Thursday, August 1, 2013

Chua Boon Huat, Pemain Hoki Kebangsaan Mati Kemalangan

Terkejut bila buka FB pagi-pagi tadi ada berita pasal kematian Chua Boon Huat, salah seorang pemain hoki kebangsaan.  Terkesan juga sebab aku ada terserempak dengan dia 2, 3 kali kalau pergi ke Majlis Sukan Pahang sebab dia pun jurulatih pasukan hoki Pahang.  Beliau yang berumur 33 tahun mati akibat kemalangan jam 2.25 pagi tadi di mana keretanya melanggar sebuah lori di Lebuh Raya Damansara-Puchong.  Takziah buat keluarga mendiang.



Lina

No comments: