Thursday, November 14, 2013

Hari Kecemerlangan Sekolah Qistina

Hari Ahad lepas pada 10 November 2013 telah berlangsung Hari Kecemerlangan bagi sekolah Qistina.  Dapat pergi pun sebab Qistina adalah salah seorang penerima hadiah.  Dalam surat tertulis pendaftaran ibu bapa jam 8.00 pagi.  Ibu bapa seawal 7.30 pagi dah sampai sebab murid-murid kena awal.  VVIP akan sampai pada jam 8.45 pagi tapi 9.30 pagi baru sampai.  Kebas punggung duduk dalam dewan hehe.

 Hiasan pentas utama

 VVIP, Tengku Puan Pahang sedang menyampaikan ucapan.

 Nampak tak aku di antara ramai-ramai ibu bapa.  En Khairol yang snap sebab dia dah ke depan sebab standby nak ambil gambar Qistina

 Inilah keputusan Qistina yang buat kami bangga hehe.  Alhamdulillah dia boleh catch up walaupun mula-mula masuk dulu memang ketinggalan jauh.  Sedih bila kenangkan kembali macam mana dia boleh ketinggalan. 

 Sedang menerima hadiah daripada VIP.  Kabur lar pulak gambar yang En Khairol ambil ni.

 Sempat snap masa dah turun dari pentas.


Suruh dia bergambar masa nak balik ni.  Apa yang dia dapat sijil, plak dan 3 buah buku latihan.  Alhamdulillah semuanya daripada usaha dan rezeki daripada Allah SWT.  Aku bangga sebab ini sebagai pemberi semangat untuk dia terus berusaha.  Siap dah target nak kumpul plak tu sampai Darjah 6.  InsyaAllah jika ikhlas dan berusaha pasti diizinkan Allah SWT.  I'm proud of you my princess!!


AZLINA MY

No comments: