pagi tadi pergi ke klinik untuk check-up selagi tak bersalin ni. sekarang ni aku senang pergi sebelah siang sebab kalau pergi sebelah malam asyik tertangguh-tangguh jer. lagipun bos tak ada hari ni so taklah rasa bersalah sangat nak pergi hehe.
kandungan aku dah 38 minggu dah. kiranya bila-bila masa pun aku dah boleh bersalin tapi tak ada tanda-tanda lagi. cuma aku dah asyik rasa penat, makin cepat rasa mengah, makan banyak sikit ke, berjalan banyak ke mulalah kaki rasa lenguh semua. kemudian kaki makin kerap cramp waktu malam. sakitnya Allah sahaja yang tahu.
dalam waktu-waktu trimester terakhir ni aku kerap berdoa agar dipermudahkan kelahiran kali ni. bukan apa kadang-kadang rasa berdebar macam nak lahir anak sulung. ya lah beza dengan Amsyar 4 tahun mana tak rasa cam baru mengandung sulung hehe. kalian tolong doakan juga yer agar aku bersalin dengan selamat, lancar dan segalanya dipermudahkan, insyaAllah.
p/s : baca cerita pasal Rita Rudaini kat beautifulnara tadi, sedihnya kan bila suaminya dah mengaku tak sayangkan dia lagi.
Lina
4 comments:
wah dah nak bersalin nie
tggu hari jea kan
pasti dah tak sabar nak tatap wajah bby kan
jom join contest di blog ena :)
zareena heeney
itulah berdebar-debar menunggu ni
thanks jemput join nanti sy singgah kat blog
bersalin kat mana nanti? boleh jengah2 tengok baby...
rozita
insyaAllah klu tak ada apa2 masalah bersalin di Pusat rawatan keluarga MUIP kat Jalan Gambut tu
Post a Comment