Friday, June 14, 2013

Anak Didera Teman Lelaki


NORLIZA menziarahi mangsa di HSNZ, semalam.
Kuala Terengganu: “Tidak cukup dengan menumbuk dan menyepak saya, kini anak pula jadi sasarannya,” kata wanita mahu dikenali sebagai Nur, 31, selepas anak perempuannya berusia tiga tahun melecur teruk, akibat didera teman lelakinya.
Kanak-kanak itu, Atilyea melecur teruk di tapak kaki kanan dipercayai ditekup pada ekzos motosikal hingga dimasukkan ke wad kanak-kanak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.
Nur berkata, ketika dia berkenalan dengan teman lelakinya itu yang dipanggil Chek awal Januari lalu, suspek berperwatakan baik dan sangat memahami, tetapi sikapnya berubah menjadi panas baran sejak akhir bulan lalu.

“Saya sendiri pernah ditumbuk, ditampar dan disepaknya namun tidak mengadu kepada sesiapa apatah lagi membuat laporan polis kerana takutkannya.
“Melihat saya takut, perangainya semakin menjadi-jadi apabila anak turut menjadi tempat dia melepas geram.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Di copy paste dari blog relevan sokmo

Nota : Apa kes, dah dera teruk sampai melecur anak sendiri, tinggalkan je lah, alasan takut tak boleh dipakai dah sebab sekarang ni dah banyak pihak yang boleh kita mengadu.  Lagipun cuma teman lelaki, adussss kesian kat anak yang jadi mangsa.  Mendatangkan amarah je baca berita macam ni pagi-pagi ni huhu.

Lina

1 comment:

Rozita Ceritaita said...

memang sakit hati...dengar berita kat tv semalam pun dah hangat je...

p/s lina, nape blog ni bila buka entry satu2 dia terus link ke www.jejakahangat.com?

kena buka home baru boleh baca entry..

Share |