Friday, February 8, 2013

Selamat Bercuti

bermula esok tapi aku rasa ramai yang dah mula hari ni dan juga semalam, kita akan bercuti panjang sampai 12 Februari disebabkan Chinese New Year.  ada yang pergi melancong, balik kampung, berjalan-jalan dan ada juga yang hanya bercuti di rumah je kot macam aku hehe.  kali ni tak ada plan ke mana-mana pun cuma kalau berjalan pun dekat-dekat je kot bawa anak-anak.  nanti bising pulak asyik duduk kat rumah jer.  sambil tu balik rumah mak aku.  oklah nak ucapkan selamat bercuti kepada kalian semua.  cuti-cuti ni tak berupdatelah blog aku ni.  masuk keje nanti barulah ada cerita baru.  lagipun blog aku sekarang ni tengah problem, tak settle lagi problem tak boleh buka blog tu.  tak tahu nak minta tolong dengan sesiapa.  ada buat pertanyaan kat blogger tapi tak ada jawapan lagi.  sibuk kot.

kepada yang balik kampung tu hati-hati memandu di jalan raya.  sebelum tinggalkan rumah pastikan semua suis ditutup,  tingkap dan pintu semua ditutup dan dikunci.  kalau boleh tinggalkan pesanan pada jiran untuk tengok-tengokkan rumah.  itulah pentingnya hidup berjiran ni.

SELAMAT BERCUTI!!!


Lina

No comments: