Seperti yang diberitahu dalam entry aku sebelum ni aku akan ceritakan pengalaman bersalin dan juga masa berpantang aku. Kalau diikutkan dah anak ke-3 pengalamannya sama je kan ehhh tak lain sebenarnya.
Due date aku sebenarnya pada 8 Mac 2013. Aku excited kalau boleh naklah lahir tarikh 7 Mac 2013, sama dengan Qistina. Apa-apapun aku berserah je lah. Masa aku pergi check up pada 4 Mac, doktor tu siap cakap "eh, awak tak bersalin lagi ke?" nak bersalin apanya tanda pun tak ada lagi hehe. Kemudian dia bagi tarikh seterusnya pada 9 Mac kalau aku tak bersalin lagilah untuk cek jantung baby. Aku pula kerja macam biasalah nak settle kan mana-mana yang patut sebelum terberanak ni. Yang ke-3 ni samalah macam Qistina dan Amsyar dulu aku bersalin kat Pusat Rawatan Keluarga MUIP. Special nya kali ni klinik ni dah ada bangunan baru. Besarlah sikit dan kemudahan pun banyak.
Pagi 6 Mac tu aku pergi kerja macam biasa tapi ada rasa macam lain sikit. Rasa cam contraction tapi tak kuat sangat, aku buat biasa je lah. Start pukul 2.00 pagi 7 Mac aku dah rasa contraction yang kuat dan kerap dalam setiap setengah jam dan 15 minit. Masa tu memang tak berapa lena nak tidur dah dan aku cuba bertahan. Aku plan nak pergi klinik dalam pukul 8 pagi macam tu. Nak dijadikan cerita dalam pukul 4.30 pagi aku rasa macam sakit sangat. Terus aku kejut En Khairol ajak pergi klinik. Kami pun kejut anak-anak pergi hantar rumah mak mertua aku dan terus pergi klinik tempat aku nak bersalin. Bila cek jantung baby ok. Bila cek bukaan baru buka 3 cm. Kemudian jumpa doktor yang bertugas. Dia tanya sama ada nak stay atau tak. Memang dah buka 3 cm tapi pintu rahim tebal lagi. Lepas tu dia tanya aku tinggal kat mana. Aku cakaplah kat Kampung Jawa, dekat je dah dalam bandar. So, doktor kata tak apalah dia suruh balik dulu dan datang semula pukul 6 petang ataupun kalau dah ada tanda.
Masa cek jantung baby sebelah pagi
Masa cek jantung baby sebelah pagi
Jadi kami pun baliklah rumah mak mertua aku. Aku cuba nak tidur tapi tak lena pun sebab contraction dah makin kerap dan sakit. Nak makan pun tak selera sebab sakit tapi terpaksa makan sebab kalau bersalin hari tu nanti tak ada tenaga nak push. Dalam pukul 2 petang tu aku rasa dah tak dapat tahan sakitnya macam rasa nak beranak dah. Terus aku ajak En Khairol pergi ke klinik. Sampai je kat depan klinik tu tanda darah dah keluar. Masuk kat tempat cek bukaan tu kena menunggu pula sebab mesin tengah diguna ada patient so nurse request mesin dari atas. Aku pulak tak boleh tahan dah, bagitahu kat nurse tu yang aku dah tak boleh tahan dah rasa nak beranak dah. Cepat-cepat nurse tu call balik orang atas suruh cepat hantar mesin. Dah sampai mesin tu terus masuk bilik check up dengan doktor yang bertugas tu sekali. Darah dah makin banyak lak keluar. Doktor cek sekali je bukaan terus dia kata dah full, kalau aku teran jer memang keluar dah baby.
Nurse pun kelam-kabutlah ambil wheelchair nak hantar ke labour room. Aku memang masa tu dah tak tahan giler dah. Masuk je labour room terus nurse semua buat persediaan untuk aku bersalin. Yang kelakarnya bila nak push tu contraction sekejap sangat pulak. Jenuh juga aku push, nasib baik aku makan sikit tadi kalau tidak memang tak ada tenaga langsung, rasa penat sangat. Akhirnya push kali ke-6 lahirlah cahaya hati aku yang ke-3 jam 3.12 petang pada 7 Mac 2013. Tercapai juga hasrat hati nak bersalin sama tarikh dengan Qistina. Kebetulan tarikh tu pun adalah tarikh lahir bos aku hehe.
Baby boy kali ni kami namakan Amzar Isyraf. Family En Khairol semua cakap ada iras muka arwah ayah mertua aku. Abang ipar aku siap panggil dia dengan nama arwah lagi. Aku tak kisah pun sebab faham perasaan diorang. Aku stay semalaman je kat klinik. Seperti masa bersalin anak-anak aku dulu aku berpantang rumah mertua aku juga. Bukan apa senang Qistina nak pergi sekolah. Kali ni mak mertua aku dengan biras aku yang jaga aku. Pantang kali ni tak banyak beza pun dengan yang dulu-dulu. Bertungku, berbarut, jaga makan. Selama 44 hari tu memang tak keluar rumah kecuali pergi klinik cek kuning anak dan cucuk untuk sebulan.
Sekarang ni baby Amzar dah 3 bulan. Biras aku yang jaga. Senang hati sikit sebab payah nak cari pengasuh sekarang ni. Yang paling aku bangga aku dapat breastfeed dia sepenuhnya sekarang ni. Cuma masa 3 hari selepas bersalin tu jer ada bagi susu tepung lepas tu susu dada sampai sekarang. Sekarang ni beg mengepam susu tu memang bawa sentiasalah.
Baby Amzar semasa dalam pantang
Baby Amzar semasa dalam pantang
1 comment:
tahniah lina atas kelahiran baby Amzar Isyraf, yg beshnya sama pulok tarikhnya ngn kakak qistina .
Post a Comment