Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Alhamdulillah hari ni hari pertama aku kembali bekerja selepas 90 hari bercuti panjang...berpantang. Hari ni juga pertama kali berpisah dengan baby Amzar huhuhu sedihhhh. Aku sebenarnya tak tahu lagi nak panggil Amzar atau Isyraf tapi buat masa ni aku panggil nama penuh ataupun adik. Aku hantar baby aku ke rumah mertua tapi kali ni biras aku yang jaga, mak mertua aku dah tak berapa sihat dah lagipun bapa mertua aku dah tak ada kan.
Lamanya tinggalkan blog ni sampai aku tak boleh buka semula blog aku huhu. Nak update masa pantang laptop aku rosak, nak update pakai Tab tak berapa puas pulak hehe. So, tunggu je lah masuk kerja baru update.
Ok, ini saja buat masa ni sebagai warm up kata orang hehe. Nanti aku update panjang lagi, pengalaman bersalin, berpantang dan apa-apa saja sepanjang 3 bulan bercuti ni. Tunggu ye.
Lina
No comments:
Post a Comment