Friday, November 1, 2013

Felda Residence Tekam

Belek punya belek ada cerita yang tak dikongsikan di sini lagi.  Cerita yang dah berzaman dah, masa bulan puasa hari tu.  Tak apalah ya belum masuk ke tahun depan lagi hehe.

Masa bulan puasa hari tu aku sekeluarga sempat menginap dan berbuka puasa di Felda Residence Tekam, Jerantut. Al kisahnya pergi ke situ sebab aku nak pergi shopping raya di Jengka Street.  Jengka Street ni menjual pakaian, tudung, telekung dan macam-macam lagi secara runcit dan borong.  Harganya pun boleh tahanlah, boleh tawar-menawar lagi.  Jengka Street ni pada setiap pagi Sabtu sampailah ke tengah hari.  Sesiapa yang pernah pergi ke pasar pagi kat Pekan yang setiap hari Sabtu tu ha macam tulah situasinya.

Ok, berbalik pada cerita aku ni, ha sebab nak pergi Jengka Street tulah maka akupun menginap di Felda Residence Tekam tu.  Aku ambil bilik Deluxe berharga RM150.00 semalaman.  Oleh sebab bulan puasa aku pun ambil sekali pakej berbuka puasa.



Masa aku masuk ke bilik memang terkejut sangat sebab biliknya besar.  Ada 1 katil double dan 1 katil single.  Memang sesuailah dengan kami lima beranak ni.  


 Luas kan biliknya.  Amzar sebagai model pada hari itu hehe.

 Daripada sudut sebelah dalam

 Bilik air pun selesa dan bersih

 Sebelah petang sempatlah kami menjengah Pasar Ramadan di bandar Jengka

3 beradik di restoran sementara menunggu waktu berbuka.  Kami pilih duduk kat luar, nampak luas sikit.

Di Tekam ni pun ada pool tapi bukan di kawasan bilik.  Oleh kerana masa singkat sangat jadi anak-anak tak adalah bermandi-manda.  Lain kalilah kalau ada rezeki datang sini lagi.

Pemandangan memang sejuk jer dengan kehijauan pokok-pokok.  

Ini pagi Ahad, nak check-out  balik ke Kuantan.  Amsyar sedikit mengamuk pagi tu.  Suruh dia berposing untuk menyejukkan hatinya.  Ini kat depan pintu masuk nak ke bilik.  

Ini kat taman depan bilik.  Belakang tu bangunan lobi.  Restoran semua kat situlah.

Kat taman lagi.  

Aku suka tengok bunga-bunga purple tu, itu yang suruh anak bergambar kat situ.


Kami berempat pula.

Kami berlima pula.

Akhir sekali di hadapan Felda Residence Tekam.


Kepada sesiapa yang ingin menginap di hotel yang dalam suasana kampung, kehijauan, ketenangan bolehlah ke sini.  Rasa-rasanya kalau datang masa musim buah lagi best.  Jarak dari Kuantan kira-kira 137 km mengambil masa antara 1 jam 45 minit ke 2 jam.  Kalau ikut Lebuh Raya Pantai Timur, keluar kat Exit Chenor, dari simpang tol belok ke kanan.  Untuk maklumat lanjut bolehlah ke website Felda Residence Tekam.


AZLINA MY

No comments:

Share |