main dengan arnab tapi Qistina dan Amsyar tak nak

Sangkar kambing

Ini khemah utama



AZLINA MY
Share |