Thursday, February 21, 2013

Restoran Al Edrus Cawangan Kuantan

masa cuti Chinese New Year hari tu, 2 orang kakak aku dan seorang abang aku ada balik.  bila dah ramai-ramai tu plan dinner kat luar.  abah aku rasanya yang cadang nak makan nasi arab ni.  so decide nak makan kat Restoran Al Edrus yang baru buka cawangannya di Kuantan.  aku ni pun google lah alamatnya, ya lah tak pernah pergi lagi so tak tau kat mana.  lepas dah dapat alamat semua, trylah mencari.  nasib baik adik ipar aku ada.  oh senang jer nak cari.  tak adalah sampai berpusing-pusing hehe.  aku bertiga dengan anak-anak sebab En Khairol tak balik lagi dari Lipis. 

ini muka depan buku menu yer.  menunya biasalah yang terdapat kat restoran-restoran makanan arab.

disebabkan kami ramai, macam tak berbaloi kalau setiap orang order sepinggan kan.  lepas tanya pelayan kat situ, dia suggest order satu pinggan besar nasi arab yang boleh 7, 8 orang makan.  kemudian diletakkan ayam dan kambing sekali so boleh rasa dua-dua.  jadi kami order 2 pinggan besar nasi arab.  air jer kami order lain-lain.


tengoklah si Amsyar ni, orang lain sibuk berborak-borak dia sibuk dengan tabnya.

habis licin nasi arab tu kami kerjakan hehe.  pendapat aku, sedap juga nasinya.  ayam dan kambingnya pun lembut.  oh ya nasi arab ni disertakan juga dengan kari dan sambal.

sumber : google

kepada yang berminat nak cuba nasi arab kat Restoran Al Edrus ni, restoran ni terletak di Kuantan Star City II, Lorong Seri Kuantan 80.  masa operasi dari pukul 12 tengahari hingga 12 tengah malam.

Lina

No comments: