Alhamdulillah, hari ni dah 15 hari kita berpuasa. Syukur kepada Allah SWT kerana aku masih lagi bernafas untuk menunaikan ibadah puasa pada tahun ini. Dah hari ke 15 kan, aku tak cerita kat blog pun pasal Ramadan kali ini. Bukan taknak cerita tapi rasanya macam tak ada apa nak cerita. Ramadan aku tahun ni sama je macam tahun-tahun yang lepas. Seperti biasa pada setiap hari bekerja aku berbuka kat rumah mak mertua aku. Memang aku tak masak pun. En Khairol akan ambil aku di pejabat lepas tu kami akan ke pasar Ramadan untuk membeli apa-apa yang patut. 2 benda yang kami wajib beli ialah air soya dan murtabak. Kuih-muih jarang beli kecuali Qistina nak makan. Aku ni masak tak masak masa bersahur, itu pun goreng telur je. Kebetulan tahun ni biras aku berniaga lauk-pauk kat pasar Ramadan. Bila dia balik, ada lauk yang tak habis tu kami bungkuslah untuk bersahur. Memang aku tak merasa lagi berbuka kat rumah sendiri. Hujung minggu lepas pun aku balik rumah mak. Hujung minggu yang baru ni berbuka rumah mak mertua juga sebab kakak ipar aku balik. Hujung minggu ni pulak cuti 3 hari sebab hari Jumaat Nuzul Quran, Pahang cuti, kami nak pergi ke Jengka lak. Fuhhh penuh aktiviti kami hehehe. Jadi bila nak berbuka kat rumah ni? Rasanya hujung-hujung Ramadan nanti kot baru boleh berbuka kat rumah.
Seperti biasa setiap kali Ramadan aku dengan En Khairol suka berjalan ke pasar-pasar Ramadan yang ada kat bandar kami. Setakat ni dah 4 pasar Ramadan kami pergi tak termasuk yang kami setiap hari pergi sebab nak beli air soya yang sedap. Yang jauh-jauh tak pergi lagi haaa hujung minggu ni pergi pasar Ramadan kat Jengka lar.
Tarawikh lak aku cuma sempat pergi malam 1 Ramadan. Lepas tu tak dapat dah sebab Amzar tak ada sapa nak jaga. Ada anak sedara aku tu tapi sian lak kat dia sebab siangnya dia dah jaga sambil tolong ibu dia, biras aku tu memasak, malam lak takkan nak suruh dia jaga juga. Nanti bila ibu dia balik dari berniaga kena tolong mengemas lak.
Inilah serba-sedikit cerita Ramadan aku sampai hari ke 15 ni. Oh ya lupa lak nak bagitahu yang aku dah bertukar pejabat dah bermula 16hb hari tu. Masih di bangunan yang sama cuma di bahagian berbeza. Dulu di tingkat 2 sekarang ni di tingkat 4. Sedih juga nak tinggalkan pejabat lama sebab dah 10 tahun kat situ tapi kena bertukarlah juga. Sebenarnya bagus juga buat pertukaran ni sebab boleh merasai suasana baru, bidang baru. Skop kerja memang tak berubah tapi bidang kerja tu. 10 tahun tu aku kat sumber manusia, sekarang ni kat pembangunan, memang berbeza. Cuma terasa sebab bertukar masa bulan Ramadan. Jadi berpuasa dengan kawan-kawan baru yang tak berapa kenal lagi. Apa pun mereka ok.
Oklah, kalau aku rajin nanti aku cerita kat mana air soya yang sedap tu ya. Selamat berpuasa semua!!!
Lina
No comments:
Post a Comment