Friday, November 29, 2013

IIUM Kuantan Open Day (IKOD 2013)

University Islam Antarabangsa Malaysia di Bandar Indera Mahkota, Kuantan sedang mengadakan IIUM Kuantan Open Day (IKOD 2013) bermula pada 23 November 2013 hingga 2 Disember 2013.  Aku pun tahu daripada bunting yang dipasang di sekitar Kuantan.  Lepas tu aku pun bukalah website IIUM barulah tahu dengan lebih detail.  IKOD ni terbuka kepada semua ya.  Jadi pada sesiapa yang ada masa terluang bolehlah pergi bawa anak-anak sempena cuti sekolah ni sebab ada macam-macam aktiviti yang dijalankan.  Macam aku rasanya nak pergi yang Chocolate and Pastry Fair tu.  Macam best jer hehe.  Aku kan penggemar coklat!








*Tak tahu kat mana UIAM ni?  Ok, ia terletak berhadapan dengan Kompleks SUKPA dan berdekatan dengan Kompleks Dagangan Mahkota dan Hotel Sri Manja.

AZLINA MY

Thursday, November 21, 2013

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2013

Pada tahun ini Kuantan, Pahang telah menjadi tuan rumah HPPNK 2013 yang berlangsung dari 7 - 15 November 2013.  Aku sebagai warga Kuantan tentulah tidak melepaskan peluang ke program tersebut.  Itu pun tak semua khemah dapat pergi sebab anak dah meragam.  Layanlah  antara yang menarik yang sempat di snap di HPPNK kali ni.

Bunga orkid

Anak-anak pokok

Bunga orkid ni sangat...sangat cantik, besar lak tuh

Lagi bunga orkid

Jeruk Pak Ali, En Khairol tengah beli jeruk betik

Anak-anak pokok lagi

Buah-buahan tempatan

Oh bunga orkid lagi, banyak sungguh aku ambil gambar ni hehe

Di depan khemah yang mempamerkan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk dipertandingkan

Ini ubi keladi

Amsyar suruh ambil gambar dengan nangka ni

Labu

Terung yang semangat giler

Nangka ni pun besar

Cili padi yang menggoda sungguh hehe

Nangka terbaik tempat pertama, kedua dan ketiga

Pisang pula

Kelubi, tengok buahnya macam tak boleh makan kan

Ha buah ni tak pernah jumpa, sapukaya

Pokok misai kucing

Inilah buah bidara

Buah kabung yang sedap dalam lai ci kang

Limau susu pun ada

Ini booth Kedah, very creative

Huhuhu limau pun berhantu

Ini lagi extreme, limau kuku harimau

Melaka, of course lah glamour dengan asam pedas

Pes-pes yang dijual murah, 3 peket RM10.  Aku pun beli pes asam pedas, pes ayam masak merah dan pes sambal merah.  Sempatlah rasa asam pedas yang dimasak untuk demo, boleh tahanlah, memang berasa.

Di khemah Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Sangkar burung-burung

Sangkar kambing

Sangkar arnab, budak-budak boleh masuk nak main-main dengan arnab tapi Qistina dan Amsyar tak nak

Sangkar kambing

Ini khemah utama



AZLINA MY

Berhenti Berblog Seketika

 Dari 18 November sehingga 26 November ni aku seperti biasa akan bertugas semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang.  Oleh itu terpaksalah menyepi seketika daripada meng update blog.  Insya-Allah akan kembali semula minggu hadapan.



AZLINA MY

Friday, November 15, 2013

Konvensyen Pelaburan Bioteknologi Negeri Pahang 2013



Semalam telah berlangsungnya dengan jayanya Konvensyen Pelaburan Bioteknologi Negeri Pahang 2013.  Konvensyen ini dianjurkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang.  Aku pun terlibat sama sebagai urus setia.  Dekat setengah hari jugalah aku di sana.  Konvensyen ni bagus untuk pelabur-pelabur yang nak mencari peluang pelaburan di negeri Pahang ni.


AZLINA MY

Thursday, November 14, 2013

Hari Kecemerlangan Sekolah Qistina

Hari Ahad lepas pada 10 November 2013 telah berlangsung Hari Kecemerlangan bagi sekolah Qistina.  Dapat pergi pun sebab Qistina adalah salah seorang penerima hadiah.  Dalam surat tertulis pendaftaran ibu bapa jam 8.00 pagi.  Ibu bapa seawal 7.30 pagi dah sampai sebab murid-murid kena awal.  VVIP akan sampai pada jam 8.45 pagi tapi 9.30 pagi baru sampai.  Kebas punggung duduk dalam dewan hehe.

 Hiasan pentas utama

 VVIP, Tengku Puan Pahang sedang menyampaikan ucapan.

 Nampak tak aku di antara ramai-ramai ibu bapa.  En Khairol yang snap sebab dia dah ke depan sebab standby nak ambil gambar Qistina

 Inilah keputusan Qistina yang buat kami bangga hehe.  Alhamdulillah dia boleh catch up walaupun mula-mula masuk dulu memang ketinggalan jauh.  Sedih bila kenangkan kembali macam mana dia boleh ketinggalan. 

 Sedang menerima hadiah daripada VIP.  Kabur lar pulak gambar yang En Khairol ambil ni.

 Sempat snap masa dah turun dari pentas.


Suruh dia bergambar masa nak balik ni.  Apa yang dia dapat sijil, plak dan 3 buah buku latihan.  Alhamdulillah semuanya daripada usaha dan rezeki daripada Allah SWT.  Aku bangga sebab ini sebagai pemberi semangat untuk dia terus berusaha.  Siap dah target nak kumpul plak tu sampai Darjah 6.  InsyaAllah jika ikhlas dan berusaha pasti diizinkan Allah SWT.  I'm proud of you my princess!!


AZLINA MY

Tuesday, November 12, 2013

Bila Budak 7 Tahun Tanya Maksud 'Dinodai'

Kalau anak-anak kalian tanya macam ni, apa jawapannya ya?  Kelmarin petang Qistina tanya aku maksud 'dinodai'.  Otak aku pun ligat berfikir nak cari perkataan yang sesuai hehe.  Bila tengok aku lama diam beralih pula tanya ke ayahnya.  Ayahnya pun ligat juga berfikir nak bagi jawapan apa.  Akhirnya ayahnya bagitahu sama maksud dengan diperkosa.  Oh anak aku faham ke?  Qistina pula kata macam dirogol ye ayah.  Oh faham rupanya.  Emmm aku pula fikir macam mana pula dia tahu perkataan dirogol tu yer?  Ini mungkin dari surat khabar sebab dia selalu juga baca surat khabar yang aku bawa balik.  Nampak gayanya aku dan En Khairol kena sentiasa bersedia dengan soalan-soalan lain pula lepas ni.


AZLINA MY

Monday, November 11, 2013

Ketua Penolong Pengarah JAIP Maut Ditembak

Patutlah cuaca agak sayu pagi tadi masa sibuk-sibuk nak menghantar anak ke sekolah.  Sampai ke pejabat, baca headline di muka depan Berita Harian, ya Allah!  Ketua Penolong Pengarah JAIP?  Ahmad Rafli Abdul Malek?  Mati ditembak!  Ya, aku kenal arwah.  Bukanlah kenal yang amat sangat tetapi kenal kerana kerap datang ke ofis lama aku berurusan mengenai sumber manusia.  Amat baik perwatakannya.  

Al-Fatihah buat Allahyarham Ahmad Rafli bin Abdul Malek 
Al-Fatihah buat Zuhaifu Azlan (Juruteknik Komputer) 


AZLINA MY

Thursday, November 7, 2013

HPPNK 2013 - Pameran/Promosi Sana-Sini Di Kuantan #3


HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN KEBANGSAAN 2013

AGROTEKNOLOGI PEMANGKIN TRANSFORMASI AGROPRENEUR

8 HINGGA 15 NOVEMBER 2013

PADANG MPK 2 
(berhadapan Stadium Darul Makmur)

p/s : Jom kita ramai-ramai memeriahkan suasana!

AZLINA MY

Temuduga Terbuka - Pameran/Promosi Sana-Sini Di Kuantan #2

PROGRAM TEMUDUGA TERBUKA

BAZAAR AZAM KERJA 1MALAYSIA

ANJURAN PUSAT JOBS MALAYSIA PAHANG
JABATAN TENAGA KERJA NEGERI PAHANG

TARIKH : 9 NOVEMBER 2013
TEMPAT : RUANG LEGAR KUANTAN PARADE
MASA : 10.00 PAGI HINGGA 10.00 MALAM

SILA BAWA SIJIL-SIJIL SERTA DOKUMEN-DOKUMEN YANG BERKAITAN DAN BERPAKAIAN KEMAS

Kepada warga Kuantan yang masih mencari-cari kerja ataupun ingin mencara pengalaman kerja yang baru bolehlah hadir ke temuduga ini.

AZLINA MY

Penambahbaikan 81 Skim Perkhidmatan Oleh JPA

As a government servant like me, penambahbaikan 81 skim perkhidmatan yang dilaksanakan oleh JPA ini adalah sesuatu yang baik.  Menggambarkan bahawa JPA sentiasa memantau dan menambahbaik mengikut peredaran semasa.   Penambahbaikan 81 skim ini melibatkan 27 pekeliling.  Banyak tu!  Semuanya berkuatkuasa pada 1 November 2013.  Kalau kalian pun orang gomen bolehlah baca satu persatu kalau melibatkan skim perkhidmatan kalian.  By the way, skim perkhidmatan aku tak terlibat kerana telah ditambahbaik beberapa tahun lepas.  Untuk maklumat lanjut mengenai penambahbaikan ini bolehlah klik link di bawah ni.




AZLINA MY

Wednesday, November 6, 2013

Deal Percutian Yang Best Di Groupon




Gold Coast Morib Resort, Banting, Selangor dari RM168


Avillion Admiral Cove, Port Dickson dari RM218


Prinzpark Terengganu dari RM168


Hotel Time, Melaka dari RM50


Best Western Prima Inland Sea Resort, Port Dickson dari RM208



Lotus Desaru Waterpark, Kota Tinggi, Johor dari RM180

Sila klik pada gambar untuk maklumat lanjut.



AZLINA MY
Share |