Thursday, February 21, 2013

Cerita Qistina

aku tak cerita pun pasal Qistina kan sejak dia masuk Tahun 1 ni.  alhamdulillah dari start persekolahan sampai ke hari ni aku tengok ada perubahan la pada diri dia.  rajin dah sikit nak belajar.  kalau masa tadika sebelum ni suruh menulis ke mengeja ke punyalah liat.  kali ni bila suruh tak adalah merungut ke apa.  walaupun dia agak slow sikit membaca tapi mengira dan melukis alhamdulillah.  sekarang ni malam-malam lepas dia habis buat kerja sekolah kalau ada, lepas tu aku dengan En Khairol buat latih tubi ajar dia mengeja dan membaca.  dia mengeja boleh tapi bila suruh dia sebut semula untuk jadi perkataan tu yang dia lemah.  tak tahulah sama ada dia confuse ke atau apa tapi lepas dah beberapa kali kami ajar tu alhamdulillah ada sedikit kemajuan.

yang paling kami tak sangka dia dilantik sebagai Ketua Kelas.  terkejut juga aihhh ada sifat kepimpinan rupanya anak dara aku ni hehe.  mula-mula dia kata dia jadi Penolong Ketua Kelas, lepas tu sebab dia selalu datang awal dan agaknya penolong tu datang lewat sikit cikgunya tukar.  jadi sekarang ni aku pulak yang jadi mangsa sebab kena cepat kalau tidak bisinglah dia dalam kereta kalau lambat.  lagi best kat sekolah agama dia pun dia jadi Ketua Kelas.  ya lah kan kadang-kadang kita tak perasan, masa kat rumah kita rasa anak kita biasa-biasa jer tapi bila dah sekolah cikgu yang perasan kelebihan anak-anak kita.

sekarang ni aku pun dah start bagi dia makan supplement untuk kecerdasan otak.  ya lah pagi pukul 6 kena bangun dah.  pagi pergi sekolah biasa, petang pergi sekolah agama pula.  pukul 5.30 baru habis.  sampai rumah pukul 6 lebih.  kalau ada kerja sekolah kena buat pulak.  pukul 9 atau 10 malam kena tidur dah.  aku tengok kadang-kadang kesian dia kepenatan.  kadang-kadang waktu petang dalam kereta on the way nak balik rumah dia dah terlentuk tidur.  jadi sekurang-kurangnya bila makan supplement tu membantulah sikit.


Lina

No comments: