Tuesday, November 12, 2013

Bila Budak 7 Tahun Tanya Maksud 'Dinodai'

Kalau anak-anak kalian tanya macam ni, apa jawapannya ya?  Kelmarin petang Qistina tanya aku maksud 'dinodai'.  Otak aku pun ligat berfikir nak cari perkataan yang sesuai hehe.  Bila tengok aku lama diam beralih pula tanya ke ayahnya.  Ayahnya pun ligat juga berfikir nak bagi jawapan apa.  Akhirnya ayahnya bagitahu sama maksud dengan diperkosa.  Oh anak aku faham ke?  Qistina pula kata macam dirogol ye ayah.  Oh faham rupanya.  Emmm aku pula fikir macam mana pula dia tahu perkataan dirogol tu yer?  Ini mungkin dari surat khabar sebab dia selalu juga baca surat khabar yang aku bawa balik.  Nampak gayanya aku dan En Khairol kena sentiasa bersedia dengan soalan-soalan lain pula lepas ni.


AZLINA MY

No comments: